✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 6

326 15 6
                                    

"YA ALLAH! Sya. Tangan ni kenapa sampai boleh berbalut macam ni?" kaki tak cecah lantai rumah lagi neneknya sudah serbu dia dengan soalan. Ehm tak menyempat betul nenek ni.

"Nek, along ok jelah. Tengok, along masih boleh angkat tangan ni lagi. Nak tumbuk, nak lempang orang pun along boleh tau walaupun tangan ni berbalut." balas Aisya dengan yakin membalas soalan neneknya supaya neneknya tidak perlu risau akan dia.

Tangannya yang berbalut tu tadi di tunjukkan ke betul-betul di depan muka Tengku Addyan. Dia betul-betul rasa nak tumbuk dan lempang wajah lelaki itu.

"Haishh lah kamu ni, selalu buat nenek risau lah. Sudah, mari masuk. Kamu berdua dah makan ke belum?" tanya puan Fatimah. Tangan ku yang tidak berbalut itu terus dirangkul lengan puan Fatimah.

Malam ni dia nak luangkan masa bersama nenek kesayangannya. Besok dia dah kena balik KL semula. Lantaklah orang nak kata apa pun dekat dia, janji dia dapat luang masa dengan nenek.

"Dah nek. Kitorang baru je lepas makan tadi. Nenek ada masakan tuk along ke?" soal Aisya semula.

"Ada. Nenek ingatkan kamu berdua belum makan tu yang nenek masakan awal-awal tu. Dah kalau kamu kata kamu berdua dah makan, nenek simpan kan aja dalam peti ais, besok pagi boleh panaskan semula." balas puan Fatimah. Rangkulan mereka terus di lepaskan bila sampai ruang dapur.

Tengku Addyan setia mengekori dua wanita itu dari belakang tanpa ada rasa ingin mencelah perbualan mereka.

Aisya laju menghalang perbuatan neneknya yang ingin mengangkat semua lauk di atas meja untuk di bawa ke dapur.

"Perut along terasa lapar balik bila nenek cakap yang nenek masakan makanan tuk along. Terliuh along dibuatnya tengok lauk-pauk yang ada atas meja ni. Sedapnya. Along ambik pinggan kejap ye." pinta Aisya sebelum berlalu untuk mengambil pinggan.

"Ambik 2 pinggan long" jerit puan Fatimah sedikit perlahan. Tak nak bagi orang rumah terjaga dari tidur. Maklumlah, cucunya itu balik rumah nak dekat pukul 11 malam. Tah kemana mereka berjalan pun tak tau.

"Nenek nak makan lagi ke?" sergah Aisya yang baru muncul disebelahnya. Di tangan terdapat 2 pinggan sebelum di pinggan itu diletakkan di atas meja.

"Add. Duduklah. Makan sekali. Nenek tau Add pun mesti laparkan" ajak puan Fatimah dengan senyuman manis di bibir.

Aisya yang melihat ajakan neneknya itu kepada lelaki di sebelahnya terus dibuat muka. Sebuk jelah mamat ni. Kenapa lah tak terus balik je lepas dah antar aku? Nenek pun satu, sapa cucu nenek sebenarnya ni? Dia ke lelaki itu?

"Susah susah je nenek ni. Add dah makan dah tadi kat kedai ngan Hana. Tapi kalau nenek dah ajak Add makan sekali memang Add laju je. Rezeki kan, sapa je yang nak tolak, lagi-Lagi kalau yang masak tu dari air tangan nenek. Betul kata Hana, tengok dan bau pun dah boleh buat Add terliur." dia terus labuhkan duduk di depan Aisya. Aisya pula hanya tayang muka tak puas hati dia.

Ada dia kisah dengan muka tak puas hati gadis tu, lagi dia suka tengok adalah. Boleh tatap lagi sepasang mata biru milik gadis itu.

Selesai baca doa makan terus mereka menjamu selera. Hemm.. Masakan nenek tak pernah mengecewakan. Perfect and delicious. Nenek minta diri sekejap untuk pergi ke dapur semula. Kini tinggal dia dan lelaki itu sahaja.

Sambil kunyah makanan dalam mulut, sambil tu matanya sebuk memerhati gadis di depannya yang sedang berusaha untuk mengopek kulit udang di atas pinggan dengan mulut tidak berhenti membebel.

"Ishh... Geram lah aku ngan udang ni. Malam-malam nak cari gaduh ngan aku ke apa?" bebel Aisya tanpa peduli pandangan pelik dari Tengku Addyan.

"Meh sini udang tu. Aku kopekkan. Ngan udang pun nak cari pasal. Lain kali kalau dah tau tangan tu berbalut and tak pandai kopek udang guna sudu atau garfu cakap. Apa gunanya mulut tu terletak elok kat muka kalau tak boleh nak minta tolong orang. Kerja asyik membebel aja, kalau macam tu sampai bila-bila lah tak siap kopek kulit udang tu." kan dah kena bebel dengan dia. Mulut dia pun boleh tahan juga kalau bab-bab membebel ni.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now