Lama sudah aku cuba memaafkan dan menerima Faraz sebagaimana isteri-isteri di luar sana menerima suami mereka. Lantas apa yang membuatkan aku akhirnya sudi menghulurkan kemaafan yang bukannya murah dan mudah?
His grovel makes my heart soft.
Sudah seribu kata maaf Faraz berikan. Layanan dia terhadap aku juga sudah lama berubah.
Jadi apa yang boleh aku balas?
Hanya dengan memberikan kemaafan aku yang dia pinta selama ini. Peluang kedua yang aku rasa tak salah untuk aku cuba berikan pada dia. Tambahan pula aku inginkan anak-anakku hidup dalam suasana keluarga yang harmoni.
Hatiku masih teragak-agak untuk berpisah itu tandanya aku benar-benar turut menyayangi Faraz. Bukan kerana anak-anak semata kerana aku bukanlah sejenis yang akan bertahan hanya demi anak-anak. Jika persekitaran tersebut toksik, aku sendiri yang akan keluar. Prinsip aku, anak yang bahagia bermula daripada orang tua yang bahagia. Jadi aku dengar kata hati. Aku masih ingin sentiasa bersama Faraz atas dasar cinta dan kasih sayang.
Pertama kali aku memanggil dia abang setelah sekian lama, Faraz seperti tidak sedar. Atau lebih tepat lagi dia fikir aku tersasul dan akan kembali memanggil namanya seperti biasa macam sebelum ini agaknya. Setelah beberapa kali aku mencuba, barulah dia memberi respon yang aku jangkakan.
"Nur panggil abang apa tadi?"
"Abang?"
"Abang?" Faraz menyoal kembali. Entah berapa banyak kepastian yang dia perlukan tapi aku turutkan saja.
Aku angguk sekali. "Abang."
Senyuman Faraz jangan dikatalah. Lebarnya bukan main lagi. Gembira betul dia nampaknya. Mungkin kerana inilah saat yang ditunggu-tunggu lamanya. Siap tutup mulut lagi tu yang tak boleh tahan. Drama betul. Mata lelaki itu turut bercahaya.
"Thank you, Nur." Faraz terus duduk di hadapanku lalu jemari aku diambil dan digenggam.
"Thank you so much." Tangan aku pula dia kucup sekali. Lama sambil kedua-dua matanya memanah mataku.
"I am the happiest husband today."
Tertawa kecil aku mendengarnya sebelum membalas bersama satu senyuman manis yang ikhlas. "Yes you are."
Aku menarik sebelah tanganku sehingga terlepas dari genggaman dia yang sememangnya tidak begitu erat. Tangan itu naik mengusap pipinya.
Kami saling bertatapan buat seketika sehingga Faraz membuka topik soal nama anak.
"Nur dah pilih nama anak?"
Aku menggeleng perlahan dengan pakej bibir yang terjuih. Memang itulah masalah yang kerap mengganggu fikiranku sejak kebelakangan ini.
"Nur belum pilih lagilah, abang. Abang dah ada nama untuk dia orang ke?"
"Adalah yang abang terfikir tapi abang nak bagi Nur yang pilih dulu. Ada tak mana-mana nama yang Nur berkenan?"
Faraz menggenggam semula jemariku.
"Tak ada lagilah, abang..." Meleret suaraku seperti ingin meminta pertolongannya.
"Tak apa, tak apa. Abang kan ada? Ini kan anak kita. Jadi kita fikir sama-sama ya?"
Laju aku angguk berkali-kali.
"Hmm." Faraz berfikir seketika.
Hampir seminit berlalu, Faraz menyatakan ilhamnya.
"Memandangkan kembar kita ni sepasang, lelaki dengan perempuan, maknanya dia orang ni abang dan Nur kuasa dua. Jadi apa kata kalau kita letak nama dia orang ada Audra dan Ali? Nama dia orang pun sepadan je nanti. Kan comel tu? Nur okey ke dengan idea abang tu? Kalau tak okey pun tak apa, kita boleh fikir idea lain sama-sama. Kita pun ada masa lagi ni."
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...