✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 30

165 6 1
                                    

"TENGKU Addyan Zareef bin Tengku Ayden Zakri! Shahrul Muizz bin Shahrul Faizz!  Amir Araysh bin Zainal Firasyh! Amsyar Danny bin Hayyan Harith!"

Suara nyaring milik Tengku Aaryan bergema satu villa ni. Lelaki tu memandang tajam dua ekor beruk di depannya.

Tengku Addyan, Shahrul, Amsyar dan Amir menelan liur payah. Suasana di dapur juga bertukar sunyi sepi tidak lagi seperti tadi.

"Apa yang korang buat kat dapur tadi?" soalan garang dari Tengku Aaryan langsung tiada siapa yang menjawab. Masing-masing hanya mendiamkan diri kerana enggan ingin mengeluarkan suara.

Pada masa yang sama, Tengku Addyan menolak bahu Shahrul sebelum mereka berempat berbalas-balas tolakan tanpa sedar ada mata yang sedang perhatikan permainan mereka berempat.

Tengku Aaryan cuba menahan kesabaran yang cuba di pupuk dalam diri dia. Melayan kerenah empat ekor beruk ni memang perlukan kesabaran yang tinggi. Patutnya dari dulu lagi dia sudah hantar mereka ni ke zoo biar penjaga zoo yang jaga diorang.

"Aku tanya soalan kat korang kan? Masing-masing ada mulut. Ke dah jadi bisu? Aku tengah bercakap dengan korang ni. Jangan sampai limit kesabaran aku naik. Pandang la aku!" terangkat bahu mereka berempat bila tengkingan Tengku Aaryan sekali lagi bergema.

Dayyan yang tadi curi-curi makan juga terkejut dengan tengkingan lelaki dingin itu. Habisla, lelaki dingin tu kalau dah naik hantu, hantu pun takut tengok perangai dia.

Cepat-cepat Tengku Addyan, Shahrul, Amsyar dan Amir pusing menghadap Tengku Aaryan. Takut-takut mereka memandang muka api kemarahan Tengku Aaryan.

'Uishh merahnya. Makan cili api ke apa?' soal Shahrul dalam hati.

'Aku rasa dia makan cili api la. Nak tau sebab apa? Sebab dia kan baru balik dari pasaraya.' jawap Tengku Addyan selamba.

'Haah la. Lupa pula aku yang dia baru balik dari pasaraya.'

Amsyar dan Amir menepuk dahi mereka bila perbualan Tengku Addyan dan Shahrul dapat di dengari semua orang.

"Kalau ye pun nak mengutuk dalam hati tu cover lah sikit. Orang boleh dengar kot." bisik Amsyar di antara Tengku Addyan dan Shahrul.

Tengku Addyan dan Shahrul tersengih bila perbualan mereka sudah kantoi. Sekali lagi mereka telan liur payah bila perasan riak muka Tengku Aaryan berubah.

"Korang memang menguji kesabaran aku. Kau pergi cuci tiga buah kereta aku kat garage." ternganga Amir di buatnya mendengar arahan lelaki tu.

"Ni denda ke apa? Bapak banyak kereta kau aku nak kena basuh." bangkang Amir tak puas hati.

"Yes. Itu baru tiga, kereta aku banyak lagi kat garage tu. Bersyukur sikit aku suruh kau basuh tiga buah je. Oh make sure cuci pakai tangan bukan pakai mesen." Amir mendengus kasar dengan denda yang diberikan oleh lelaki dingin tu. Nak tak nak dia terpaksa buat juga. Dia melangkah keluar menuju ke garage kereta untuk menunaikan denda lelaki tu tadi.

"Kau. Kemas balik dapur ni sampai bersih. Aku tak nak tengok satu pun habuk atau kotoran kat dapur ni." kali ni giliran Amsyar pula menerima denda dari Tengku Aaryan.

"Alhamdulillah, bersihkan dapur je. Takde hal punya la." kata Amsyar dengan yakin sekali. Dahinya berkerut bila Tengku Aaryan senyum sinis.

"Sejak bila pula aku suruh kau bersihkan dapur je,"

"Tadi."

"Bersihkan dapur tu betul dah. Bersihkan satu rumah ni sekali jangan lupa. Itu baru betul denda kau." ternganga Amsyar di buatnya. Ini lagi gila dari denda Amir tadi. Ini tak acik.

"Acik tak acik tu belakang cerita. Dah pergi buat kerja cepat. Aku tak suka orang lambat-lambatkan kerja aku." kata Tengku Aaryan berlagak.

