SUDAH hampir 2 minggu Khaleef dan Khai ada di Malaysia , sudah tibanya mereka mahu pulang ke Korea semula .
"Mama jaga diri tau ! jangan lupa makan ubat kalau sakit ii , nanti papa dengan Khaleef jugak yang risau !" pesan Khaleef pada Puan Ruby yang kebelakangan ni selalu sakit .
"Iye lah !! kamu ni jangan lah risau sangat , mama tau lah jaga diri ni !" ujar Puan Ruby , dia memang kerap sakit tetapi selalu dia sorokkan pada Khaleef kerana tidak mahu anak tunggalnya itu risau .
"Erm ye lah ! papa Khaleef pergi dulu ye" pinta Khaleef lalu menyalam tangan kekar milik papanya diikuti Khai pula yang menyalam tangan Encik Raziq .
"Hati ii ye , nanti kalau ada cuti balik lah ! tak puas papa dengan mama nak spend time dengan kamu lagi ii menantu papa ni" usik Encik Raziq .
TERBUNTANG mata Khaleef dan Khai apabila diusik begitu oleh Encik Razif , tak sangka papanya selama ini tak kesah kalau Khaleef seorang GAY .
"Papa ni kalau nak bergurau pun agak ii lah !" ujar Khaleef cuba untuk menyembunyikan perasaan malu + takut .
"Takde apa ii yang kamu boleh sorok dari papa dengan mama lah Khaleef ! kamu ingat mama tak tahu ke yang kamu couple dengan kawan kamu yang nama Adam tu dulu , mungkin sekarang kamu dengan Khai ! mama izinkan je" usik mamanya pula .
"Takde maknanya Khaleef nak couple dengan mamat ni ! kalau betul Khaleef nak BF , Khaleef akan cari yang more better" ujar Khaleef sengaja mahu mengusik kawannya itu .
KHAI yang mendengar kata ii Khaleef itu agak terkejut .
'Tak guna punya kawan ! nasib depan mak bapak kau ! kalau tak mampus kau aku kerjakan' bisik hati Khai .
"Tengok berubah muka Khai tu" usik Encik Raziq .
"Ehh takde lah pakcik ! muka saya jadi merah sebab geram dengan Khaleef yang mulut tiada insurans ! lagi satu kami hanya kawan sahaja kerana Khaleef couple dengan abang saya" jujur Khai membuatkan Khaleef dengan pantas memukul bahu Khai sekuat hatinya .
"Ouhhh patut lah mama ada dengar kamu call semalam dekat gazebo rupanya call menantu sebenar mama rupanya" usik Puan Ruby membuatkan wajah Khaleef makin memerah .
"Ehhh sudah lah ! kalau layan mama dengan papa ni sampai 10 tahun akan datang pun Khaleef tak gerak pergi airport !" ujar Khaleef yang cuba untuk meleraikan usikkan dari mama dan papanya itu , kalau dibiarkan pasti akan melarat .
KHALEEF terus menarik tangan Khai untuk menaiki kereta grab yang dipesan untuk ke KLIA I
HAMPIR 6 - 7 jam penerbangan dari Malaysia ke Korea ( main hentam je ni ! ) .
KHALEEF DAN KHAI dijemput oleh Tengku Firdaus dan Tengku Hariz .
"Sayangg !!!!!" jerit Tengku Firdaus dengan sangat riang , lega hatinya dapat jumpa Khaleef semula .
KHLEEF dan yang lain semua terkejut dengan jeritan dari Tengku Firdaus itu , membuatkan semua yang ada di aiport Korea itu memandang ke arah mereka .
'Ya allah !!! kawan siapa lah macam beruk ni' bisik hati Tengku Hariz yang malu apabila kawan baiknya itu menjerit seperti budak ii mendapat gula ii .
'Seriusly !! abang aku ke ni ?' bisik hati Khai pula yang agak pelik dengan perangai abangnya yang sukar ditafsir kerana tidak pernah ii perangainya sebegitu .
TENGKU FIRDAUS terus mendakap tubuh kecil milik Khaleef dengan erat , melepaskan semua kerinduan hampir 1 bulan mereka bermasam muka akhirnya Khaleef maafkan dirinya juga .
SEDANG kusyuk Tengku Firdaus memeluk Khaleef tiba ii ada satu tanparan yang kuat di dadanya .
"Auch" Tengku Firdaus mengusap dadanya yang dipukul oleh Khaleef itu , boleh tahan berbisa jugak tangan kecil Khaleef ini .
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...