✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 4

307 19 0
                                    

SALAM diberi, orang dalam rumah masih tidak menyahut. Longgar juga lah lutut dia sekarang ni sebab dari tadi lagi dia berdiri teguh di depan rumah banglo milik Tengku Addyan. Takde orang ke apa?

"Takkan lah mamat ni tido awal kot? Kalau betul Add tido awal, aku mengaku yang dari dulu sampai sekarang peragai Add, Shah ngan Dayyan lagi teruk dari setan." kata Amir keseorangan.

Ingat sampai rumah bolehlah dia terus berehat atas katil, alih-alih kena berjemur seorang diri depan rumah. Dahlah tengah malam sekarang ni. Minta minta jangan ada jembalang yang ganggu dia malam ni sudah lah.

Sibuk sangat menolong seorang diri, kakinya terasa bergetar sedikit. Tangannya terus di seluk ke dalam poket seluar.

'Add gila 1'

Ikon hijau digesel ke atas, terus skrin telefonnya di lekapkan ke telinga.

"Hello bro. Kau dah sampai rumah ke?"

"Dah. Kau kat mana sengal? Dah setengah jam aku berdiri depan umah kau ni"

"Aku tido umah kawan aku lagilah bro. Mir malam ni kau check in lah kat mana-mana hotel yang terdekat dekat sini. Kunci rumah ada kat aku, lagipun rumah tu aku baru je dapat pagi tadi so semua dalam rumah tu aku tak bersihkan lagi"

"What?" jerit Amir kuat. Nasib baik rumah Tengku Addyan agak berjauhan sedikit dengan rumah banglo orang lain.

"Apa what what? No what ok. Pandailah kau check in hotel dekat sini. Aku tau kau penat drive dari KL sampai Johor, but aku nak kau bertabah sebab kau memang dah di takdirkan untuk berada di sisi aku. So selamat maju jaya. Goodbye my brother."

Panggilan terus di letakkan. Skrin yang sudah gelap itu dipandang tanpa berkelip. Berasap sahaja telinga dia sekarang ni.

"AHHH! Sebal betullah aku ngan kau ni Add! Aku dapat kau memang aku baling bola keranjang kat muka kau. Biar cacat terus muka tu." sekali lagi dia menjerit nyaring. Kakinya terus menghentak dengan kuat. Pintu kereta juga di hempas dengan kuat, pedal minyak di tekan habis.

Memang dia sorang sahaja yang berada di atas jalan raya ni. Bawa kereta macam dah bersedia nak jumpa malaikat maut sahaja. Kalau kena saman sekali pun nama yang akan keluar dari mulutnya sudah tentulah nama Tengku Addyan.

'Semua salah kau Add!'

KEPALA digeleng beberapa kali. Geram betul dia dengan orang sebelah ni. Kejap-kejap tengok tv, kejap-kejap tutup mata dengan bantal, kejap-kejap menjerit, lepastu mulut tak berhenti berpot pet pot pet. Kalau macam tu gayanya baik masuk bilik tidur. Senang.

"Ahh! Cita apa ni? Asal seram sangat? Kenapa muka hantu tu buruk sangat? Ishh...tak baiklah hantu ni, buat orang terkejut sajalah." bebel Aisya seorang diri. Tidak peduli dengan pandangan orang lain. Dia tau mesti ada yang rasa bebal dengan mulutnya yang dari tadi tidak berhenti memberi komen.

Akibat rasa sebal yang memenuhi dada, terus bantal yang berada di tangan gadis itu di ambil pantas. Lalu bantal itu terus di letakkan di belakang kepalanya.

Aisya nganga mulutnya buat seketika. Di pandangnya lelaki itu dengan perasan geram. Nak sahaja dia lumat lelaki itu sekarang. Apa masalah mamat ni?

"Bagi lah balik bantal aku tu! Banyak lagi kot bantal yang kau boleh rembat, asal bantal aku juga jadi mangsa kau?" soal Aisya yang cuba menahan rasa geram di dada.

Tengku Addyan hanya buat muka tak bersalah. Dalam hati sembunyi senyum. Suka pula tengok muka memerah menahan amarah tu.

"Kalau aku tak nak kasi juga macam mana?" provok Tengku Addyan lagi. Sengaja nak buat Aisya itu berasa geram dengan dia.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now