SETAHUN BERLALU selepas Khaleef kerja bersama Tengku Azrul .
"Sayang jom keluar makan" ujar Tengku Azrul .
"Bos !! Ini office bukan rumah , jangan lah panggil saya macam tu" ujar Khaleef yang kurang selesa apabila orang sudah bergosip tentangnya .
"Ala apa masalahnya ?? Khaleef tu kan pujaan hati abang" ujar Tengku Azrul membuatkan Khaleef rasa meremang .
"Jangan mengada , sekarang ni dah banyak mulut gosip pasal kita tau tak !!" Ujar Khaleef yang tidak selesa dengan keadaan begitu .
SEJAK kejadian dirinya bersama Tengku Firdaus tu membuatkan dirinya trauma mahu buka hati pada sesiapa ataupun rapat dengan mana - mana lelaki yang mahukan dirinya .
"Ala janganlah terlampau dengar sangat cakap orang tu , better kita fikir pasal kita ni je" ujar Tengku Azrul yang sudah lama menyimpan hati pada Khaleef .
"Boss , jangan lah macam ni . Dah setahun kita bekerja sama , saya memang tidak akan suka pada sesiapa !! Boss pun tau apa jadi pada saya kan" ujar Khaleef , riak mukanya nampak sedih dan trauma dengan apa telah jadi pada dirinya .
"Kenapa adik masih nak kenang benda yang dah lama ??" Soal Tengku Azrul yang pelik dengan Khaleef masih mengenangkan kisah lama .
DENGAR sahaja soalan tu membuatkan Khaleef merasa marah dengan soalan bodoh Tengku Azrul itu .
"Kenang ?? Ehh sebabkan benda tu nyawa saya hampir hilang tau !! Sebabkan benda tu saya hampir tak boleh nak berjumpa dengan sesiapa !! Saya hilang segalanya !!" Ujar Khaleef yang matanya sudah memerah , hendak sahaja dia menangis disitu . Tetapi dikenangkan ada orang disitu jadi dia menahan sahaja air matanya dari tumpah .
TENGKU AZRUL merasa bersalah apabila tersedar dirinya sudah tersalah kata . Betul lah orang cakap , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa .
"Erk adik , abang mintak maaf !! Abang x sepatutnya cakap macam tu pada adik" ujar Tengku Azrul meminta maaf pada Khaleef .
"Sudah lah , saya dah taknak dengar apa-apa !! Saya ada banyak lagi kerja yang saya perlu buat" ujar Khaleef .
TENGKU AZRUL terdiam lalu berpaling masuk ke biliknya , hatinya merasa bersalah pada Khaleef kerana dia telah mengguriskan hati satu-satu nya orang yang hatinya suka .
SEBULAN KEMUDIAN
TENGKU FIRDAUS telah tiba di Malaysia , disambut oleh PA nya yang bekerja di Malaysia .
"Macam mana Tuan ?? Penat hehehe ??" Ujar PA nya yang bernama Fariz .
"Kau boleh tanya soalan bodoh kat aku ??" Ujar Tengku Firdaus sambil menjenggil matanya ke arah Fariz merangkap kawan baiknya selain Hariz yang sudah lama tidak hubunginya selepas kematian Khaleef .
"Hehehe saja nak mengusik kawan baik aku ni !! Lama tak jejak Malaysia" perli Fariz .
"Ergh suka hati kau lah !! Btw mana Hariz ?? Dia masih marah kat aku ke ?" Soal Tengku Firdaus yang masih rasa bersalah terhadap Hariz , Khaleef dan seluruh manusia yang terlibat .
"Argh macam kau x kenal abang aku tu !! Busy kemain , semalam dia baru flight ke Tokyo katanya ada kerja nak di settlekan" ujar Fariz merangkap adik kepada Hariz .
TENGKU FIRDAUS menganggukkan kepalanya sahaja dan mengikut Fariz dari belakang untuk pergi ke condo yang sudah lama Tengku Firdaus tinggalkan .
POV KHLAEEF .
"Oi jantan !! Mana kau ??" Ujar Farisha yang selamba memanggilnya dengan perkataan ( JANTAN ) itu .
"Siot je !! Biadap gila kau sekarang" ujar Khaleef , tapi dia tak kesah pun kerana dia tau perangai Farisha yang memang tak makan saman tu .
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...