✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 18

252 10 1
                                    

SENYUMAN mekar dibibir Puan Fatimah dari tadi tidak putus-putus. Gembira bila rumahnya kembali meriah dengan adanya mereka bertiga. Mula-mula dia ingat hanya Darwish dan Aisya sahaja yang balik ke rumahnya, rupa-rupanya Tengku Addyan ada sekali ikut mereka.

"Add makan lah. Takkan masih malu-malu lagi dengan nenek? Ke makanan nenek tak sedap?"

"Eh... Sedap nek. Add tengok makanan semua sedar-sedar sangat, tak tau nak makan yang mana dulu." ujar Tengku Addyan lembut. Puan Fatimah tergelak kecil melihat kerenah jejaka muda itu.

"Ha Sya. Kamu kenapa tak makan lagi?"

"Takde selera lah nek. Sya masuk bilik dulu." Aisya minta izin untuk berlalu pergi dari situ.

Duduk semeja dengan lelaki itu makin panas hati dia tengok kemesraan neneknya melayan lelaki itu. Sya tak nak kawan nenek, Sya nak majuk ngan nenek.

Darwish keling Aisya yang sudah ingin berlalu pergi itu. Tengku Addyan juga sama sebelum mereka saling berkomunikasi bahasa isyarat.

"Aku ada buat apa-apa ke?" mata dan bahunya mula bergerak-gerak sambil memandang Darwish.

"Tak. Aku rasa dia jeles ngan kau."

"Ha? Jelous? Kenapa pulak?"

"Yelah dari tadi nenek asyik layan kau lebih dari dia kot. Dia jeles lah. Aiyok tak tayok." jarinya digoyangkan didepan muka Tengku Addyan.

Dia laju menepis jari lelaki tu. Dalam fikiran sudah mula memikirkan gadis itu.

Puan Fatimah mengerutkan dahinya melihat perbualan bisu cucu lelakinya dengan rakan lelaki itu. Pelik-pelik sahaja mereka berdua ni. Haish pening kepala dia memikirkan perangai budak-budak cucu-cucunya.

"KENAPA duduk kat luar ni sorang-sorang?" teguran lelaki itu mengejutkan dia dari terus merenung bintang-bintang yang ada di langit malam.

Dia tak menjawap soalan lelaki itu, baik dia berdiam diri. Takut hatinya kembali luka semula. Kepalanya langsung tak toleh sebelah bila lelaki itu betul-betul berdiri di sebelahnya.

Tengku Addyan tetap menahan sabar dengan perangai gadis itu. Dia tidak ambil hati pun bila gadis itu tak menjawab soalan dia tadi. Dia tau gadis itu masih tidak berminat nak bercakap dengan dia.

Dia perasan yang tangan Aisya dari tadi lagi menggosok lengannya. Tak tunggu lama, baju kot kerjanya tadi di buka dan terus di sarungkan ke tubuh Aisya.

Terkejut Aisya dibuatnya bila lelaki itu bertindak menyarungkan kota kerjanya ke tubuh dia. Baru tangannya bertindak untuk buka semula, Tengku Addyan laju menahan baju kotnya dari terangkat sedikit.

"Pakai. Aku tahu kau sejuk. Tak elok berdiri lama-lama dekat luar ni, kau tu tak sihat lagi. Tu atas meja tu aku ada masakan bubur and ubat pun aku dah sediakan untuk kau. Makan bubur lepastu makan ubat." pesan Tengku Addyan. Dia masih setia berdiri di sebelah gadis itu dan matanya langsung tidak lepas memandang wajah dingin gadis itu.

"Aku tak suruh kau masakan untuk aku pun. Kau tak payahlah nak ambik berat pasal aku. Aku tak suka orang jaga atau kongkong aku macam ni. Aku bukan budak kecil lagi untuk dijaga, aku dah besar pandai-pandailah aku jaga diri aku sendiri." bidas Aisya dingin dengan matanya memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.

Kakinya yang baru nak melangkah pergi dari situ tiba-tiba tangannya ditarik dari arah belakang. Tangan yang berada dalam genggaman Tengku Addyan di pandang tajam.

"Lepas lah!"

"No. Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak makan bubur tu." keras suaranya di lontarkan kepada gadis itu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now