✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 2

450 22 0
                                    

BANTAL peluk itu dipeluk dengan lebih erat. Selimut di cari sebelum satu badannya di selubungkan dengan selimut tebal itu.

Cuaca sejuk di pagi hari membuatkan dia berasa malas untuk bangun pagi. Nasib baik dia cuti harini, bolehlah dia tidur puas-puas hari ni kan?

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu biliknya di buat tidak endah sahaja. Kacau betul langau ni, tak nampak ke aku tengah sedap tidur ni.

"Woi anak dara. Kau dah tak reti nak bangun ke apa? Hailah... Anak dara apalah kau ni. Suh bangun pagi pun masih menggeliat atas tilam. Woi bangunlah sebelum aku simbah kau dengan air." ugut Darwish yang berada di depan pintu bilik tidur Aisya.

Kalau tengok jam sekarang, sudah dekat 15 minit jugaklah dia berdiri di depan pintu bilik ni. Boleh lenguh tangan dia kalau macam ni.

Baru nak ketuk pintu sekali lagi, pintu bilik itu terus di buka dari dalam. Muncul wajah orang baru bangun tidur itu.

Aisya sedikit menggeliat sebelum tangan bergerak menutup mulutnya. Dia masih dalam mood mengantuknya.

"Tak boleh ke kalau nak ketuk tu ketuk perlahan-lahan je jangan ganas-ganas. Nasib baik tak roboh pintu bilik aku ni. Ada apa ketuk pintu bilik orang? Kacau betul aku nak tidur." dingin sahaja suara Aisya menyoal Darwish.

Darwish senyum sinis. Hailah... Macam manalah nak jadi bini orang kalau peragai dah cenggini.

"Bangun pun, ingatkan nak tidur sampai hari kiamat. Tu pergi tolong nenek masak kat dapur. Kejap lagi kawan aku nak datang. Ooo lupa, sebelum kau tolong nenek tu make sure kau dah mandi dengan bersih ehh and satu lagi, kek coklat kau ada dalam peti sejuk." ujar Darwish kepada Aisya. Tanpa berlengah lagi, dia terus pergi dari situ. Tak betah berlama-lama depan bilik tidur anak dara.

Aisya memandang sepi belakang tubuh sasa lelaki itu. Ketuk pintu bilik aku semata-mata nak bagitau tu je? Jam di dinding di kerling sedikit sebelum mata membulat besar.

"Weh! Asal kau tak kejut awal-awal gila! Abislah aku." Aisya sudah seperti nak menangis sahaja bila jam sudah menginjak dekat pukul 12 tengah hari.

Dia pasti masuk sahaja dapur nanti neneknya akan membebel kat dia kerana bangun lambat. Jadi sebelum gerak pergi dapur, dia kena pastikan yang telinganya di periksa terlebih dahulu.

"Selamat pagi nenek kesayangan Sya. Awal nenek bangun arini. Nenek tengah masak apa tu?" bodek Aisya dengan senyuman tak bersalah.

Puan Fatimah yang tadi sedang mengaul lauk di dalam kuali terus memandang laju cucu perempuannya. Tajam sahaja pandangan itu.

Aisya sudah tersenyum seperti kerang busuk. Faham akan pandangan tajam wanita tua itu.

"Pagi apa ke bendanya kalau dah masuk tengah hari buta ni. Kamu ni kalau Darwish tak kejutkan bangun tido tadi mesti kamu masih terbongkang atas tilam tu kan?" soal Puan Fatimah kegeraman. Nada suaranya tidak tinggi dan tidak lembut bila memarahi Aisya.

Bibir mencebik perlahan bila mendengar nama lelaki itu.

'Memang pun nek, kalau Dar tak kejutkan tadi memang Sya sambung tido.' mampu luahkan dalam hati sahaja, tak berani cakap depan-depan dengan Puan Fatimah. Kang tak pasal pasal ada yang makan kuali tengah hari ni.

"Alaa nek, Sya terlajak tidolah. Lagipun Sya penat sikit, tu yg rest banyak sampai terlewat bangun pagi. Ni nek masak apa? Nak Sya tolong apa-apa tak?" Aisya mula menukar topik perbualan mereka berdua. Nasi dah jadi bubur, terima jelah. Tapi bagi dia tak mudah untuk dia terima semula.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now