✵❃ SHE IS MRS. ADDYAN 33

117 7 2
                                    

AISYA dan Azzahra bergelak ketawa di luar rumah sambil melayan kerenah comel Tengku Aqil dan Tengku Adelia. Bukan main seronok dua orang kembar itu bermandi-manda dalam kolam.

Cerita Azzahra tadi, bangun sahaja dari tidur dua kembar anaknya sudah meminta izin untuk mandi kolam di bawah. Minta izin mummynya tak bagi tapi bila minta izin dekat daddy mereka bukan main bersorak suka budah berdua tu. Haish dalam hati bersabar ajalah.

"Aqil, Adelia! Main elok-elok sayang. Nanti tergelincir karang." pesan Azzahra dari kejauhan.

Kebetulan Tengku Ayyash yang baru sahaja muncul di sebelah mummynya terus mencium pipi wanita itu.

"Ayyash dengan daddy dah nak gerak. Tapi Ayyash gerak dulu sebab daddy katanya nak bermanja dengan mummy sekejap. Mengada betul daddy tu. Oklah, Ayyash pergi dulu. Take care mummy. Bye Aunty Aisya."

"You to son. Bye!" ucap Azzahra sambil melambaikan tangan ke udara. Tengku Ayyash membalas lambaian itu sebelum bergerak masuk ke dalam kereta.

Aisya tergelak kecil bila anak kawan baiknya cakap sebegitu. Azzahra yang sudah palingkan muka Aisya berkerut seribu bahasa. Kemain betul member senyum sampai tak perasan yang dia sedang memandang pelik ke arah Aisya.

Dia cuba membaca riak muka Aisya sebelum dia turut senyuman misteri. Peha Aisya di tepuk kuat sampai mengejutkan tuan badan.

"Aduh. Kau ni apa hal pukul aku?" marah Aisya kegeraman. Dia menjeling tajam ke arah Azzahra. Kita tak buat salah apa-apa pun kena pukul.

Azzahra buat tidak endah saja dengan kemarahan Aisya, malah dia sedap menikmati jus oren buatan sendiri. Ehm sedap. Pandai kau buat Zahra.

"Ehem"

Satu suara mengejutkan mereka dari arah belakang. Serentak itu juga Azzahra dan Aisya pandang belakang.

Tengku Addyan tayang senyum pada mereka berdua sebelum matanya jatuh memandang Aisya. Secara tak sengajanya, dia mengenyitkan mata kepada Aisya sebelum dia beralih masuk ke dalam semula.

Membutang mata Aisya dengan perbuatan tak diduga suaminya tadi. Boleh pengsan dia kalau suaminya buat sekali lagi.

"Sya. Aku rasa mata aku rosaklah. Aku naik kejap cuci mata. Sayang main dengan uncle Am ok, mummy nak naik atas jumpa daddy. Take care sayang." cepat-cepat Azzahra bangun untuk pergi dari situ. Dia sepatutnya pergi lebih awal tapi kenapa masa seperti melambatkan dia.

Tengku Adelia yang tak tau apa-apa itu hanya memandang susuk belakang mummynya yang sudah masuk ke dalam villa. Tapi bagi seorang Tengku Adelia, dia tidak kisah kalau mummynya ingin pergi ke daddy kerana dia sudah ada uncle handsome.

Siapa lagi kalau bukan uncle Amsyar dan uncle Dayyan. Tapi hari ni uncle Dayyan takde, jadi hanya uncle Amsyar sahaja yang akan menemani dia bermain.

"Ceh. Anak tinggal kat bawah, mak? Mak menggatal ngan bapak lah tu kat atas. Kesian awak Lia." bebel Aisya seorang diri. Dia pandang Tengku Adelia yang sedang seronok bermain dengan Amsyar.

Sambil dia melayan kerenah si cilik itu, bunyi notifikasi dari telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

'Hubby'

-Tak nak temankan hubby breakfast ke?

Tengku Addyan tutup mata sementara menunggu isterinya membalas meseh dia. Sesekali matanya mengerling ke arah telefon. Sudah 1 minit dia hantar mesej tu tapi isteri masih tidak balas lagi.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now