✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 19

252 13 1
                                    

MAKANAN yang dia order tadi dipandang dengan penuh takde selera. Dia sudah kata pada lelaki tu yang dia tak nak makan, tapi lelaki tu boleh pula main ugut-ugut.

"Kenapa pandang makanan tu? Nak tunggu nasi tu berjalan masuk dalam mulut kau ke? Ke nak aku tolong s..."

"Aip aip shkksjsjne. Tutup mulut tu. Bising je. Mulut macam itik. Kuek kuek." laju Aisya memotong percakapan dia. Dalam hati gelak besar. Ayat akhir di perlahankan, tak nak bagi lelaki tu dengar yang dia mengutuk lelaki tu.

Pinggan di tolak ke depan bila rasa perutnya susah kenyang. Gelas air teh o ais pula di capai dan minum sedikit demi sedikit. Sesekali dia sengajakan buat bunyi konon-konon yang air dia minum itu sudah habis padahal banyak lagi.

Shurp! Shurp! Shurp!

Sesekali matanya menjeling Aisya yang sedang khusyuk main air dalam gelas. Geram pula dia tengok si bagi Aisya ni, makan dah lah tak habis ni sekarang boleh pulak dok main air minuman.

"Princess what are you doing? Kenapa makanan ni tak habis?"

"Kenyang" sepatah sahaja Aisya menjawab pertanyaan lelaki itu. Muka selamba di tayang dan masih menghirup air minuman miliknya.

Tengku Addyan hembus nafas berat. Kenyang? Kau makan apa nyah kalau dari pagi tadi lagi kau tak makan? Cari pasal betullah budak ni.

Shurp! Shurp! Shurp!

"Aisya Raihana! Stop buat macam tu. Makan nasi tu bagi habis. Membazir tau tak kalau kau tak habiskan nasi tu." Tengku Addyan sudah masuk mood membebel bila Aisya tunjuk perangai kebudak-budakan.

Dia putarkan bebola matanya. Haishh... Ingatkan perempuan je suka bebel, rupanya lelaki pun sama.

"Tak nak lah. Tadi dah bagitaukan yang aku tak nak makan tapi kau yang paksa. Bila aku dah makan, dah kenyang kau bising pula. Kalau kau tak nak membazir kau sendiri je lah yang habiskan. Tak pun kau tapau je bawak balik rumah. Kan senang. Ada otak tak nak guna otak, nak juga guna lutut." giliran Aisya pula masuk mood membebel.

Telefon miliknya yang berada dalam poket di ambil. Aplikasi tiktok di buka. Masa untuk melayan kerenah-kerenah manusia di dalam itu sementara menunggu Tengku Addyan habiskan makanan dia. Bising- bising pun habiskan makanan orang juga.

Shurp! Shurpppppp!

Gelas miliknya di angkat dan di goyang-goyankan. Kot-kot air teh o ais dia masih tersisa dalam tu tapi airnya dah habis.

Tengku Addyan di depannya di pandang sekilas. Lelaki tu masih berselera menghabiskan makanan.

'Lapar betul mamat ni.'

Tanpa pedulikan lelaki itu, dia segera mengangkat tangan tinggi-tinggi. Bila perasan pelayan restoran ni datang cepat-cepat dia turunkan semula.

"Yes, may I help you miss?"

Serentak mendengar suara seseorang lelaki, Tengku Addyan terus angkat kepala. Sejak bila dia panggil pelayan restoran ni?

"Saya nak teh o ais. Itu je, terima kasih." kata Aisya laju tanpa memandang sikit wajah Tengku Addyan.

Pelayan restoran itu mengaggukkan kepala sebelum dengan segera pergi dari situ.

"Air kau mana?"

"Tu... Dah abis." jawap Aisya selamba.

"Pandang muka aku bila aku tanya kau." katanya sedikit tegas. Matanya tajam memandang seraut wajah gadis itu.

Aisya mendegus kasar. Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya memandang muka lelaki itu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now