✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 1

572 21 0
                                    

MAKANAN yang sudah siap dihidangkan dalam pinggan di ambil dan di letakkan di atas meja makan. Air liur di telan bagi menahan haruman masakan neneknya.

"Jangan nak sedut banyak sangat bau tu. Hilang nanti bauan masakan nenek aku." sergah Darwish yang baru tiba di meja makan.

Mata dikecilkan memandang lelaki itu. Muka macam tak bersalah langsung bila cakap "nenek aku". Tu nenek akulah, suka hati je rampas nenek orang.

"Sudah sudah. Depan rezeki pun masih nak bergaduh lagi. Kang nenek suh korang tidur dalam reban ayam kang baru tau."

Aisya laju menjelirkan lidahnya kepada abang saudaranya itu. Pandang muka kena marah ngan nenek.

Doa makan mula di baca oleh Darwish terlebih dahulu sebelum mereka mula makan.

Sambil makan sambil tu telinganya dengar suara Aisya yang sedang menikmati makanan di dalam pinggan. Mata dijulingkan ke atas. Menyampah betul dia dengan budak ni.

Puan Fatimah tergelak kecil melihat muka tak puas hati cucu lelakinya. Tau sangat yang cucu lelakinya itu tidak suka bila orang menganggu waktu makannya walaupun bunyi itu hanya perlahan sahaja.

"Kau boleh diam tak pendek. Makan pun nak ada bunyi. Ni mesti kat sekolah cikgu kau tak ajarkan cara makan tu camna. Meh sini aku bagitau kau, kalau nak makan tu kena senyap. Mulut tak reti duk diam, kang aku sumbat sambal belacan tu dalam mulut kau kang baru tau." Darwish sudah bersuara dingin. Tapi Aisya tetap buat perkara yang sama.

Berapi sahaja kepala dia sekarang ni. Melihat Aisya masih nikmati makannya, tangan laju saja mengambil air milik gadis itu bila tangan gadis itu seperti ingin mencapai air gelasnya.

"Apa masalah kau ni" marah Aisya kegeraman.

Darwish hanya buat muka tak bersalah bila dengan Aisya. Hah, lantaklah janji kau makan senyap. Dia kembali menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Ishh... Nek tengok Dar tu. Dia rampas air Sya. Nek..." meleret sahaja suaranya bermanja dengan Puan Fatimah. Darwish yang mendengar suara meleret Aisya itu seperti nak termuntah.

Puan Fatimah menggeleng kepala sebelum tangan mengambil satu lagi gelas yang berada di sebelahnya. Belum sempat air dituang ke dalam gelas ada satu tangan menghalang perbuatannya.

"Biarkan dia makan tanpa air. Takde air bukannya mati tercekik pun. Habiskan makanan tu dulu baru aku bagi air kau." tegas Darwish berkata membuatkan bibir Aisya dicebik perlahan.

Aisya pandang Darwish tak puas hati. Idea jahat mula timbul dalam kepala.

"Da..."

"Hah makan makan. Jangan nak buat loya buruk depan rezeki. Kang aku campak lipas kat kau kang baru tau."

Bibir kembali dicebikkan. Muka minta simpati ditunjukkan pada nenek supaya nenek menangkan dia. Tapi dia salah, nenek menangkan Darwish dari dia.

"Makan Sya. Nanti makanan tu sejuk dah tak boleh makan pulak." Puan Fatimah mula bersuara bagi menghalang pertengkaran dua orang  cucunya.

Darwish menjelirkan lidah kepada Aisya. Ambik kau, kau jelirkan lidah kat aku kan tadi, sekarang aku pulang kan balik apa yang kau buat tadi.

Akibat rasa geram bersongkol dalam hati dia, kakinya bertindak memijak kaki lelaki itu dengan kuat. Rasakan balik. Apa ingat aku tak berani ke nak pulangkan balik apa kau buat. Hah ni Aisya lah.

TELEFON di tangannya diputarkan beberapa kali. Nak call ke tak? Nak call ke tak eh? Kang aku call dia tak angkat pulak. Ahh call ajalah. Dia tak angkat tu fikir nanti.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now