✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 20

305 14 3
                                    

"KENAPA Sya rasa takut? Cuba cerita dengan nenek." pujuk Puan Fatimah lembut. Lepas sahaja pelukan mereka terlerai, dia membawa Aisya duduk di luar rumah.

Sambil mendengar luahan cucunya, sambil tu juga mereka boleh menghirup udara segar di waktu pagi. Cara yang dia selalu guna bila cucunya itu ingin meluahkan seseuatu.

"Sya takut kejadian lama menghantui Sya. Sya tak nak benda tu ulang tayang. Sya takut nek." ujar Aisya dengan suara serak basah akibat menahan tangisan.

Puan Fatimah menepuk lembut bekakang badan cucunya itu. Kepala cucunya di letakkan ke atas bahu dia.

"Sya tak boleh macam ni sayang. Sya kan gadis yang kuat menghadapi masalah yang di hadapi. Sya kena banyakkan berdoa kepada dia, setiap doa yang umatnya pinta dia akan dengar setiap luahan kita dan Sya kena ingat dia bagi ujian pada kita sebab dia sayangkan kita. Dia sayangkan Sya. Sya tak boleh biarkan perasaan takut Sya menghantui diri Sya, Sya kena lawan biar perasaan takut tu pergi. Sya kan dah janji dengan nenek dan Darwish yang Sya nak lupakan kejadian hitam tu." pesan Puan Fatimah panjang lebar.

Dengan laju Aisya menganggukan kepala bila diingat semula dengan janji dia pada mereka berdua dahulu.

Tanpa mereka berdua sedar, perbualan mereka di curi dengar oleh seseorang.

"Jadi, nenek nak Sya lupakan semua benda tu. Tutup buku lama dan buka baru. Pandang mata nenek."

Lambat-lambat Aisya mengangkat kepalanya untuk menandang muka Puan Fatimah. Dia perasan yang neneknya itu menggariskan senyuman manis buatnya.

"Oww, dah basah dah muka cucu kesayangan nenek ni. Alololo cian dia ye, cubit nak cubit?" Puan Fatimah sengaja mengusik dia menyebabkan dia memuncungkan bibirnya.

"Nenek ni. Sya tengah nangis ni. Nenek ni spoiler betullah." marah Aisya dengan suara manjanya. Muka sudah cemberut bila nenek boleh gelakkan dia.

"Hahaha. Nenek saja je mengusik. Tengok nenek pandai buat emosi Sya tadi lari tau. Dah tak mo lah nangis-nangis lagi. Nanti muka buruk takde sapa nakkan Sya, nenek padankan muka aja." usik Puan Fatimah lagi.

"Nek! Jahatlah nenek ni. Tak baik nenek cakap camtu. Kalau ada jodoh adalah, Sya tak bersedia lagi nak berumah tangga. Sya takut kalau nanti Sya gagal jadi isteri terbaik untuk suami Sya satu hari nanti." kata Aisya dengan muka mendung. Kepalanya kembali teringat lamaran Tengku Addyan semalam.

Puan Fatimah senyum mengusik, seperti ada benda yang dia tak tau aja ni? Mesti Aisya ada sembunyikan seseuatu dari dia ni.

"Ada orang melamar kamu ke?" sengaja dia menyoal soalan itu pada Aisya. Nak tengok sama ada cucunya itu jujur dengan dia atau tidak.

Tengku Addyan yang berada di sebalik dinding dapur juga menantikan jawapan gadis itu. Dengupan jantungnya usah di cakap lagi, seperti mau meletus pun ada.

"Semalam...Add lamar Sya." bagitau Aisya jujur. Puan Fatimah sembunyi senyum, sudah agak akan perkara itu. Jadi betullah firasat dia sebelum ni yang Tengku Addyan suka dengan cucunya yang sorang ni.

"Then? Sya dah bagi jawapan pada dia?" laju Aisya menggelengkan kepalanya. Muka wanita tua itu dipandang dengan muka minta kasihan.

"Dah buat solat istikharah?"

"Dah"

"Apa jawapannya?"

Bibir dikemam rapat. Patut ke dia bagitau apa jawapan yang dia dapat semalam? Ahh. Bagitau ajalah, bukan ada sapa-sapa yang dengar perbualan mereka pun.

"Sya nampak dia dalam mimpi. Dia pakai jubah putih, lepastu dia tersenyum manis dekat Sya. Kalau tu jawapan yang Sya dapat, apa patut Sya buat nek?" tanya Aisya tepat matanya memandang ke dalam anak mata neneknya.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now