✵❃ SHE IS MRS. ADDYAN 37

42 5 4
                                    

"DAH jumpa lokasi bini aku?

Amir berdecit geram.

"Sabarlah. Kenapa tak boleh sabar ni. Aku hempuk kau dengan kerusi ni kang baru tau." marah Amir garang.

Sudah banyak kali soalan sama yang keluar tu ulang dari tadi. Rimas betul dia dibuatnya. Ingat senang ke nak kerja macam ni?

Tengku Addyan menjulingkan matanya. Dia tidak ambil kisah langsung dengan amarah lelaki tu. Dari tadi dia ke hulu-hilir menunggu lelaki tu cari lokasi di mana keberadaan isterinya.

Mereka sekarang berada di mission milik Tengku Aaryan. Kata Tengku Aaryan, mudah untuk mereka bergerak dengan alatan canggih yang mereka ada di mission.

Isteri-isteri mereka semua tinggal di villa milik Tengku Aaryan. Lebih selamat jika mereka tinggal di sana kerana ada bodyguard yang akan berkawal sekeliling villa.

"Kau serius nak turun padang?" soal Tengku Aaryan minta kepastian.

Tengku Addyan terus berhenti melangkah. Dia sudah fikir masak-masak akan hal itu. Lagipun ini perihal isterinya.

"Ya. Dia bini aku, biar aku yang turun padang. Korang just tolong apa yang patut je." sempat lagi Tengku Addyan menyinis di hujung ayat.

"Cis berlagak betul. Am, any information?"

"No. But I get something  yang korang kena tengok." kata Amsyar sambil memandang ke arah skrin macbook nya.

Tengku Addyan dan Tengku Aaryan tajam memerhatikan video yang terpapar di skrin macbook milik Amsyar.

"Aqil?"

"Eh...jantan tu bukan dah mampus ke?" soal Shahrul betul-betul di hujung telinga Amsyar. Dia baru sahaja muncul di dalam bilik itu, dengar sahaja suara Amsyar suruh pergi ke arah lelaki tu dia terus datang mendekat.

"Ish tak boleh ke nak cakap tu duk jauh-jauh sikit. Pekak telinga aku dengar suara kau." tengking Amsyar kuat. Geram betul dia dengan Shahrul ni.

Suka sangat menyakitkan hati. Rasa nak saja campak lelaki tu ke dalam gaung sana, tak pun bagi Geo sahaja senang.

Shahrul mendengus kasar. Aku cakap kuat-kuat ke tadi? Halah bukannya pekak pun telinga tu, elok aja. Drama je lebih.

"Bangsat ni memang dah puas hidup ke? Am..."

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, suara jeritan Amir memeranjatkan mereka berlima. Nasib baik Dayyan yang tengah santai tepi tinggkap tidak tersembur air kopi bila dengar jerkahan Amir.

"Finally! Bini kau ada kat pelabuhan tak jauh dari mission kita." lapor Amir kepada dua orang ketua yang berada di depannya.

"Ok. What's the plan?"

PUSH!

Air yang disimbah ke mukanya menyentakkan dia dari terus tidur. Habis basah muka dan baju dia akibat simbahan mengejut itu. Dia meraup kedua-dua tangannya ke muka sebelum pandangan jatuh pada muka lelaki yang amat dia kenali.

Aqil.

"Aqil... Ke...kenapa awak buat macam ni kat saya? Tolong... Lepaskan saya." Aisya merayu kepada Aqil.

Tumbuhnya yang lemah akibat tidak makan sehari betul-betul buat dia lembik sekarang ni. Menyesal pula tak dengar cakap suami.

"Aku cuma nak ambil balik hak aku. Tu je." jawap Aqil tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Pipi mulus Aisya cuba diusap tetapi laju tangan gadis itu menepis dengan tindakannya.

"Don't touch me! Hak apa yang kau cakapkan ni? Aku tak fahamlah." Aisya cuba untuk fahamkan ayat lelaki tu tapi dia dapat rasakan seseuatu yang pelik pada lelaki tu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now