✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 27

242 16 0
                                    

"TAHNIAH bro! Lepas ni kau dah tak boleh lepak lagi ngan kitorang. Makin sunyilah nanti kalau takde kau. Kan raf?" wajah blur Rafizi di pandang. Tergeleng kepala Tengku Addyan dan Zaidi melihat sikap kawan baiknya itu.

"Kau suh lah si raf ni layan kau nanti takde lah sunyi sangat. Lagipun aku dah berubah. Dah ada isteri baik duduk rumah lagi bagus. Korang lepak luar apa dapat? Tak dapat pape HAHAHA" Tengku Addyan gelak besar bila dapat menyinis lelaki di depan dia.

Muka Rafizi dan Zaidi terus masam mencuka mendengar kata-kata sinis dari lelaki tu. Ada yang terbang pinggang ni jugak nanti.

"Bro. Mummy panggil. Katanya isteri kau dah terlelap atas meja makan." bagitau Amsyar bila nampak kelibat Tengku Addyan sedang berborak dengan dua orang lelaki.

Kepala di palingkan ke belakang mencari kelibat isterinya. Betul kata Amsyar. Isterinya sudah terlelap di atas meja bulat dengan berlapikkan lengan di kepala.

"Ok lah. Aku caw dulu. Enjoy your food." ucap Tengku Addyan sebelum dia Amsyar berlalu pergi dari situ. Amsyar pergi ke arah berlainan, manakala Tengku Addyan terus datanf mendekati isterinya.

"Ha Add. Kamu pergi mana? Puas mummy cari kamu satu dewan ni." marah Datin Mira dengan muka garangnya. Kedua-dua tangan sudah bercekak pinggang sambil mata memandang tajam ke arah dia.

Dia telan liur payah. Kepala yang tidak gatal di gary perlahan. Habislah dia, mood singa Datin Mira sudah datang. Apa dia nak jawap ni?

"Ehm...Add jumpa kawan lama tadi. Sorrylah Add tak perasan pula yang kitorang terlajar borak. Ingat nak sembang sekejap je tak tau pula sampai 30 minit lambatnya." ujar Tengku Addyan dengan sengihan tak bersalah di tayangkan di depan wanita berumur itu.

"Hah. Kau kalau dah jumpa member mana pernah perasan jam dah pukul berapa. Agaknya kalau kiamat pun mesti kau tak perasan jugak." sinis sekali Tengku Aaryan bersuara. Azzahra tergelak kecil mendengar kata-kata sinis suaminya kepada kembar lelaki tu. 

Mereka berempat baru sahaja selesai layan tetamu di luar tadi. Tengku Aqil yang berada di dukungannya di betulkan sedikit supaya anaknya selesa tidur di bahu dia.

"Diamlah kau. Aku sumbat botol air besar ni dalam mulut kau baru tau." ugut Tengku Addyan sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah isterinya. Badannya yang terasa letih disandarkan pada belakang kerusi sebelum dengan selamba Datin Mira menepuk bahu dia dengan kuat.

"Ahh! Mummy! Apa ni main pukul-pukul bahu Add. Kalau lembam macam mana? Bertenagalah Add nanti. Ishh mummy ni suka sangat pukul orang. Add report kat daddy kang baru tau." adunya dengan suara manja. Bahunya yang terasa pedih dengan pukulan mummynya tadi di usap perlahan.

"Sebelum kamu report kat daddy baik kamu bawa isteri kamu ni naik atas. Kesian dia dari tadi tidur berlapikkan lengan. Cepat Addyan." marah Datin Mira sekali lagi. Mata dijengilkan memandang anak mata coklat anak lelakinya.

Kelam-kabut dia bangun sebelum dengan perlahan dia mengangkat tubuh isterinya untuk dibawa naik ke bilik mereka.

"Mummy ni garanglah. Rawr! Patutlah daddy geram ngan mummy." sempat lagi dia mengusik mummynya sebelum dengan laju kaki melangkah menuju ke lift peribadi khas untuk VVIP seperti mereka.

Isterinya berada dalam dukungan di betulkan sedikit. Nyenyak betul isterinya tidur sampai dia dukung pun isterinya masih tak sedar.

Dengan perlahan, tubuh isterinya di letakkan perlahan di atas tilam empuk mereka. Suhu enghawa dingin dia turun sedikit supaya Aisya tidak terlalu sejuk semasa tidur. Sebelum pergi, dahi isterinya dicium sekilas sebelum dia masuk ke dalam changing room.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now