"Faraz!"
Terkejut.
Terlalu terkejut melihat seorang lelaki yang bukan mahram aku tiba-tiba melangkah keluar dari bilik air kamar hotel ini.
"Awak buat apa dekat sini? Macam mana..."
Aku tak mampu untuk meneruskan kata-kata bila Faraz perlahan-lahan menghampiri aku. Wajah itu dingin. Lebih dingin daripada sebelum ini. Terlalu menyeramkan sehingga menyukarkan pernafasan aku.
"Saya tanya. A... awak... buat apa dekat sini, Faraz?"
Gugup. Tiada wanita yang akan senang menghadapi situasi seperti yang sedang aku hadapi sekarang. Gila!
Setapak dia menghampiri setapak juga aku mengundur ke belakang. Sehingga akhirnya aku jatuh terduduk di atas katil.
"Faraz, jawab saya! Awak pekak ke?"
Kali ini suara aku meninggi. Cemas, cuak dan takut. Dapat aku rasa tubuh aku kuat menggeletar. Namun respon yang aku terima masih sama.
Sepi tanpa jawapan. Tiada walau sepatah kata pun yang keluar dari bibir itu. Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu menambahkan lagi resah di hati. Ditambah pula dengan lelaki itu yang tanpa semena-mena cuba mencabut butang baju kemejanya satu demi satu.
"Awak nak buat apa ni, Faraz?"
Dia tetap tidak menghiraukan aku. Tangan dia masih bergerak. Bekerja melepaskan pakaian dari tubuh dia. Aku hampir pitam.
"Tolong cakap awak bukan nak buat macam apa yang saya fikir ni, Faraz," ujar aku sudah mula merayu.
Tanpa menjawab aku, dia memalingkan tubuhnya yang sudah tidak berbaju. Baju tadi telah dia jatuhkan ke lantai.
"Faraz!"
Langkah dia untuk membuka pintu bilik terhenti saat aku menangkap sebelah tangannya. Dia memalingkan sedikit wajahnya. Cukup untuk memandang aku.
"No, Faraz. Please. Jangan buat saya macam ni." Seketika aku benar-benar merayu.
Tetapi kebisuan dia buat aku dihambat dengan debar yang semakin menggila. Ke mana lagi harus aku larikan diri?
Ketukan di pintu masih tak berhenti. Malah semakin kuat dan bertalu-talu. Sepertinya ramai orang sedang berada di luar. Betul-betul berkumpul dan menunggu di hadapan pintu, menanti masa untuk menangkap aku dan Faraz yang sedang berada dalam keadaan mencurigakan.
Faraz menarik tangannya. Dia berjalan ke arah sebuah rak almari baju yang terletak di sudut bilik. Pintu almari dibuka lalu sehelai tuala diambil. Dia kembali pada aku seraya mencampak perlahan tuala itu padaku.
Barulah aku teringat akan keadaan diri yang tidak berhijab. Laju saja tangan menutup aurat yang terdedah dengan menggunakan tuala yang diberi. Hati memarahi khilaf sendiri.
Sewaktu Faraz ingin kembali melangkah ke arah pintu bilik, aku kembali menangkap pergelangan tangan dia. Memaksa dia untuk berhenti dan mematikan niat terkutuknya meskipun aku sedar sudah terlambat.
Sekali lagi mata itu aku pandang dengan penuh simpati. Kepala aku geleng bersungguh-sungguh. Air mata sudah lama jatuh dan jadi semakin lebat.
"Awak tak boleh buat saya macam ni, Faraz. Saya tunang orang. Tunang Luth, kawan baik awak. Berdosa, Faraz..."
Aku nampak ada rasa serba salah dan teragak-agak dalam mata itu. Dia sedang goyah.
Malangnya dia juga nampak sudah bertekad dan aku tetap gagal untuk meraih simpatinya. Dia berjaya menolak semua rasa itu. Apa yang membuatkan Faraz sebegini rupa? Setekad ini?
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...