Epilog 3

63 3 0
                                    

Pulang saja dari majlis tadi aku perhati Nur terus membersihkan dirinya. Memang itu habit dia. Terus membersihkan diri setiap kali lepas pulang. Dia nampak terlalu lelah. Mungkin juga kerana apa yang berlaku antara kami semasa di majlis persandingan orang tuanya tadi.

"Wangi."

Seperti selalu, aku akan mencium rambut dia yang masih lembap. Jemari aku juga bermain dengan helaian rambutnya. Aku tahu dia tidak gemar tetapi ada aku peduli?

Dia menjauhkan kepalanya. Menjadikan rambut dia terlepas dari jemariku. Tanda dia tidak sudi.

Dalam hati aku ketawa sendiri. Setelah apa yang aku katakan siang tadi? Berani betul aku.

Tipulah kalau aku kata yang aku tidak sentap atau terasa sedikit pun. Aku suaminya yang sah tetapi dia sering menolakku. Tapi logik jugalah dia menolak. Apa yang aku harapkan? Dia membalas kemesraan aku? Huh, dalam mimpi sajalah Faraz!

"Kau ingat aku nak sangat ke?" Sinis aku berkata. Tidak mahu dia membaca rasa sebenar di hatiku.

Dia senyap. Tiada tanda-tanda untuk melawan seperti selalu. Penat sungguh gamaknya.

"Ingat aku hadap sangat ke dengan kau? Aku pun tak tahu apa yang si budak Luth tu pandang sangat dekat kau ni."

Aku masih gagal memancing amukannya. Jadi aku meneruskan bicaraku.

"Setakat perempuan macam kau ni sikit pun aku tak hadaplah. Bersepah aku boleh jumpa dekat luar sana. Luth aje yang pandang kau. I could have a better wife."

Tipu. Semuanya tipu belaka. Cantik. Dia memang terlalu cantik. Rasa ini sama seperti pertama kali aku melihatnya.

Tak hadap, huh? Bodohnya kau tipu diri sendiri, Faraz. Kalau bersepah wanita seperti dia di luar sana kenapa kau tak penah rasa macam ni dengan mana-mana perempuan yang kau jumpa sebelum dia? Dengan siapa kau nak menipu?

"Sebab masih ramai lagi perempuan sebaik saya. Lainlah lelaki macam awak kan? Tak ada lelaki lain yang lebih keji daripada awak dekat luar sana tu. Kahwin dengan awak, jadikan saya isteri paling malang dalam dunia."

Dia tidak kedengaran seperti sedang marah. Malah dia membalas dengan tenang. Dan itu membuat aku pula yang marah.

"Awak tahu apa yang saya suka? Wajah tercabar awak sekarang. Berhenti untuk cuba sakitkan saya, Faraz. Awak tak tahu dengan siapa awak kahwin."

Dari cermin, dia beralih ke arah aku.

"Luth..."

"Luth, Luth, Luth! Balik-balik Luth! Balik-balik awak kaitkan perbualan antara kita berdua dengan dia! Boleh tak awak berhenti sebut nama dia? Jangan sebut nama dia dah lepas ni. Serabutlah saya! Dah macam zikir dah awak buat, tahu tak?"

"Ya ke serabut? Serabut ke suka?"

Aku mengecilkan mataku. Sengaja ingin menguji dia. Dan kali ini nampaknya aku benar-benar berjaya menguji dia bila dia akhirnya membalas.

"Awak ni memang dah tak ada modal lain sangat ke untuk sakitkan hati saya? Awak sedar tak yang awak ni lebih banyak sebut nama dia kalau nak dibandingkan dengan diri saya sendiri? Dia tu bekas tunang saya. Patutnya saya yang ulang-ulang sebut nama dia setiap masa sebab saya rindu. Bukan awak."

Aku akui yang ayat terakhir dia itu memang mengundang. Ya, mengundang kemarahan aku. Berani dia berkata begitu di hadapan aku, suaminya yang sah. Bukan suami olok-olok apatah lagi suami kontraknya.

"Kenapa? Kau tak puas hati? Sengsara sebab bila aku sebut nama dia akan buat kau teringat aku yang jadi suami kau, bukan dia?"

"Saya? Tak puas hati?"

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now