Bab 25

112 2 0
                                    

Aku dan Faraz diberitahu bahawa Seri akan berangkat ke London untuk menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana. Jadi kami berdua buat keputusan untuk pulang ke rumah papa buat seketika selama beberapa hari. Niat untuk berjumpa sebelum berpisah untuk satu tempoh yanga gak lama. Sebab kata Seri, dia tak akan pulang semula ke Malaysia sehingga selesai menghabiskan pelajarannya di sana. Kata dia lagi dia akan menyambung pelajaran di universiti yang sama dia pernah belajar dulu. Faraz pula aku tahu yang dia sememangnya merindui Seri sebenarnya.

Sampai-sampai saja pembantu rumah telah pun siap menghidangkan makanan. Namun batang hidung Seri tidak kelihatan.

"Seri mana? Kau orang datang sekali kan?" soal aku pada Enzo yang sedang mendukung anaknya. Tadi aku nampak ada satu saja kereta di luar.

"Aah, kami datang sekali. Seri ada aje. Tadi dia naik ke atas sekejap."

"Tak apalah, abang aje yang pergi naik panggil dia sekejap dekat atas tu."

Aku dan Enzo biarkan saja Faraz berlalu mendaki satu demi satu anak tangga. Baru saja aku dan Enzo ingin bersapa, terdengar suara Faraz bergema.

"Seri!"

Serentak aku dan Enzo pandang satu sama lain. Cepat-cepat kami berdua sama-sama memanjat tangga. Sehingga langkah kami berhenti di hadapan bilik yang Faraz sering bertapa sekiranya pulang ke rumah papanya ini.

Mata aku menangkap satu buku berkulit keras berwarna hitam yang berada di tangan Seri. Tahulah aku apa sebenarnya yang sedang terjadi. Dari mana munculnya suasana tegang ini.

Itu merupakan diari Faraz. Faraz pernah beritahu selain dariapada mengadu pada arwah mama, dia juga memilih untuk menulis bagi membebaskan fikirannya.

Seri aku lihat kekal kaku berdiri di sebelah meja kerja dalam bilik itu. Faraz pula sudah menghampirinya. Masih dalam keadaan terkejut. Mungkin tidak menyangka bahawa buku itu boleh berada di tangan Seri.

"Kenapa brother tak beritahu I langsung pasal hal ni?"

"Seri..."

"Kenapa brother biarkan I salahkan brother?" Bicara Faraz dipotong oleh Seri.

"Seri, I..." Sekali lagi Faraz ingin bersuara namun suaranya terhenti.

"Kenapa brother biarkan I benci brother?" Lalu Seri terus melontarkan soalan lain.

Masih tiada jawapan. Seri serang lagi abangnya dengan soalan baru.

"Kenapa brother biarkan benda ni jadi punca renggangnya hubungan adik-beradik antara kita?"

Besar kemungkinan dek kerana Seri yang terlalu obses dalam menyerangnya buatkan Faraz jadi tak mampu untuk berkata apa-apa.

"You are so cruel, brother!"

Seri meneruskan makiannya.

"How could you, brother..."

"I'm sorry."

Itu saja yang keluar dari bibir Faraz setelah diasak berkali-kali oleh si adik. Itu pun dalam keadaan menunduk seperti seorang pesalah.

"I'm so sorry."

Nyata Faraz kini dihurung dengan rasa bersalah. Penuh sesal dan kesal. Sekejap-sekejap tangannya menyentuh leher sendiri. Sejekap-sekejap pula rahang dan halkumnya bergerak-gerak seolah-olah seperti sedang menahan sesuatu. Sesuatu yang tidak terluah mungkin.

"Brother..."

"Brother tak patut tanggung semua ni sendiri. Dan brother juga tak patut biarkan I tanggung semuanya sendiri. Brother tahu I sakit. Tapi I tak pernah tahu yang brother pun sakit. It's not fair." Seri menyambung lagi. Dia nampak seperti mahu melepaskan segalanya. Segala yang sudah terpendam lama selama ini.

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now