"Kenapa korang tak bagitau semua ni dari awal !!" jerit Tengku Firdaus yang merasa sesal dengan semua perbuatan kejinya selama ini kepada Khaleef .
"Itu balasan pada kau ! ini yang kau nak kan , sekarang hasrat kau dah terlaksana !" ujar Khai lalu keluar dari bilik itu diikuti Tengku Azrul .
"Mama !! Aus salah ma , Aus sakiti Khaleef ma !!" rengek Tengku Firdaus , air matanya mengalir dengan sangat deras .
"Berubah lah nak ! selagi kamu masih tak mampu nak percaya pada sesiapa pasti semua orang akan meninggalkan kamu" pesan Puan Mariam .
TENGKU FIRDAUS bungkam , kerana masa silamnya membuatkan dirinya seperti ini .
THROWBACK TENGKU FIRDAUS
"Bila abang nak transfer duit tu kat sayang ?" soal lelaki yang bernama Shah itu .
"Nak transfer lah ni , kejap ye sayang ! sorry sebab dari tadi lagi abang busy" ujar Tengku Firdaus merasa bersalah .
TENGKU FIRDAUS transfer hampir RM7000 kepada Shah , dia tidak kesah sekiranya sudah menghabiskan beribu - ribu duit kepada Shah kerana Tengku Firdaus sangat menyayangi Shah yang jauh di Malaysia .
"Thanks abang" ujar Shah .
"Wel..." tidak sempat Tengku Firdaus menghabiskan kata ii nya Shah sudah mematikan talian .
"Aih dapat duit terus tutup ye ! aih nasib lah sayang" ujar Tengku Firdaus .
POV SHAH
"Hye abang" ujar Shah lalu memeluk sosok tubuh lelaki yang sangat kacak dan tinggi .
"Apa sayang buat call lama ii tu ? sayang call dengan siapa ?" soal lelaki itu .
"Sayang call kawan tadi" bohong Shah , dia sengaja mahu menggunakan Tengku Firdaus untuk duit sahaja .
"Ouh ingatkan call lelaki lain tadi" ujar lelaki itu , dia sangat sayangkan Shah lebih dari diri sendiri .
"Mana ada !! lagipun siapa lah sayang nak call kalau BF dah ada depan mata ni hehehe" ujar Shah sambil ketawa comelnya itu .
"Hehehe thanks sebab setia sayang" ujar lelaki itu sambil mengusap kepala Shah dengan penuh kasih sayang .
WALAUPUN sudah hampir 2 tahun Shah dan Tengku Firdaus berhubungan , Shah tetap mencari yang lain kerana niatnya pada Tengku Firdaus hanya kerana duit semata .
SUDAH hampir 2 bulan Shah curang bersama lelaki lain , Tengku Firdaus pula pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan Shah .
"Kau masih lagi dengan budak tu Daus ?" soal Tengku Hariz .
"Kau ni nama dia Shah lah !" ujar Tengku Firdaus yang kadang ii merasa sakit hati bila kawan baiknya itu seperti tidak menyukai Shah .
"Aku bukan apa lah Daus ! kita ni kawan dari kecik , aku takde niat nak rosakkan hubungan kau dengan budak tu ! tapi aku nak bagi nasihat yang dia tu takkan boleh buat kau happy , kau bagi dia beribu tapi kau tak tau apa yang dia buat belakang kau" nadihat Tengku Hariz , dia bukan niat nak menuduh tetapi dia melihat dengan mata kepalanya sendiri apabila Shah keluar berdua bersama lelaki sambil berpelukkan mesra apabila dia ada kerja di Malaysia .
"Kau ni dari dulu nak burukkan dia kenapa eh ?? apa salah dia pada kau sampai kau sanggup nak buruk ii kan dia !" Tengku Firdaus sudah hilang sabar dengan Tengku Hariz apabila Tengku Hariz tidak habis ii memburukkan Shah di hadapannya .
"Aku cuma cakap je , ikut kau kalau kau nak dengar cakap aku ni" balas Tengku Hariz , malas sudah mahu berdebat dengan orang yang memang keras kepala seperti Tengku Firdaus itu .
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...