"Kau dan kau. Bersihkan kadang Geo. Dah bersihkan jangan lupa bagi dia makan. Kalau aku dapat tau yang korang sakitkan haiwan kesayangan aku memang korang berdua takkan hidup aman lepas ni. Faham?"

"Fa...faham Ryan." serentak suara mereka berdua menjawap pertanyaan lelaki tu tadi. Dalam hati mereka sudah menangis seperti orang gila bila denda mereka lagi teruk dari Amir dan Amsyar.

"Pergilah cepat! Tunggu apa lagi kat sini." sengaja Tengku Aaryan menjerit di depan mereka berdua. Kelam-kabut Tengku Addyan dan Shahrul berlari keluar dari dapur.

"Kau tolong aku jap kemas barang-barang dapur ni." Dayyan malas nak bersuara, dia turutkan aja permintaan lelaki tu.

TENGKU Addyan dan Shahrul berhenti betul-betul di depan pintu kandang milik Geo. Haiwan kesayangan lelaki dingin itu.

"Mamat ni serius ke nak suruh kita bersihkan kandang haiwan ni?" soal Shahrul minta kepastian.

"Betul la. Dah cepat, nanti kang kalau lambat bersihkan dia bising pulak."

Tengku Addyan terlebih dahulu jalan ke depan walhal dalam hati jantung sudah seperti mahu pecah. Peluh renik di dahinya di biarkan, tak nak Shahrul perasan yang dia juga takut nak bersihkan kandang Geo.

"Bismillahirrahmanirrahim. Pergilah setan segala jin daripada tubuh Geo, fuh fuh." doa Tengku Addyan perlahan. Dia menolak sedikit pintu di depannya supaya mereka berdua dapat masuk ke dalam.

"Kau baca doa apa tadi? Kau takut eh? Eh?" Shahrul sengaja mengapikan-apikan kepanasan dia dalam hati.

Dia jeling tajam ke arah Shahrul sebelum dia menyuruh lelaki tu untuk senyap.

"Ish kau ni senyap la sikit. Kita dah masuk kandang rimau ni, aku lempang kang. Tadi aku baca doa masuk rumah la, kau apa tau. Dah jom." bisik Tengku Addyan perlahan.

Shahrul buat muka. Tak percaya dengan apa yang lelaki tu katakan tadi.

KELIBAT Aisya yang baru muncul di ruang tamu masih tiada siapa yang perasan. Keluar sahaja Dayyan dari dapur dia terus menyoal lelaki tu.

"Dayyan. Awak ada nampak suami saya tak? Sejak balik tadi saya tak nampak pun kelibat dia."

Macam mana dia nampak kalau masa on the way balik tadi dia tertidur. Siapa yang angkat dia bawa naik ke bilik pun dia tak tau.

"Dia ada hal sekejap nak kena buat. Jap gi dia balik lah tu." jawap Dayyan dengan ringkas sekali.

Baru sahaja Aisya ingin menyoal lagi kepada lelaki tu, suara Azzahra terlebih dahulu mencatas percakapan dia.

"Suami kau yang bawak kau naik ke atas tadi. Dia tak nak kejutkan kau sebab kau nampak penat. Kau tak makan lagi kan? Jom, aku teman kau makan. Nanti kalau Addyan tanya payah aku nak jawap." kata Azzahra Panjang lebar. Dia baru sahaja selesai menidurkan anak kembarnya yang masih kecil.

Tangan Aisya di tarik supaya kawan baiknya itu mengikuti langkah dia. Aisya ikutkan sahaja ke mana Azzahra bawa dia pergi.

TENGKU Aaryan dan Dayyan memerhatikan Tengku Addyan dan Shahrul dari bawah.

"Kau pasti ke diorang berdua tu boleh bersihkan kandang Geo? Aku risau Geo yang bersihkan diorang nanti." tanya Dayyan tanpa memandang langsung wajah lelaki dingin itu.

Dayyan mendengus kasar bila pertanyaan tidak di balas. Suka hati kau la Ryan, kau punya denda kau yang tanggung.

Dia ingin berlalu pergi dari situ tapi suara Tengku Aaryan mematikan langkah dia.

"Pergi tengok lagi dua ekor kat bawah sana. Kalau diorang buat kerja main-main, report kat aku terus." Tengku Aaryan memberi arahan kepada dia sebelum dia terus melangkah pergi.

"Kenapa la perangai kau dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah Add. Menyusahkan aku betul." matanya memandang tajam Tengku Addyan yang tengah bersihkan kandang Geo itu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now