SHE IS MRS. ADDYAN 29

212 9 0
                                    

DIA dan Azzahra berdiri sambil menyandarkan badan di belakang meja makan. Diam tanpa mengeluarkan sebarang bunyi sambil memikirkan apa menu makan malam mereka hari ini.

"Princess..."

Aisya terkejut dengan panggilan tiba-tiba dari suaminya. Dia memandang wajah lelaki tu dengan muka penuh tanda tanya.

"Ya?"

Tengku Addyan tayang sengih. Sekarang barulah hati dia berasa sedikit tenang melihat wajah comel isterinya.

"Takde apa. Saja je datang nak kacau princess. Hehehe," luah Tengku Addyan sebelum pipi Aisya di cubit geram. Habis memerah muka gadis itu dia buat.

"Hubby! Sakitlah." tegur Aisya dengan muka kemerahan menahan malu. Lagi malu bila Azzahra berada di situ.

"Dekat dapur pun nak bersawit juga ke?" Tengku Aaryan yang baru muncul dalam dapur itu terus menyoal kembarnya dengan muka tidak berperasaan.

Dia baru sahaja keluar dari bilik air. Ingatkan dia bolehlah bermanja dengan isteri kesayangan sekejap, tapi drama lain pula yang jadi tontonan mata dia.

Tengku Addyan menjeling kembarnya sebelum dia kembali menatap wajah cantik si isteri.

"Abang," Tengku Aaryan memandang wajah isterinya bila isterinya memanggil dia.

"Yes carino? Anything can i help you hm?"

"Carino ngan Isya ingat nak masak makanan wastern tapi bahan-bahan dia tak cukup. Abang kan takde buat apa-apakan, boleh tak kalau kita pergi beli sekarang? Kalau beli lambat nanti korang makan pun lambat." ujar Azzahra panjang lebar. Tengku Aaryan dengarkan sahaja permintaan isteri kesayangannya tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

"Langsung takde ke bahan-bahan nak masak? Aku dah lapar teruk ni." celah Tengku Addyan tiba-tiba. Tangan sebelah sudah mendarat di atas perut. Dapat dia rasakan perutnya seperti sedang berdang dut sakan.

Aisya yang mendengar ayat suaminya terus tangannya bertindak memukul lengan lelaki tu.

"Pikir perut dia je. Orang lain pun lapar, tahanlah sikit." marah Aisya dengan menggunakan nada suara biasa.

Tengku Addyan berdecik dengan muka tak puas hati. Kenapa dia pula yang kena marah? Kita cakap yang kita lapar je, tak pasal-pasal kena marah pula.

Tengku Aaryan memandang pelik melihat tingkah laku kembarnya. Sah gila mamat ni. Kena marah sikit dah tarik muka.

"Tak payah nak bermanja-manja sangatlah kat sini. Aku hempuk pakai kuali kang. Carino, tunggu apa lagi kat sini? Pergilah bersiap." tegur Tengku Aaryan dingin.

Azzahra terus tersedar bila mendengar teguran dari suaminya. Itulah khusyuk sangat tonton drama tak berbayar suami isteri tadi sampai tak dengar suami sendiri tegur dia.

Dia dan Aisya sama-sama naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap keluar beli barang dapur. Tengku Addyan seperti patung cendana bila tiada seorang pun yang layan dia.

"Princess saya pun nak ikut juga. Boringlah duduk kat villa ni kalau takde princess." mood mengada-ngada Tengku Addyan sudah muncul. Kakinya yang baru sahaja nak melangkah ke depan terus tidak jadi bila suara kembarnya lebih mendahului langkah dia.

"Tak payah. Buat semak je kalau kau ikut sekali. Duduk je villa tengok anak-anak bala kau tu." habis sahaja ayatnya, dia terus pergi meninggalkan kembarnya di belakang.

Terus memasam muka Tengku Addyan. Macam nak menangis pun ada. Dayyan yang kebetulan masuk dapur hanya menghiraukan sahaja drama gila lelaki itu.

"Oh god, kenapalah aku ada kembar macam Ryan yang beku dingin tu." omel Tengku Addyan sorang-sorang.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now