"Ada apa awak suruh saya datang sini ?" soal Tengku Azrul .
"Ikut aku" arah Khai membawa Tengku Azrul menuju ke sebuah bilik di tingkat atas .
APABILA pintu itu dibukak serta merta Tengku Azrul menjadi kaku apabila melihat Khaleef sedang terbaring dan perlbagai wayar ada di badannya .
"Ya Allah !! apa dah jadi pada Khaleef ni Khai ?!" soal Tengku Azrul kepada Khai yang hanya diam di hadapan pintu .
"Dia kena seksa dengan Tengku Firdaus" balas Khai membuatkan Tengku Azrul berang .
"What !! bukan diaorng couple ke , macam mana pulak si bangsat tu berani seksa partner sendiri !" ujar Tengku Azrul yang sangat marah pada Tengku Firdaus ketika ini .
"Dia salah faham , dia nampak kau keluar dari bilik hotel berdua dengan Khaleef jadi dia fikir Khaleef tu curang ! sebab tu dia diseksa selama 2 minggu , dah macam ii cara aku cuba untuk selamatkan dia waktu tu tapi tak berjaya ! akhirnya 1 minggu yang lepas aku berjaya bebaskan dia , sekarang dia sedang dirawat tetapi trauma dia sangat ii teruk" terang Khai membuatkan Tengku Azrul terkesima , tak sangka Tengku Firdaus sanggup membuat andaian sendiri dan menyeksa Khaleef sebegitu sekali .
"Sekarang kau fahamkan kenapa aku suruh kau datang sini ! tolong ungkapkan kebenaran , aku nak manusia keji tu menyesal !" pinta Khai seperti separuh merayu .
TENGKU AZRUL buntu dengan permintaan Khai itu , dia rela je sebenarnya untuk mengungkapkan semuanya tetapi lepasni pasti Tengku Firdaus akan cuba mendapatkan hati Khaleef semula .
"Susah lah Khai" ujar Tengku Azrul lembut .
"Aku tau yang kau tu suka kat Khaleef ! tapi ini demi kebaikkan Khaleef , dia hampir mati waktu dalam tahanan Tengku Firdaus ! jadi aku nak balas dendam , please bantu aku Azrul" pinta Khai sekali lagi , dia berharap sangat ii yang kali ini Tengku Azrul akan menolongnya untuk membalas dendam pada abangnya itu .
"Okay ii fine !" akhirnya Tengku Azrul mengalah , dia juga merasa dendam pada Tengku Firdaus kerana telah membuat insan yang baik sebegini rupa .
POV TENGKU FIRDAUS
"Buat masa sekarang ni macam mana ?" soal Tengku Firdaus tentang serbuan Team Lion keatas kubu ii mereka .
"Semuanya berjalan lancar ! tiada apa ii serangan sejak kita dah sedar dengan serangan mereka" terang Tengku Hariz .
"Bagus ! Btw any proceed ?" soal Tengku Firdaus lagi selepas lega mendengar jawapan dari Tengku Hariz sebentar tadi .
"Hasilnya boleh tahan ! kita dapat kembali dalam 15% semula selepas sudah di tawan oleh team musuh boss ! cuma kita kena kerja keras lebih sedikit jika kita nak dapatkan keseluruhan yang di curi itu" jelas Aish yang memang agak peka tentang ii kerja sebegini .
"Bagus ! aku taknak gagal lagi kalini , aku nak korang semua pastikan musuh kita lenyap terus !" ujar Tengku Firdaus dengan nada tegas .
WALAUPUN Tengku Firdaus busy dengan kerja ii office dan juga dari segi dunia permafiaan tetapi otaknya ligat berfikir tentang Khaleef .
"Asal kau ni bro ?" soal Tengku Hariz apabila seluruh anak ii buah Tengku Firdaus telah keluar dari bilik meeting .
"Aku okay cuma pening sikit je !" bohong Tengku Firdaus .
"Aih ! aku bukan kenal kau sehari je Daus ! kita ni dah macam adik beradik dah , tak payah lah kau nak sorok apa ii dari aku ! kau jujur je yang kau rindukan Khaleef kan !" ujar Tengku Hariz yang sudah masak dengan perangai Tengku Firdaus itu .
"Ehh takde maknanya aku nak rindu budak murah macam dia tu !" balas Tengku Firdaus , dia sungguh meluat apabila mendengar nama itu tetapi tidak tahu lah kenapa otaknya ligat berfikir tentang Khaleef .
"Ish !! susah betul lah nak buat kau ni tak jadi degil , tak habis ii nak ikut kepala kau je ! aku harap sangat satu hari nanti kau akan tahu kebenaran yang sebenar bahawa Khaleef tu tak bersalah !" ujar Tengku Hariz , dia sangat geram dengan perangai Tengku Firdaus yang suka orang ikut dia sahaja .
