✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 11

230 18 0
                                    

AISYA kalau ikutkan hati nak sahaja dia berehat di atas tilam empuk tu. Tapi apakan daya, baru nak baring Azzahra sudah panggil dia.

"Nak apa?"

"Teman aku boleh tak harini?"

"Pergi mana?" tanya Aisya bermalas-malasan.

"Gi rumah bakal mak mertua aku. Dia suh aku datang sana sekejap."

Dahi berkerut seribu. Orang sana yang panggil orang sini, kita pula yang kena ikut pergi sekali dengan orang yang di sini.

"Tak nak lah aku. Tu bakal mak mertua kau. Aku ni bukan menantu dia. Kau sorang ajalah yang pergi. Aku nak rehat nak tido. Penat ni tau, baru balik." Aisya menolak mentah-mentah dengan ajakan Azzahra.

Azzahra sudah buat muka simpati. Muka sedih. Mula lah tu, drama Akasia TV 3 dia.

"Pleasee... Kali ni je. Teman lah aku. Nanti kau pun akan jadi menantu dia juga. Kau percayalah cakap aku ni. Please jom" ajak Azzahra dengan suara meleret. Matanya juga berkelip-kelip beberapa kali.

Aduh cair betullah dia tengok mata tu. Rasa macam nak korek aja mata tu.

"Aishh yelah, yelah. Fine. Aku teman kau kali ni je. Cepat lah bersiap aku tunggu kat kereta." dingin sahaha suara dia berkata.

Terus lebar senyuman di bibir Azzahra. Suka lah tu. Tampar kang.

"Hehehe. Thank you bebe. I love youuu"

"Eeeii... Tak kuasa aku nak balas. Cepat Azzahra Raissa. Kalau lambat aku masuk bilik tak keluar-keluar dah nanti." dia tekankan ayatnya menyuruh Azzahra segera bersiap.

"Aie... Aie captain!"

"ASSALAMUALAIKUM mummy"

"Waalaikumussalam. Ehh Aisya pun ada sekali." tanya Puan Athalia. Senyuman di sembunyikan. Ini kalau Addyan tau ni mesti dah bawa larinya si Aisya tu.

"Assalamualikum aunty. Ni hah Zahra suh...ehm...ehm..." tak habis cakap lagi mulutnya sudah ditutup dengan tangan kecil Azzahra.

Azzahra kawal perasaan gementarnya di depan mummynya itu. Ishh Aisya ni, tak payahlah bagitau mummy yang aku suh kau teman.

"Lah Zahra, kenapa tutup mulut Aisya?"

"Takde pape my. Tadi Zahra nampak ada lalat kat sebelah bibir dia. Tu yang Zahra tutup mulut Isya." Aisya di jeling sekilas begitu juga dengab Aisya.

Eeii kecik besar kecik besar je aku tengok kau pendek. Balik nanti memang aku sumbat cili dalam mulut tu. Ada ke kata lalat ada kat mulut aku. Sebelum lalat tu ada kat mulut aku, aku dah halau dia dululah.

"Aiishh... Ada-ada sajalah kamu ni Zahra. Dah mari ma..."

"Ehh... Kakak-kakak ipar Reen dah sampailah. Rindunya kat kakak-kakak ipar Reen ni." Azzahra dan Aisya tak sempat berkata lagi terus badan mereka di peluk oleh Tengku Aireen.

Aisya memutarkan bebola matanya. Manakala Azzahra membalas pelukan Tengku Aireen.

Sejak bila pula ada kakak-kakak ipar ni. Sorang ajalah kakak ipar kau Reen. Tah celah mana kakak ipar kau lagi sorang pun aku tak tau. Bm pun masih kelaut kah?

"Reen sudah-sudah lah tu peluknya. Nanti abang-abang kamu nampak dibebelnya kamu pulak. Lemas dah mummy tengok bakal-bakal menantu mummy ni."

Aahh... Lagi sorang. Iyelah, bakal-bakal menantu pulak sekarang. Lepas ni apa pulak? Cucu-cucu mummy? Aigoo...

Tengku Aireen tayang sengih. Terus dia lepaskan pelukan, tapi tak lepas macam tu sahaja. Terus tangan Aisya dan Azzahra di ambil.

Puan Athalia menggelenf kepala dengan peragai tak semengah anak bongsunya.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now