✵❃ SHE IS MRS. ADDYAN 36

69 5 0
                                    

DALAM bilik hanya ada dia, Tengku Aaryan dan Dayyan sahaja sambil berdiri tegak memerhatikan sikap anak buahnya yang masih tak nak mengaku apa yang telah lelaki tu buat.

Cukup mereka bertiga sahaja sudah membuatkan musuh-musuh mereka terketar-ketar lutur. Sikap Tengku Aaryan yang suka dengan kerja keduanya sama seperti Dayyan. Tapi bagi Tengku Addyan jarang sekali dia mahu buat kerja seperti ini tapi kalau dah melibatkan orang yang dia sayang siapa sahaja yang tak terkesan.

"Kau budak baru kan?"

Kepala di angguk tanda 'ya' dengan soalan majikannya.

"Kau tau tak tuan villa ni siapa?"

"Ta...tau"

"Kalau kau tau, mesti kau tau jugakan sikap tuan villa ni macam mana?"

Dia tidak menggelengkan kepalanya. Tak tau nak bagi jawapan apa kepada majikannya.

Tengku Aaryan tersenyum sinis. Nampak sangat budak tu tak kaji betul-betul tentang kembarnya.

"Kau tau tak isteri siapa yang kau bagi kat musuh aku tadi?!" jeritan Tengku Addyan sudah naik satu oktaf. Tunggu masa bilik kurung ni penuh dengan darah sahaja.

"Ta...tau. A...aku minta maaf. To...tolong jangan bunuh aku. Aku me...merayu please..." ujarnya dengan muka penuh kesal dengan apa yang dia dah buat tadi.

Tengku Addyan ketawa sinis. Luci dengan apa yang baru dia dengar tadi.

"Apa? Maafkan kau? Kau rasa dengan apa yang kau dah buat kat aku, kat isteri aku aku boleh maafkan kau ke? Pergi mati lah dengan maaf kau tu si**. carut Tengku Addyan lagi. Satu tumbukan di berikan pada pipi lelaki itu. Cukup kuat bagi dia.

Hampir sahaja kerusi yang dia duduki tadi nak jatuh tapi sempat di tahan menggunakan kakinya. Rasa sakit di pipi cuba ditahan.

"Bagitau aku mana jantan si** tu bawak lari bini aku?" Tengku Addyan menyoal lelaki tu.

"Ak...aku tak tau mana dia bawa lari bini kau. Aku betul-betul tak tau." jawapnya dengan suara tersekat-sekat akibat tumbukan padu majikannya tadi.

Tengku Addyan hilang sabar bila jawapan yang dia inginkan tidak dapat. Pistol miliknya yang berada di atas meja terus di ambil.

"Ha... Penangan Aisya betul-betul hebat sampai dia boleh berubah jadi macam ni." ujar Dayyan perlahan di tepi Tengku Aaryan.

Mereka berdua dari tadi hanya perhatikan sikap serius Tengku Addyan pada anak buah lelaki tu. Tengku Aaryan juga membenarkan kata-kata Dayyan. Kali pertama dia dapat melihat sisi yang tersembunyi dari dalam diri kembarnya.

"Aku dah lama tak pengang pistol kesayangan aku. Kau nak rasa tak peluru dalam ni? Tak sakit pun, just nak buat rasa-rasa je." ujar Tengku Addyan sambil mengusap badan pistol yang ada di tangannya.

Badannya sudah bergetar hebat menahan perasan takut melihat sisi gelap majikannya. Ini kah sikap majikannya yang sebenar?

"Tahan sikit ok. Tutup mulut dia dengan kain. Aku tak suka dengar orang menjerit. Bengit gila nak mampus." ujar Tengku Addyan kepada Dayyan. Dia sudah bersiap sedia untuk mengenakan lelaki tu.

Dia mengacukan pistol di sisi perut lelaki itu tapi tidak lama dia berubah ke tempat lain pula. Cuba mencari posisi mana yang best untuk kenakan lelaki itu.

"Tak suka dengar orang menjerit konon. Habis pesakit kau kat hospital tu apa?" tanya Dayyan minta kepastian.

"Pesakit aku kat hospital tu lain. Diorang aku periksa dengan penuh kesabaran aku. Yang ni aku seksa dengan sisi gelap aku. Dah tepi aku nak lancarkan serangan ni." kata Tengku Addyan tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Hanya tayang reak kosong sahaja.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now