✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 15

267 19 2
                                    

SATU malam dia setia menemani Aisya di di hospital. Dia tidak benarkan mana-mana doktor yang merawat atau menjaga gadis pujaannya memandangkan dia juga seorang doktor. Jadi, dia lah doktor yang menjaga dan merawat Aisya di hospital.

Selepas sahaja hantar Tengku Aaryan dan Azzahra depan pintu besar hospital, dia terus sahaja teman Aisya sampai terlelap di atas sofa yang terdapat di situ.

Matanya di celik perlahan. Benda pertama yang dia lihat, siling hospital. Kenapa dia berada dekat hospital?

Dengan perlahan Aisya cuba untuk bangun dari perbaringan. Sekeliling bilik yang dia duduki begitu gelap dan hanya ada satu lampu sahaja yang menyala.

Mata dikecilkan memandang gerangan yang terbaring di atas sofa. Dia tak dapat cam siapa lelaki tu sebab cahaya tu terlalu jauh dari muka orang tu. Tanpa berfikir lama, bantal besar yang buat alas tidur dia tadi di ambil dan di baling kuat ke arah gerangan orang itu.

Terus bangun Tengku Addyan di buatnya bila ada seseuatu benda besae menghempap badannya tadi. Ingatkan gajah lah tadi rupanya bantal.

Kepala di pangung memandang Aisya yang sedang duduk di atas katil sambil memandang pelik ke arah dia.

"Sorry lah, aku terlelap tadi. Kau dah lama sedar ke?" soal Tengku Addyan dengan suara sedikit dingin. Maklumlah, baru bangun tidur kan.

Laptop di atas meja di tutup. Barang-barangnya juga di susun bagi nampak kemas.

"Ehm. Baru je." balas Aisya dingin. Reaksi mukanya sama sahaja dengan sebelum ni. Kosong.

Tengku Addyan menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia tau gadis tu tipu dia. Tengok muka pun dah tau.

"Kau lapar ke? Kalau lapar aku boleh panaskan bubur tu." cawan mangkuk bubur yang terdapat di atas meja di tunjuk. Aisya berfikir sekejap.

Sekarang dia takde selera untuk makan. Moodnya masih tidak elok. Perasaannya juga di bawa pergi. Hatinya betul-betul terasa kosong sekarang ni.

Soalan lelaki tu dibiarkan tidak di balas. Hanya lalu seperti angin sahaja soalan tu di telinganya. Dia terus baring semula, mata cuba di pejam rapat.

Nafas dihembus berat. Tidak terkesan langsung dengan sikap Aisya yang satu itu. Tanpa minta persetujuan gadis itupun dia tetap akan panaskan bubur tu.

20 minit dia panaskan bubur tu balik, 20 minit juga Aisya tidur di bawa mimpi. Dengan perlahan, dulang yang dia bawa dari dapur di letakkan di atas meja sebelah katil Aisya.

Ubun-ubun gadis itu diusap lembut. Wajah pucat gadis itu di tatap dengan rasa bersalahnya. Sebabkan dia gadis tu sakit. Tapi dia buat ni semua demi kebaikan gadis itu juga. Nak tak nak, Aisya kena terima.

"Princess. Bangun, aku dah siap panaskan bubur ni. Bangun, isi sikit perut tu. Nanti masuk angin lagi bertambah sakit kau nanti." Tengku Addyan cuba mengejutkan Aisya dari terus tidur. Tapi Aisya tetap sama. Langsung tidak bergerak dari perbaringannya.

Dengan sabar Tengku Addyan sekali lagi mengejutkan Aisya dari terus diulit mimpi. Dahi gadis itu di sentuh lembut. Panas.

"Aisya. Badan kau panas ni. Makan bubur ni sikit lepas tu makan ubat. Aisya..."

"Ehm... Aku tak nak makanlah. Takde selera." jawap Aisya dengan mata yang masih tertutup rapat.

Tengku Addyan tarik nafas dan hembus nafas dengan perlahan. Berdepan dengan seorang Aisya Raihana perlu lah mempunyai sikap penyabar yang baik kerana Aisya Raihana tersangatlah dengil orangnya.

"Aisya kau tu demam. Kalau kau sakit aku yang rawat dan jaga kau. Jadi sekarang, aku doktor kau dan kau pesakit aku. Jadi, sila bangun sekarang. Makan bubur ni lepastu makan ubat, dah makan ubat baru kau boleh sambung tido balik." tak dingin tak juga tegas suaranya mengejutkan Aisya.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now