Bab 13

105 5 0
                                    

Seperti tempoh hari, ketukan di pintu bertalu-talu. Namun kali ini lebih dahsyat. Dah kenapa pula hari ini?

"Iya, Faraz. Sabar, saya datang ni!"

Aku yang tadinya lega bila dia sudah pulang jadi bimbang kembali. Punyalah lama aku tunggu dia. Bimbang sekiranya apa-apa terjadi di luar. Meskipun dia merupakan seorang dewasa yang tidak perlu dibimbangkan, tetap saja aku sebagai isterinya risau bila suami aku tidak juga nampak batang hidungnya biar pun jam sudah lama melepasi angka tiga. Dengan keadaan yang gelap di luar sana, apa-apa pun boleh jadi.

Lebih-lebih lagi bila mengenangkan pergaduhan kami tadi. Dia meninggalkan rumah di tengah-tengah perkelahian kami suami isteri. Jika apa-apa terjadi pada dia, tentu aku tak akan mampu memaafkan diri sendiri.

Tidak seperti kebiasaan, hari ini aku tidak tidur awal. Puas nombor Faraz aku hubungi berkali-kali tapi semuanya tidak diangkat.

Sama seperti hari itu, dia terus rebah sebaik sahaja pintu rumah aku buka. Bezanya dia tidak sakit. Aku terhidu sesuatu yang menusuk hidung. Langsung tak menyenangkan.

"Faraz, awak mabuk ke?" Aku terjerit.

Faraz biarkan saja pertanyaan aku tidak berjawab. Tubuh dia aku goncang dan soalan itu aku ulang. Aku mahukan kepastian. Puas aku menggigit-gigit kuku jariku. Betapa aku risaukan dia. Tetapi dia? Boleh pula dia balik dalam keadaan mabuk begini. Melampau!

Sungguh aku kecewa dengan Faraz. Kecewa yang amat besar sekali.

"Jawab soalan saya, Faraz! Awak mabuk ke?"

"Bawak aku masuk bilik dulu, sayang..."

Nak tercabut jantung aku dengar Faraz mula berbicara yang bukan-bukan. Kunci kereta juga jaduh ke lantai. Terlepas dari tangan Faraz.

"Ya Allah, awak tak pernah mabuk macam ni. Apa yang dah jadi ni Faraz? Awak buat apa dekat luar tu?"

Faraz menyentuh pipiku. Dia memandang aku dengan mata kuyunya.

"Kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali, Faraz?"

"Kau tanya aku?" Faraz ketawa.

Bicara kami diselangi dengan usaha aku dalam membawa dia ke katil. Kunci yang jatuh aku biarkan. Itu bila-bila pun boleh dikutip. Baik nanti atau pun esok.

Tiba di katil, tubuh dia aku humbankan. Berat! Ditambah pula dengan bau arak yang memualkan. Tak tahan aku.

"Kalau bukan sebab laki kau tu aku tak akan jadi macam nilah, Nur!"

"Siapa laki saya? Awaklah laki saya, Faraz. Awak suami saya! Saya isteri awak... Saya tak ada lelaki lain dah."

Lupa sudah aku segala tips yang pernah aku baca sebelum ini. Aku ingin Faraz sedar dengan siapa yang dia sedang bercakap tika ini dan apa yang sedang dia katakan. Inilah bahana air kencing setan. Bukannya aku tak tahu siapa yang dia maksudkan. Tentulah Luth orangnya.

"Sengsara sangat ke awak kahwin dengan saya? Kalau awak tahu yang awak akan jadi lebih teruk macam ni, kenapa awak akad juga nama saya, Faraz? No one forced you! Saya yakin awak bukan macam ni sebab Luth selalu cakap yang baik-baik aje pasal awak. Awak antara akwan dia yang tak pernah ajak dia pergi tempat-tempat macam tu."

"Tak ajak tak bermakna aku tak buat."

Mudahnya Faraz berkata-kata. Seolah-olah dia tidak melakukan sebarang dosa. Seolah-olah apa yang baru saja dilakukan oleh dia suci belaka.

"Tak! Buktinya selama beberapa bulan kita kahwin ni, awak tak pernah mabuk. Kalau awak kaki botol mesti dah lama awak tunjuk perangai awak dekat depan saya. Lagipun awak bukannya nak jaga hati saya kan?" Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now