chap 30

1K 23 10
                                    

KHALEEF tersedar dari lamunan apabila Khai duduk di sampingnya sambil menghidangkan jamuan untuk petang yang cukup indah ini .

"Kau menungkan apa tu Khal ?" soal Khai , gembira hatinya apabila telah melihat Khaleef semakin sihat dan kuat .

"Takde apa ii lah ! aku saja je duk sini , healing sorang ii syok apa hehehe" balasan Khaleef itu membuatkan Khai tersenyum .

KHAI meraih tangan lembut Khaleef dan mengusapnya dengan penuh kasih sayang .

"Kita dah habis pratikal , kau akan balik Malaysia ataupun kau akan terus stay sini ?" soal Khai , pilu hatinya ingin berpisah dengan Khaleef tetapi demi masa depan Khaleef dia terpaksa juga kena akur dengan setiap keputusan Khaleef .

"Mesti lah aku balik Khai , Korea ni memang lah besar tapi orang ii abang kau tu cukup banyak untuk jumpa aku setiap kali aku jalan ii kat kawasan ni" ujar Khaleef , dia juga berat hati ingin berpisah dengan Khai tetapi dia harus melarikan diri dari Tengku Firdaus .

"Erm takpe aku faham" ujar Khai sambil tersenyum paksa .

KHALEEF turut tersenyum , walaupun tersenyum tetapi otaknya ligat berfikir tentang markah pratikalnya .

'Aku masih dikira lulus ke ?' soalan demi soalan terlintas di fikiran Khaleef ketika ini .

1 Bulan selepas kejadian

"Sampai Malaysia hati ii tau !" pesan Khai , Khaleef hanya menganggukkan kepalanya sahaja .

"Nanti sampai sana aku call kau ye" ujar Khaleef .

"Kalau kau tak call pun , aku yang akan call kau ! selagi kau tak angkat , selagi tu lah aku call sampai fhone kau tu meletop !!" ujar Khai sambil diiringi ketawa Puan Mariam dan Tengku Hariz .

"Sampai sana jaga kesihatan , mama taknak kamu sakit" pesan Puan Mariam , sedikit terluka di hatinya apabila terpaksa berpisah dengan satu ii nya manusia yang sudah di anggap seperti anak kandung .

"Iye mama jangan risau ye , apa ii nanti Khal mesti inform kat mama and papa" balas Khaleef .

PUAN MARIAM hanya tersenyum , mahu jatuhkan air matanya tetapi segan pula apabila dilihat oleh orang ii sekeliling .

"Kalau nak nangis tu teruskan je lah ! tak payah nak cover sangat" perli Khai , sengaja mahu mengusik mamanya .

PANG !! satu tamparan tepat mengenai belakang Khai .

"Auch !! mama sakit lah" rengek Khai sambil mengusap belakangnya yang baru sahaja dipukul oleh Puan Mariam .

"Mulut kamu ni kan ! mama rasa nak cili ii kan aje !" ujar Puan Mariam .

"Ala orang gurau jak pun !" ujar Khai , bibirnya sudah sedepa .

"Nah tengok Khaleef ! mama ada bela burung gagak ni !" perli Puan Mariam .

"Ma !!!" berang pula Khai apabila mamanya langsung tidak memberinya peluang .

"Hahaha sudah lah tu Khai !" ujar Khaleef lalu menepuk belakang Khai lembut .

SEDANG kusyuk mereka berborak tiba ii sahaja sudah ada panggilan pesawat , Khaleef dengan segera menyalam semua tangan yang ada dan bergegas masuk ke tempat check barang ii nya .

"Mama mesti akan rindukan dia" ujar Puan Mariam .

"Khai pun" balas Khai , matanya sudah mahu mengalirkan air mata tetapi ditahan .

"Takpe nanti semuanya dah okay kita lah yang pergi sana jenguk dia" ujar Tengku Hariz .

SESAMPAI sahaja Khaleef di Malaysia , Khaleef terus bergegas ke arah Tengku Azrul yang sudah menunggu dirinya .

MY FRIENDS BROTHER Where stories live. Discover now