SELEPAS pergaduhan yang berlaku itu Khaleef jadi hilang selera makan , dia mula mengorak langkah ke tempat duduknya semula ."Aih mamat tu buat aku hilang selera je ! dah lah suka hati dia je hina aku !" bebel Khaleef seorang diri . 2 minit Khaleef termenung pintu masuk untuk check IC sudah dibuka , Khaleef beratur di tempat First Class . Selepas Khaleef duduk sahaja di tepi tingkap ada lagi 2 tempat duduk disebelahnya .
'Harap ii lah takde orang pelik ii duduk sebelah aku ni !' bisik hati Khaleef . Tetapi sangkaannya meleset apabila Tengku Hariz dan Tengku Firdaus yang duduk di sebelah Khaleef , Khaleef masih tidak perasan kerana kusyuk membaca majalah . Tiba ii Khaleef merasakan ada pergerakan disebelahnya membuat Khaleef mendongak , alangkah terkejutnya dia apabila mamat yang bergaduh dengan dia duduk di situ walaupun bukan sebelahnya tetapi masih dekat kedudukan mereka . Tengku Firdaus juga terkejut apabila melihat budak miskin itu duduk di situ tempat First Class pulak tu .
"Oi budak ! kau curi tempat orang ehh ?!" ujar Tengku Firdaus .
"Ehhh sorry sikit ini memang tempat saya !" marah Khaleef dengan nada geram . 'Aduh apa lah nasib aku dapat duduk dekat dengan mamat ni pulak !!' bisik hati Khalaeef .
"Mana bukti yang kau duduk sini ? ini tempat First Class tau ! kau tu miskin mampu ke duduk sini ?" perli Tengku Firdaus . Tanpa banyak cakap Khaleef hanya memberikan boarding passnya pada Tengku Firdaus , lalu Tengku Firdaus memanggil pramugari disitu ."Iye encik ? ada masalah ke ?" soal pramugari itu .
"Betul ke dia ni duduk sini ?" soal Tengku Firduas juga , lalu pramugari itu meminta IC Khaleef dan melihat boarding passnya pulak lalu tersenyum manis .
"Iye ini memang tempat duduk dia" ujar pramugari itu . Terbuntang mata Tengku Firdaus apabila tahu kebenarannya lalu tanpa berlengah terus dia duduk tanpa bersuara .
'Heh padan muka ! tau pun malu' ujar Khaleef dalam hati lalu tersenyum sinis ."Kau apahal ni bro ? kan dah malu !" ujar Tengku Hariz yang dari tadi hanya tengok drama di depan matanya itu .
"Dia ni lah budak yang aku gaduh tadi !" ujar Tengku Firdaus perlahan .
"What ?! Hahaha tu lah aku dah cakap jangan sesuka hati nak judge orang !! see duduk tempat First Class kot !" perli Tengku Hariz lalu ketawa kecil , dia tidak mahu penumpang lain mendengar .
"Diam kau sebelum aku tumbuk muka kau tu !" ujar Tengku Firdaus kasar . Tengku Hariz terus terdiam tetapi masih melekat senyum di mulutnya itu .PENERBANGAN pun bermula mereka diam sahaja Khaleef hanya membaca buku yang ada di tangannya itu manakala Tengku Hariz hanya melihat ke depan lalu Tengku Firdaus juga membaca majalah yang ada di tangannya . Tengku Hariz berasa sangat bosan , kalau nak baca buku dia alahan takut pening susah pulak hilang machonya nanti .
"Hye nama saya Tengku Hariz" sapa Tengku Hariz pada Khaleef sambil tersenyum manis . Tengku Firdaus hanya menjeling sahaja .
"Ha ? awak cakap dengan saya ke ?" ujar Khaleef dia agak kurang fokus apabila lelaki itu bercakap dengannya .
"Dia cakap dengan kau lah takkan dengan makcik depan tu pulak ! pekak" perli Tengku Firdaus , Khaleef hanya memandang tajam ke arah Tengku Firdaus kalau ikutkan hati nak sahaja dia bagi sebiji penampar sulungnya ini pada Tengku Firdaus tetapi dia harus hormat Tengku Firdaus lebih tua darinya ."Hahaha awak abaikan je kawan saya ni ! dia memang macam tu" terang Tengku Hariz membuatkan Tengku Firdaus meluat dengan kawan baiknya itu .
"Erm takpe lah saya okay je" ujar Khaleef lalu tersenyum , Tengku Hariz dan Tengku Firdaus melihat senyuman Khaleef membuatkan mereka ada rasa suka pada si Khaleef ini .
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...