SHE IS MRS. ADDYAN 35

56 8 2
                                    

TROLI di genggamannya di tolak perlahan. Dia di belakang setia mengekori isteri kesayangan dari arah belakang.

"Princess banyak lagi ke?" soal Tengku Addyan setelah sekian lama dia berdiam diri. Tangan sudah mendongak di bawah dagu.

"Ehm sikit je lagi. Princess nak cari snek jap. Kenapa?" jawap Aisya ringkas. Dia langsung tak pandang muka suaminya di belakang. Matanya hanya fokus kepada semua snek yang ada di mata. Syurga makanan.

"Dah dekat 1 jam kita dalam ni. Troli pun dah penuh dengan snek princess. Rasanya baru dua hari lepas kita beli, takkan dah habis?" Tengku Addyan mula menegur isterinya.

Dia bukannya tak nak bagi Aisya beli snek tapi dah terlampau banyak wanita itu beli. Dia tak kisah kalau Aisya nak habiskan duit dia untuk beli barang yang wanita itu suka tapi snek ni agak kurang bagi dia kerana dia tak suka kalau isterinya terlalu banyak makan-makanan ringan macam ni.

Snek super ring di tangannya tadi terus diletak kasar di atas rak. Wajah masam mencuka di tayangkan di depan Tengku Addyan.

Air liurnya di telan kesat. Wajah isterinya agak menakutkan bila isterinya buat reaksi muka macam tu. Tapi dia tetap menegakkan keadilan, cuba untuk menunjukkan sisi seorang suami.

"Aisya nak juga snek! Snek hari tu Tata yang habiskan sampai princess tak dapat makan. Princess dapat makan sikit je." bentak Aisya dengan muka tak puas hati. Kedua-dua tangannya di silangkan pada dada.

Kening di jongket ke atas. Kemain isteri dia ni, dah pandai nak cari salah orang padahal diri sendiri yang buat salah.

"Oh ya? Tata yang habiskan snek princess? So bad Tata." Tengku Addyan sengaja memancing Aisya.

"Ya. Bad Tata bad." Aisya menambahkan lagi perasa. Dia langsung tak perasan yang lelaki tu cuba untuk memancingnya.

Iphone di dalam poket seluar di keluarkan. Video yang dihantar oleh Amir pagi tadi di buka semula sebelum skrin Iphonenya di pusingkan betul-betul di depan muka isterinya.

Aisya menutup mulutnya sambil melihat video yang ada di dalam Iphone milik suaminya. Video CCTV di mana dia sedang mengunyah snek sambil menonton movie di ruang tamu. Atas meja pula terdapat banyak snek yang ada situ.

"Tata makan hurm?"

Sengihan tak bersalahnya di tayangkan di depan lelaki itu. Aduh kantoi sudah.

"Alaa... Time tu princess laparlah. Princess malas nak masak, alang-alang snek ada dalam rak tu princess ambillah. Lagipun time tu tengah movie best, uishh nikmat wo." kata Aisya tanpa ada rasa takut dalam dirinya.

Tengku Addyan menepuk dahinya dengan sikap kebudak-budakan isterinya itu. Makin lama makin pelik pula dia tengok isterinya sejak dua menjak ni.

"Princess tau kan snek tu tak elok? Tak kisahlah time tu movie best ke apa ke tapi kesihatan tetap kena jaga. Kalau lapar pun Amir kan ada, suruh jelah dia belikan makanan tuk princess. Kalau tak nak suruh dia belikan, call hubby, at least hubby boleh order food untuk princess." Tengku Addyan sudah masuk mood seorang doktor.

Bahu wanita itu di sentuh lembut. Kepala isterinya yang di lapik dengan kain tudung di usap perlahan. Dia sayang sangat pada isterinya, kalau boleh dia tak nak apa-apa pun terjadi kepada isterinya.

Aisya masih berdiam diri. Diam tanpa mengeluarkan satu suara pun. Pandangannya juga dijatuhkan ke bawah. Dia rasa lantai pasaraya ni lebih menarik dari pandang muka singa Tengku Addyan.

"Kenapa senyap? Tadi berani sangat." ujar Tengku Addyan lagi dengan nadanya yanh sedikit garang.

Aisya menghembuskan nafasnya perlahan. "Siapa senyap? Princess senyap sebab princess tengah hadam bebelan hubby. Mentang-mentang lah princess kahwin dengan seorang doktor, dia jadikan kita ni sebagai pesakit dia pula." luah Aisya tiba-tiba. Mood happy dia tadi sudah hilang selepas kena bebel dengan lelaki itu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now