✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 31

168 7 0
                                    

SEGALA daun-daun kering yang terdapat di atas rumput itu dia sapu tanpa ada satu pun yang tercicir. Shahrul pula membersihkan tempat makanan dan minuman Geo.

Mereka berdua bernasib baik bila kelibat Geo langsung tidak kelihatan. Mereka bedua apa lagi, buat kerja main-main la jawapnya bila musuh ketat mereka tiada.

"Tu tak bersih lagi aku tengok. Makanan bersepah sana-sini, kau pandai bersihkan ke tak?" soal Tengku Addyan sambil tangan bercekak pinggang.

Shahrul mencampak kasar plastik hitam di tangannya bila ada orang mengganggu kerjanya.

"Kau diam boleh tak? Kau buat ajala kerja kau tu. Bising je. Aku sumbat sisa-sisa makanan ni dalam mulut kau kang." marah Shahrul kegeraman. Dia kembali menyambung kerja yang tertunggak tadi.

Tanpa mereka berdua sedar, ada mata yang sedang memerhatikan pergaduhan mereka berdua tadi di sebalik pokok. Memerhati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Aku cakap je itu pun nak marah. Tu tempat najis dia sapa nak bersihkan?" soal Tengku Addyan sekali lagi.

Shahrul berdecit bila telinganya mendengar soalan dari lelaki itu.

"Ptt. Soalan apa kau tanya ni budu. Dah tentu-tentu la engkau yang bersihkan. Dah tau tanya lagi. Budu." perkataan terakhir di pekatkan sedikit walaupun perkataan itu nampak lain tapi sebutan yang sama.

"Apa pula aku. Kau la. Aku banyak lagi nak kena buang daun-daun kering ni."

"Habis tu? Aku ni? Tak nampak ke sisa-sisa makanan dia ni berlambak-lambak atas rumput ni? Ingat senang ke nak bersihkan benda ni. Aku tak kira, kau kena bersihkan juga." Shahrul cuba menegakkan keadilan supaya lelaki tu nampak kesungguhan dia membersihkan sisa-sisa makanan ni.

Tengku Addyan mengemam bibirnya mendengar ayat lelaki tu. Jahat punya member. Ahhhh! Kenapa la kitorang juga yang kena bersihkan kandang Geo ni!

"Grrr"

Serentak Tengku Addyan dan Shahrul berhenti dari terus buat kerja bila telinga mereka menangkap bunyi seseuatu. Air liur masing-masing di telan payah.

"Kau dengar tak apa yang aku dengar tadi?"

"Dengar weh. Telinga aku tak pekak lagi." sempat Tengku Addyan buat lawak di tengah-tengah hutan ni. Tangan Shahrul pula laju sahaja memukul kepala dia.

"Auch sakit la. Kau pahal pukul kepala aku?" marah Tengku Addyan sambil tangannya mengurut perlahan tempat pukulan di kepalanya tadi.

"Siapa suruh cakap macam tu. Kan dah mendapat, padan muka." kata Shahrul selamba. Matanya memerhatikan sekeliling kawasan hutan itu. Kot-kot la terjumpa seseuatu yang mengerikan.

Tengku Addyan buat muka. Dua kali jahat punya member. Malas dia layan, dia kembali menyambung kerjanya tadi tapi baru sahaja pusing ke belakang matanya terus membutang besar. Terkejut dengan apa yang ada di depannya.

Tanpa megeluarkan suara, lengan Shahrul di cuit sedikit memberi tanda yang ada sesuatu di belakangnya. Tapi Shahrul menepis kasar cubitan dia.

"Kau pahal gila main cubit-cubit orang? Ingat lengan aku ni tempat main cubit-cubit ke?" marah Shahrul kegeraman. Dia masih tak perasan dengan situasi sekarang.

Tengku Addyan berdecit geram. Tak faham bahasa betul la jantan ni.

"Pu...pusing la belakang gila. Di...dia ada kat belakang kau." kata Tengku Addyan dengan suara yang tersekat-sekat.

Terus menengak kepala Shahrul di buatnya. Dia? Dengan perlahan kakinya berpusing ke belakang sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata harimau itu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now