Bab 5

136 8 0
                                    

"Tak boleh ke awak cuba sayang saya dan lupakan dendam awak tu?"

Terdengar keluhan berat dari bibir Faraz. Namun kedua-dua belah matanya masih terpejam. Sedikit pun tidak dibuka. Masih baring menghadap siling di atas katil.

"Tak habis lagi ke kau ni? Enough for today, okay? Kau juga yang cakap tadi kau penat kan? Kita sambung esok. Aku ada banyak lagi masa untuk sakitkan kau."

"Saya..."

"Tak boleh." Percakapan aku dipotong.

"Aku dah jawab kan? Sekarang meh sini tidur." Faraz membuka matanya. Memandang aku sambil menepuk ruang katil yang kosong di sebelahnya.

Giliran aku pula melepaskan satu keluhan yang amat berat sebelum menurut kata sang suami.

Sebaik sahaja aku merebahkan diri di atas katil, dia menarik aku erat ke dalam pelukannya. Tetapi kali ini aku tidak lagi terkejut. Aku perlahan-lahan sudah kenal dengan habit dan tabiat Faraz.

I guess his love language is physical touch. Tak bermakna dia menyukai aku. dia hanya sukakan sentuhan fizikal. Pantang ada peluang, dia akan menyentuhku. Tak kira sama ada merangkul lengan atau pinggangku. Sedikit pun dia tidak peduli wanita yang dipeluknya ini ialah wanita yang dibenci.

"Awak tak jijik ke sentuh dan pegang perempuan yang awak benci?" Dengar tak dengar saja suara aku.

"Aku tak benci kau. Bukan kau punca mama aku pergi macam tu kan? Tapi Luth. Dan kau ialah wanita yang pernah jadi milik lelaki yang aku benci. Aku rasa kau sendiri dah perasan yang aku sukakan sentuhan fizikal kan? Jadi baik kau ikut aje. Lebih baik selagi aku tak minta lebih dari tu kan?"

"Tapi..."

"Aku tak cinta kau tak bermakna aku tak boleh nak sentuh isteri aku. Tapi kau yang akan sakit sebab lelaki yang kau benci ni selalu sentuh kau. Mesti kau rasa jijik sangat kan? Dan memang itu yang aku nak. Ingat, Nur. Sakit kau, sakit Luth."

Dia memang tak pernah berniat untuk menyakiti aku dari awal. Dia cuma mahu menyakiti Luth.

"Saya tak akan sesekali bagi awak menang."

"Apa dia?"

Aku memusingkan tubuh. Kini sepenuhnya mengiring menghadap dia.

"Awak ingat saya akan biarkan Luth tahu yang saya tak bahagia ke?" bisik aku tepat di hadapan mukanya.

"Maksud kau?"

Dua pasang mata bertemu. Tiada yang mahu mengalah. Tajam merenung anak mata satu sama lain.

"Dari hari tu lagi dia cari saya dan saya kata saya bahagia sangat dengan awak." Aku menarik hujung bibir. Sengaja tersenyum sinis. Atau lebih tepat lagi, tersenyum mengejek.

Anak mata sedikit bergerak. Halkumnya juga sama. Aku tahu dia sedang menahan perasaan. Mungkin menahan geram yang tidak terluah.

"Awak tahu ini tak adil untuk saya," sambung aku lagi. Mata kembali naik. Fokus pada anak mata dia yang juga terarah padaku.

"Takdir yang buat kau macam ni. Sebab kau perempuan dia. Kenapa kau perlu jadi perempuan yang dia sayang? Jadi kau kena terima. Kau patut bersyukur aku bebaskan kau daripada lelaki macam tu."

"Dan terima lelaki macam awak? Di mana bezanya tu?"

"Ada bezanya." Aku tahu Faraz sengaja tidak menyudahkan ayatnya. Tangan dia naik mengusap rambutku. Lembut sekali.

Lembut ada makna. Aku bukan bodoh.

"Aku sihat. Aku boleh bagi kau anak-anak yang sihat kalau kau nak. Anak-anak yang berpotensi bebas daripada penyakit kau tu. Luth kata kau selalu sembang pasal tak sabar nak anak masa dengan dia dulu."

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now