Bab 26

129 3 2
                                    

Nur Freya Audra dan Fidel Ali. Itu nama pasangan kembar aku dan Faraz.

Hari ini semua teruja menghadiri makan-makan di rumah papa. Ada keluarga belah Faraz, belah aku dan termasuklah belah Seri serta Enzo. Ada Colvin dan Arlo bersama-sama isteri dan anak-anak mereka. Turut dijemput adalah Luth dan keluarganya. Sudah lama sangat tidak kumpul ramai-ramai begini. Ini juga secara tidak langsung demi menyambut kepulangan Seri dari London. Selesai sudah pengajiannya di sana. Tak terasa dua tahun sudah berlalu.

"Doakanlah supaya Luth ni cepat sikit kahwin. Tak sabar dah nak timang cucu dari dia ni," ujar ummi Luth. Aku hanya ketawa mendengarnya. Setahu aku Luth memang sedang berkawan rapat dengan seseorang.

"Sabarlah, ummi. Kita orang masih dalam proses berkenalan lagi. Tengah nak kenal hati budi masing-masing. Talking stage orang kata. Mana boleh gelojoh snagat, ummi. Nanti perempuan tak suka kalau gelojoh sangat. Nanti dia orang lari macam mana? Makin lambatlah ummi nak timang cucu."

"Pandailah kamu berdalih dengan ummi, Luth."

"Ya Allah, berdalih apa pula? Betullah Luth cakap ni, ummi..."

Sekali lagi aku ketawa bila menjadi saksi kejadian pujuk memujuk antara ibu dan anak itu.

"Nur!"

Tumpuan aku beralih pada empunya suara yang memanggil.

"Ya, suamiku. Kenapa?"

Aku dan Faraz sama-sama menghampiri satu sama lain. Di tangan masing-masing ada satu cawan dan sebelah lagi tangan mendukung anak. Aku mendukung Freya dan Faraz dengan Fidel. Audra dan Ali kuasa dua bersatu.

"Nur okey ke ni? Tak penat? Kalau penat bolehla masuk bilik dulu kejap. Rehat."

Aku tersenyum dengan keprihatin Faraz. Ingatkan apalah tadi. Rupanya dia cuma bimbangkan aku yang kurang tidur sejak kebelakangan ini kerana mengatur jamuan hari ini.

"Kenapa? Muka Nur nampak sangat ke tengah letih?"

"Tak adalah nampak sangat tapi abangkan suami awak, sayangku... Mestilah abang tahu."

Tiba-tiba akalku muncul. Aku mula pandang dia dengan pandangan penuh makna yang tersirat.

"Ha, ni pandang abang macam tu ada apa ni?"

"Tak adalah, kalau abang betul kesiankan Nur... Nanti dah habis majlis, abang tolonglah kemaskan."

"Lah, kalau setakat itu aje tak ada masalah, sayangku. Cubalah minta bulan ke bintang ke, itu yalah satu masalah untuk abang sebab tak mampu abang nak tunaikan."

Biar pun aku sudah dapat menjangkakan respon Faraz yang satu itu, tetap saja aku sengaja menguji dia. Kami siapkan smeuanya bersama. Itu pun masih tak cukup tangan rasanya. Jadi aku tertanya-taya sama ada dia sanggup atau tidak untuk kemas semuanya sendiri.

"Tapi betul ni Nur okey lagi sekarang?" Faraz mengulang tanya mahukan kepastian.

Dan untuk kesekian kalinya juga aku mengangguk. "Okey, abang. Tak payahlah risau."

"Okeylah kalau dah Nur kata mcam tu. Tapi nanti kalau ada apa-apa atau sayang memang dah betul-betul rasa tak larat ke apa, cepat-cepat panggil abang tau? Abang boleh tolong cover Nur, tak ada masalah." Di hujung pesannya Faraz sempat lagi mengenyitkan mata.

"Kenyit mata macam tu bila dengan Nur aje tau. Jangan nak kenyit dekat orang lain pula!"

"Kenapa? Risau eh ada orang terpegun tengok suami awak yang tampan ni?"

"Tak adalah. Mana ada risau. Cumanya kalau abang buat macam tu dekat orang lain, Nur pun akan buat macam tu dekat orang lain juga. Nur pun nak juga orang lain terpegun tengok Nur."

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now