TENGKU HARIZ keluar dari bilik meeting itu untuk pergi ke rumah Khai secara senyap ii , dia kerap menjenguk keadaan Khaleef tanpa pengetahuan Tengku Firdaus .
POV KHALEEF
"Abang Azrul ! apa abang buat kat sini ?" soal Khaleef lemah .
"Abang sengaja je nak lawat Khaleef , kenapa Khaleef tak bagitau abang pasal perkara sebenar ?" ujar Tengku Azrul .
"Adik okay lah ini kan cuma acci..." tidak sempat Khaleef menghabiskan kata ii nya Tengku Azrul sudah menyampuk .
"Tak payah nak berdalih lagi Khaleef ! abang dah tau semuanya , Khai dah cerita semuanya pada abang" ujar Tengku Azrul , tak sangka di dalam keadaan begini Khaleef masih mahu menyimpan rahsia padanya .
KHALEEF memandang ke arah Khai dengan perasaan geram kerana telah memberitahu pada Tengku Azrul perkara sebenar yang terjadi pada dirinya .
"Sorry Khaleef , aku bagitau sebab aku nak buat rancangan untuk jatuhkan dia" ujar Khai .
"Kau gila ke Khai ?! dia tu abang kau , kalau dia sakiti aku pun dia tu tetap abang yang perlu kau hormat !" ujar Khaleef , walaupun hatinya membenci Tengku Firdaus tetapi dia tidak sanggup untuk menghancurkan sebuah keluarga .
"Jangan kau risau , aku bukan nak bunuh atau pukul dia macam dia buat pada kau ! aku ada plan" ujar Khai .
"Plan apa ?!" tiba ii sahaja Tengku Hariz menyampuk .
"Ehh Abang Hariz" ujar Khaleef terkejut dengan kehadiran Tengku Hariz itu .
"Hye" ujar Tengku Hariz lalu Khaleef menyalam tangan Tengku Hariz .
"Adik abang ni dah sihat ?" soal Tengku Hariz .
"Boleh lah sikit ii" ujar Khaleef lalu tersenyum .
"Btw tadi abang dengar korang nak buat plan ? plan untuk apa , atau ada apa ii yang abang tak tau ke ?" soal Tengku Hariz kehairanan .
"Khai nak balas dendam pada abang" ujar Khai selamba membuatkan Tengku Hariz tergamam .
"Khai dah gi...." tidak sempat Tengku Hariz menghabiskan kata ii nya Khai sudah memintas .
"Ehh dengar dulu boleh tak korang ni ! plan Khai untuk buat Firdaus menyesal atas perbuatannya !" ujar Khai geram kerana dari tadi semua orang nak memintas cadangannya .
"Ouh ! jadi apa lah cadangan Khai tu , abang harap abang berminat lah" ujar Tengku Hariz .
"Dalam info yang Khai tahu , Daus tak tahu keadaan Khaleef sekarang macam mana ! jadi plan Khai untuk Abang Hariz beritahu pada Daus yang Khaleef sedang nazak , kalau Daus tak kisah kita akan tunggu dalam 1 minggu untuk Azrul pulak buat kerja ! Abang Hariz kena bawak Khai dengan Azrul berjumpa dengan Daus untuk memberi tahu semua perkara sebenar ! dan waktu tu pasti seorang Tengku Firdaus akan menyesali perbuatannya !" terang Khai panjang lebar .
KHALEEF hanya tersenyum sahaja mendengar cadangan bernas dari Khai itu .
"Wow agak menarik" ujar Tengku Hariz dengan penuh minat atas cadangan dari Khai itu .
"Kalau abang dah menyesal ! Khai akan bawa Khaleef pergi jauh , dan Khaleef boleh mulakan hidup baru" ujar Khai sambil mengusap kepala Khaleef lembut .
"So when do we want to start this plan ?" soal Tengku Hariz seperti tidak sabar .
"Esok" balas Khai sambil tersenyum sinis , dia akan pastikan abangnya menderita seperti apa yang Khaleef rasa seperti sebelum ini .
ADAKAH DENDAM AKAN TERBALAS ??
ADAKAH RANCANGAN SEMUA AKAN BERJALAN LANCAR ??
HYE GUYS !!
AMACAM DENGAN CHAP KALINI ??
JANGAN LUPA SHARE , VOTE AND COMMENT !!
JANGAN LUPA JUGA FOLLOW MY ACC ❤️‼️
YOU ARE READING
MY FRIENDS BROTHER
RomanceSeorang jejaka tampan yang berasal dari MALAYSIA bekerja sebagai seorang CEO syarikat besar di KOREA telah bertemu dengan seorang pelajar practical dari MALAYSIA juga yang disarankan oleh adiknya telah mengubah jejaka itu dari seorang yang bengis...