✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 5

328 20 2
                                    

PANDANGAN dilemparkan di luar tingkap. Muka cerberut habis, bibir di muncung ke depan. Mood yilek! Dari masuk kereta sampailah kereta sudah  bergerak langsung dia tak buka mulut walau sepatah pun bicaranya.

"Dah, dah lah tu buat muka cemberut tu. Ni kita nak pergi mana ni? Aku dah buntu ni,asyik pusing-pusing je. Aku just bawa kereta je. Kalau princess Hana nak singgah mana-mana bagi je tau aku. Harini aku jadi driver kau ok?" suara Tengku Addyan memecahkan suasana mereka. Perkataan 'peincess Hana' ditekan. Senyap.

Aisya tetap dengan pendiriannya. Mulutnya awal-awal lagi sudah di zip sebelum dia masuk kereta tadi. Biarkan, biar lelaki itu cakap seorang diri.

"Princess. Aku tengah cakap ngan kau ni. Aku nampak kau zip mulut kau tadi, kau nak aku buka zip mulut kau tu dengan cara aku ke? Kalau tak nak please answer me?" rayuan Tengku Addyan sekali lagi membuatkan Aisya berdiam diri.

Jelas sekali dia sudah beri amaran pada gadis kecil itu tapi amarannya dibuat tidak endah sahaja.

"Nampaknya kau memang nak aku buka zip mulut kau tu dengan cara aku.Takpe, aku lagi suka. Sini" dengan perlahan dia bangkit dari tempat duduknya. Awal-awal lagi dia sudah berhenti kan kereta di tepi jalan.

Dengan laju Aisya palingkan mukanya memandang lelaki buaya itu. Ooo nak guna cara tersendiri ehh? Takpe meh sini.

Pak!

"Aaahhh! Apahal kau lempang muka aku." marah Tengku Addyan. Berani betul gadis tu lempang muka hensem dia ni.

"Kau tu lah. Eeii gatal. Dasar spesies buaya betul." marah Aisya pula. Kalau dia dah bersuara faham-fah
amkan ajalah.

Terus tali pinggang di badannya dirungkaikan. Dengan laju tangannya membuka pintu kereta tapi laju juga ditepis oleh tangan besar lelaki itu membuatkan pintu kereta kembali tertutup rapat. Tidak lupa juga dikuncinya pintu itu.

"Kau nak pergi mana?" tangannya mengenggam erat tangan kecil milik gadis itu. Langsung tak beri peluang gadis itu stabilkan duduknya.

Mata mencerlung tajam pandangan mata coklat gelap itu. Apa kau ingat aku tak berani lawan mata dengan kau ke? Kalau nak dibandingkan mata aku dengan dia, mata aku lagi cantik dari mata kau dia. Aishh menyempat betul aku ni berlawan mata dengan mamat buaya tu.

"Lepas lah. Tau tak sakit." Aisya merayu kepada lelaki itu supaya tangannya dilepaskan dari genggaman tangan besar itu. Tau lah tangan dia kecik daripada tangan besar dia.

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa hmm?" Tengku Addyan segaja memulangkan soalan semula.

Aisya mendegus kasar. Main-main pula mamat ni.

"Aku report kat nenek yang kau cuba nak buat benda tak elok kat aku." balas Aisya berani. Dalam hati dah memaki hamun. Apahal kau cakap macam tu Sya.

Ada senyuman nakal di sebalik wajah lelaki itu. Aisya sudah tidak senang hati, nak duduk pun dah tak senang.

"Oh itu je? Benda tak elok ehh? Jauh juga ehh kau buat alasan? Aku ni dikira jahat juga tau, bila-bila masa je aku bo..."

"Aahhh! Tak nak dengar. Tak nak dengar. Stupidoh lah mulut longkang kau ni. Lepas sebelum tangan kecil aku nak makan penampar kedua dekat muka kau tu. Hah nampak je tangan aku ni kecik tapi berbisa tau. Lepas. Lepas." jerit Aisya laju. Lelaki itu langsung tak perasan tangan sebelahnya. Ok clear.

"AAAHHHH! TOLONG! HE..."

"Ye ye ye. Aku lepaskan. Kecoh betul kau ni. Takpe lepas kawin ni aku kunci mulut kau biar kau tak boleh bercakap langsung." Tengku Addyan terus merungkaikan tangan kecil itu dan kembali ke tempat asalnya semula.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now