"Faraz!"
Reaksi yang sudah aku jangkakan dari dia.
Siapa saja yang tidak terkejut melihat seorang lelaki yang bukan mahramnya tiba-tiba melangkah keluar dari bilik air kamar hotel yang dia duduki.
"Awak buat apa dekat sini? Macam mana..."
Dia tak mampu untuk meneruskan kata-katanya bila aku perlahan-lahan menghampiri dia. Bibirnya terkunci rapat.
Wajah aku yang memang sentiasa dingin, aku kekalkan.
"Saya tanya. A... awak... buat apa dekat sini, Faraz?"
Gugup.
Haruslah dia gugup. Sudah semestinya dia rasa resah. Tiada wanita normal yang akan berasa senang jika berada dalam situasi kami sekarang.
Setapak aku menghampiri setapak juga dia mengundur ke belakang. Sehingga akhirnya dia jatuh terduduk di atas katil.
"Faraz, jawab saya! Awak pekak ke?"
Kali ini suara itu sudah meninggi. Cemas, cuak dan takut. Tak pernah dia tinggikan suara begini di depan aku. Selama ini dia sering menunjukkan rasa hormat dia padaku. Rasa hormat seperti seorang adik terhadap abang iparnya. Semuamya kerana Luth.
Tetapi sekejap sahaja lagi, status kami bakal berubah. Juga gara-gara Luth.
Turut kelihatan tubuhnya yang sudah mula menggeletar. Namun hati ini tetap aku keraskan. Ingat, Faraz. Kau bukan fikir satu malam untuk sampai ke tahap ni. Tak akan kau nak tarik balik dan musnahkan semuanya? Luth yang musnahkan hidup kau dulu.
Ruang kamar itu sepi tanpa aku yang menjawab soalan dia. Tiada walau sepatah kata pun yang keluar dari bibir aku. Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu aku anggap sebagai tanda untuk aku mencabut butang baju kemejaku satu demi satu.
"Awak nak buat apa ni, Faraz?"
Aku tetap tidak menghiraukan pertanyaan dia. masuk kali ini entah sudah masuk kali ke berapa dia tanya aku soalan. Terdesak mengemis jawapan dariku.
Tangan aku masih bergerak. Bekerja melepaskan pakaian dari tubuh sendiri. Nak paksa Nur yang buat semua itu sendiri memang taklah.
"Tolong cakap awak bukan nak buat macam apa yang saya fikir ni, Faraz," ujar dia sudah mula merayu.
Tanpa menjawab dia, aku memalingkan tubuhku yang sudah separuh bogel tanpa baju yang melindungi bahagian atas tubuhku. Baju tadi telah aku jatuhkan ke lantai.
"Faraz!"
Langkah aku untuk membuka pintu bilik terhenti saat dia menangkap sebelah tanganku. Buatkan aku terdetik untuk memalingkan sedikit wajahku. Cukup sekadar untuk memandang wajah dia. Sebelum aku mulakan langkah yang seterusnya, tak salah rasanya kalau aku mendengar rayuan terkahir dia kan? Rayuan yang tak mungkin aku peduli.
"No, Faraz. Please. Jangan buat saya macam ni." Seketika dia benar-benar merayu. Dengan penuh kesungguhan.
Barangkali kerana dia sudah tahu akan pengakhiran kami dalam situasi begini. Mungkin juga kerana dia sudah sedar sepenuhnya yang dia taka da tempat lagi untuk melarikan diri.
Ketukan di pintu masih tak berhenti. Malah semakin kuat dan bertalu-talu. Sepertinya ramai orang sedang berada di luar. Betul-betul berkumpul dan menunggu di hadapan pintu, menanti masa untuk menangkap aku dan Nur yang sedang berada dalam keadaan mencurigakan.
Aku tarik semula tanganku seraya berjalan ke arah sebuah rak almari baju yang terletak di sudut bilik. Pintu almari aku buka lalu sehelai tuala aku ambil. Aku kembali pada Nur seraya mencampak perlahan tuala itu pada dia.
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...