SESAMPAI sahaja Khai dan Khaleef di Malaysia , driver milik keluarga Khaleef mengambil mereka di aiport .
"Wah ni first time aku datang malaysia" ujar Khai merasa seronok dapat datang ke negara Malaysia dimana ayah dan abangnya lahir .
"Kenapa sebelum ni kau tak datang malaysia ?" soal Khaleef .
"Siapa nak jaga aku kat sini ? waktu tu kan aku belum kenal kau lagi" balas Khai .
"Aik peliknya !" ujar Khaleef .
"Apa yang peliknya" ujar Khai .
"Kau ada abang kot kat sini ! dia tak jaga kau ke apa ?" soal Khaleef .
"Yes memang dia duduk sini bahkan ada syarikat disini tetapi macam yang kau tahu dia ada kerja lain kat sana , mesti lah dia akan duduk sana" ujar Khai .
"Erm betul juga" ujar Khaleef lalu menunduk kebawah apabila teringat pekerjaan Tengku Firdaus yang satu itu .
"Sudah lah ! jangan kau ingat pasal benda tu sangat , tak penting pun ! sekarang kita kat sini nak enjoy right" ujar Khai sambil memegang pipi tembam milik Khaleef .
"Ish kau ni ! dari 2 tahun lepas tak habis ii nak cubit pipi aku" ujar Khaleef sambil memuncungkan mulutnya .
"Argh mengada ! tu mulut tu , aku dah boleh sangkut baju dah !" usik Khai membuatkan Khaleef lagi memuncung .
TANPA Khai dan Khaleef sedar dalam masa 40 minit berjalan antara KLIA 1 ke rumahnya di Kuala Lumpur akhirnya mereka sudah sampai di rumah Khaleef .
"Besarnya rumah kau" puji Khai yang agak kagum dengan rumah keluarga milik Khaleef itu .
"Biasa je ni ! rumah kau lagi besar" ujar Khaleef cuba merendah diri supaya tidak nampak terlalu obses dengan duit harta ni semua , sebab Khaleef sedar rumah milik keluarga Khai lagi besar berbanding rumahnya ini .
SEDANG mereka asyik berborak di luar rumah tiba ii sahaja ada suara yang memanggil Khaleef .
"Khaleef !!!!!" ujar Anita merangkap sepupu Khaleef yang paling rapat , Khai hanya melihat sahaja Anita memeluk tubuh Khaleef dengan erat .
"Wey Nita ! kau buat apa kat sini ?" soal Khaleef yang pelik dengan kehadiran Anita ke rumah keluarganya itu .
"Aku nak jumpa mak ngah dengan pak ngah lah , tak lama lagikan aku kerja dengan pak ngah" terang Anita .
"Ouhh ! macam mana kau boleh dapat kerja setahu aku kau tu pemalas" perli Khaleef .
"What !!! ehhhh jahatnya mulut kau kata aku macam tu !" ujar Anita lalu bibirnya memuncung sedepa membuatkan Khaleef tekekek ii ketawa .
"Dah tak payah nak acah ii merajuk ! dalam hidup aku ni tak pernah lagi aku pujuk kau" ujar Khaleef selamba membuatkan Anita geram dengan sepupunya itu .
ANITA memandang sahaja wajah tampan Khai itu dengan penuh minat .
'Siapa pulak mamat korea ni ?' bisik hati Anita .
"Oi ! jangan kau nak tenung anak teruna orang macam tu , aku tumbuk muka kau sia ii je" marah Khaleef yang perasan Anita sedang kusyuk mengamati wajah kacak Khai .
"Ish kau ni ! cover lah sikit" ujar Anita yang wajahnya jadi merah akibat malu kerana kantoi melihat wajah anak teruna orang lama ii .
"Btw aku nak kenalkan ! ini Khai kawan baik aku kat Korea btw Khai ini pula Anita my fav cousin" terang Khaleef memperkenalkan antara satu sama lain .
"Wow Khai nama melayu sangat" ujar Anita .
"Saya mix melayu sebab tu nama saya melayu sikit" ujar Khai .
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...