PADA malam harinya seperti yang di janjikan Khaleef akan menetap di rumah Tengku Firdaus buat pertama kalinya . Tengku Firdaus sudah ada dihadapan rumah Khai dan Khaleef menetap .
"Aik ? kau dah kenapa bang , buang tebiat ke datang rumah aku malam ii ni ?!" ujar Khai yang agak pelik kerana abangnya datang kerumah pada malam ini , padahal sebelum ni tak pernah pun abangnya nak datang .
"Aku nak ambik Khaleef" balas Tengku Firdaus .
"What ?! kau nak bawak kawan aku pergi mana malam ii macam ni ! kau jangan macam ii bang , aku tendang kau satgi !" ujar Khai .
"Kau tak payah sibuk lah ! aku ada kerja dan aku perlukan bantuan Khaleef !" tipu Tengku Firdaus .
"Kerja ke ataupun kau nak kerjakan si Khaleef tu !" ujar Khai , alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Khaleef sedang keluar rumah dengan membawa beg . "Ehh kau nak pergi mana ni Khaleef ?" soal Khai .
"Aku nak ikut abang kau lah ! dia kata ada kerja nak kena buat !" tipu Khaleef .
"Ehh korang ni memang dah plan ke apa ha ! kau nak ikut abang aku ? kau percayakan dia ke ?!" ujar Khai , sakit hatinya apabila mereka berbincang tanpa memberitahu dia dahulu .
"Ish kau ni Khai jangan lah risau aku pergi ni atas urusan kerja" pujuk Khaleef .
"Kalau macam tu aku ikut lah !" ujar Khai membuatkan Khaleef dan Tengku Firdaus buntu .
"Ehh mana boleh kau ikut ! ini kerja bahagian department kami !" ujar Tengku Firdaus , dia tidak mahu adiknya ikut takut kerana nanti rosak lah rancangannya bersama Khaleef mahu berhoneymoon .
"Arghh sudah lah pergi lah korang ! aku ni kan tak penting" ujar Khai yang pura ii merajuk , dia sudah malas mahu memaksa kalau orang sudah tidak izinkan .
"Jangan lah macam tu ! nanti aku belanja kau coklat ye" pujuk Khaleef sambil memegang tangan Khai dengan lembut .
"Aih ye lah elok ii jangan percaya sangat dekat abang aku tu ! abang aku bagi amaran ye ! kalau kau apa ii kan Khaleef , aku bunuh kau !" ujar Khai memberi amaran keras pada abangnya itu .
"Iye dah jom nanti lewat sampai !" ujar Tengku Firdaus lalu menarik tangan Khaleef masuk kereta , dia merasa cemburu apabila melihat Khaleef memegang tangan Khai walaupun Khai itu adiknya tetapi dia masih merasa cemburu .
SEWAKTU di dalam kereta
"Sayang masih taknak bagitau Khai ke ? kesian dia abang tengok , lagi satu abang dah penat nak menipu kalau nak keluar mesti kena bagi alasan macam ii" ujar Tengku Firdaus , dia memang agak penat untuk menyembunyikan hubungan mereka ini tetapi disebabkan Khaleef ingin private relationship dia terpaksa akur .
"Im not ready ! lagipun kita ni baru lagi tak sampai 1 bulan pun lagi" ujar Khaleef , dia pun merasa penat dengan private relationship ini tetapi dia tidak mahu jadi macam dia dan Khai macam ii dia terima dugaan yang menyakitkan .
"Sayang takut jadi macam sayang dengan Adam ke ?" ujar Tengku Firdaus cuba untuk meneka , apabila melihat wajah Khaleef yang nampak sedih itu jadi betul lah tekaannya yang Khaleef masih trauma dengan kisah lamanya . "Sayang jangan lah takut ! abang takkan buat apa yang Adam buat tu" ujar Tengku Firdaus meyakinkan Khaleef sambil tersenyum manis membuatkan Khaleef tersentuh .
HAMPIR 15 minit dari rumah Khai ke rumah Tengku Firdaus mereka hanya berborak kosong untuk lebih kenal antara satu sama lain .
"Dah sampai jom masuk" ujar Tengku Firdaus lalu membuka bonet untuk mengambil barang ii keperluan Khaleef .
"Besarnya rumah abang ! ni rumah ke istana" ujar Khaleef teruja dengan rumah yang memang sangat besar itu .
"Hehe takda lah biasa ii je ! sekarang dah jadi rumah kita berdua" ujar Tengku Firdaus lalu memimpin tangan Khaleef masuk ke rumah yang serupa istana itu .
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...