✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 24

256 10 4
                                    

BIBIRNYA tidak berhenti tersenyum kepada sekumpulan lelaki yang berada di depan mata dia. Tidak lupa juga pada dua orang wanita yang berada di sebelah salah dua orang lelaki dalam 5 lelaki itu.

Dia setia berdiri di sebelah Amir yang sedang memperkenalkan diri dia pada mereka semua. Selesai lelaki tu bicara, dia mencelah.

"Hello guys. I'm Bella Elena. Kawan Amir. Nice to meet you guys." ucap Bella Elena dengan riang sekali.

Azzahra dan Aisya yang melihat senyuman tidak berhenti di bibir gadis itu turut membalas senyuman. Tidak seperti lelaki-lelaki yang berada di sebelah mereka. Masing-masing dengan muka tak puas hati mereka.

Amsyar pandang gadis di sebelah Amir dari atas sampai bawah. Amir yang perasan cara pandangan Amsyar, terus dia tegur lelaki tu.

"Apahal kau pandang dia macam tu? Nak mati ke?" sergah Amir dingin. Kalau tadi wajah cerianya menghiasi muka, sekarang bertukar kelat.

Dia julingkan mata ke atas. Memyampah dengan sikap terlebih emo Amir.

"Pandang pun salah. Aku ada mata suka hati aku lah nak pandang siapa pun."

"Salahlah. Dah tau ada mata pandang orang lain. Sebuk je nak pandang dia." marah Amir kegeraman.

Tengku Aaryan, Tengku Addyan dan yang lain hanya perhatikan sahaja pergaduhan kecil di antara Amir dan Amsyar.

"Suka hati kau lah. Malas nak layan." ujar Amsyar malas. Bazir air liur dia sahaja kalau ajak berdebat dengan Amir.

"Ehh. Awak duduk lah. Kesian dari tadi asyik berdiri mesti lenguhkan kaki." suara Azzahra mencelah bila suasana tiba-tiba jadi senyap.

"Takdenya nak lenguh kaki. Dah biasa berdiri lama-lama." kata Bella bagi menyakinkan gadis bertudung itu.

Azzahra hanya mampu tersenyum sahaja dengan kata-kata gadis itu. Aisya menyiku lengan Azzahra sebelum dia juga turut ikut senyum. Malu pula dia nak keluarkan suara.

"Ehm...korang boleh je panggil saya Bella." kata Bella tiba-tiba. Dalam hati dia gelak kecil melihat tingkah laku comel dua orang gadis di depan dia.

"Ooo ok. Ehm... Saya Azzahra Raissa dan yang ni Aisya Raihana. Bella boleh panggil kami Zahra dan Sya." kalini Azzahra pula yang memperkenalkan diri mereka. Dah macam orientasi sekolah pula gayanya.

Bella setia mendengar kata-kata gadis yang baru dia kenali itu. Amir pula tersenyum manis dengan hubungan gadisnya yang kian rapat dengan isteri dan bakal isteri kawannya.

Selesai sesi perkenalan mereka pada Bella, kelibat Shahrul bersama seorang gadis pula muncul di meja mereka.

"Sorry guys. Jalan jem tadi, orang baru balik kerja kan biasalah. Wow... Awek ke bro?" soal Shahrul bila perasan ada gadis asing di sebelah Amir.

Amir mengiyakan soalan Shahrul. Mukanya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Manakala, Shahrul tersenyum misteri kepada Amir.

Shahrul menyuruh gadisnya duduk terlebih dahulu sebelum dia juga turut duduk di sebelah gadisnya.

"Siapa perempuan yang kau bawak tu?" soal Dayyan. Hairan dengan lelaki tu yang tiba-tiba sahaja bawak perempuan yang mereka tak kenali langsung.

Shahrul tayang sengih. Wajah gadisnya di amati puas-puas.

"Hah ini lah gadis yang aku cerita kat kau ritu. Kenalkan, Naura Aleesya. Bakal isteri aku." kata Shahrul dengan penuh yakin dan berkarisma.

Tersembur air dalam mulut Tengku Addyan. Tersedak dibuatnya dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut lelaki tu. Aisya di sebelah cepat-cepat menghulurkan tisu kepada dia.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now