Pintu aku ketuk bertalu-talu. Aku sudah tidak fikir apa. Aku hanya mahu merebahkan badan sekarang juga. Penat aku tahan dari siang tadi. Nasib baik juga aku selamat sampai ke rumah. Dan keupayaan aku sudah mencapai tahap maksimanya. Mungkin juga lebih.
Aku tidak pernah minta Nur bukakan pintu rumah untukku jauh sekali menunggu aku pulang dari kerja. Aku maklum kebiasaannya waktu-waktu begini Nur sudah lena. Selalunya aku akan masuk secara diam-diam untuk meminumumkan bunyi bising yang mungkin akan mengganggu tidur Nur. Tentu dia fikir aku tertinggal kunci.
"Ya, ya. Sekejap! Awak tertinggal kunci ke?" Aku dengar Nur laung dari dalam.
Sebaik saja pintu rumah dia buka, tubuh tubuh aku terus rebah membebani tubuhnya. Nasib baik dia sempat menampung tubuh berat aku.
"Faraz, kenapa ni?" soal dia kedengaran agak cemas sambil berusaha sehabis daya menambung tubuh sang suami yang rebah di tubuhnya.
"Aku... tak larat."
Itu saja yang mampu aku katakan tika dan saat ini. Nak buka mulut lebih lagi, aku benar-benar sudah tak larat. Tenaga aku habis aku gunakan untuk bertahan hingga ke depan pintu rumah.
Aku harap Nur mengerti tanpa perlu aku jelaskan lebih lagi. Aku sendiri tidak tahu dan tidak berapa pasti punca aku tiba-tiba sakit. Tadi pagi sewaktu aku ingin bertolak ke tempat kerja elok dan sihat sahaja. Entahlah, otak aku tidak mampu berfikir lagi.
Nur menggunakan sebelah tangannya yang tidak menampung aku untuk memeriksa suhu badanku. Aku rasa belakang tangannya menyentuh dahiku.
"Ya Allah, panasnya! Awak demam ni, Faraz."
Aku hanya diam. Tubuh aku pula semakin lemah. Aku sudah tidak mampu berdiri lagi.
"Jom, saya bawa awak masuk bilik."
Gigih Nur memapah tubuh lelakiku sehingga ke depan pintu bilik. Dan-dan memasuki bilik, belum pun sempat sampai ke katil, kami sama-sama jatuh menyembam lantai.
"Aduh!"
Cuma dia yang mengaduh kesakitan sementara aku masih lagi tidak berdaya meskipun hanya untuk membuka mulut. Meskipun aku bimbang dengan keadaannya, aku masih tidak mampu membuka mataku. Langsung aku tiada niat ingin menyusahkan dia. Hati dihambat rasa bersalah.
Tidak mengambil masa yang lama, Nur bangun lalu cuba memapahku semula untuk dibawa ke atas katil tetapi buat kesekian kalinya kami berdua jatuh bersama. Sedar-sedar saja kedudukan kami sudah berubah. Aku yang tersandar di birai katil dan dia yang separuh badan menghempapku.
Kali ini aku sudah boleh membuka separuh mataku. Keadaan bilik yang dalam keadaan malap kerana hanya diterangi dengan lampu tidur di laci tepi katil menambahkan lagi sesuatu yang tidak menyenangkan. Memang beginilah keadaan setiap kali aku pulang lewat ke rumah. Pasti aku yang telah mengganggu lena Nur.
Dua pasang iris bertemu. Lama. Aku nampak anak mata Nur yang bersinar-sinar. Cantik. Seperti selalu. Seperti kali pertama aku memandang anak mata itu.
"You're sweating. Let me take off your blazer and tie."
Nur nampak seperti baru tersedar.
Tetapi baru saja dia ingin menanggalkan blazer dari tubuhku, aku terlebih dahulu menahan kedua-dua tangannya. Maka terhentilah kerja dia.
"Don't!" Laju dan tegas aku menegah.
Aku tidak boleh berdiam diri lagi. Aku harus memaksa diri untuk menolak semua rasa yang muncul ini. Rasa yang bukan lagi asing setiap kali aku bersama Nur dalam keadaan begini. Rasa yang sering aku tolak dan aku harus tolak sekarang.
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...