Masih terngiang-ngiang setiap bicara dari bibir Faraz dan Erman semasa dua lelaki itu sedang bergaduh di hotel tadi. Sungguh aku keliru. Jika benar Faraz sendiri yang beritahu perkara buruk tentang isterinya pada sahabat dia itu, jadi kenapa dia juga yang beria-ria mempertahankan aku?
Aku tersedar dari lamunan saat stereng kereta diputar secara mengejut oleh Faraz. Kereta elok berhenti di bahu jalan. Nasib baiklah sudah menajdi habit aku untuk memakai tali pinggang keselamatan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Sebaik sahaja kereta diberhentikan, Faraz toleh ke arahku lalu tangannya naik menyentuh pipiku. Luka di hujung bibir aku turut disentuh dengan ibu jarinya. Juga secara mengejut.
"Sakit?"
Aku senyum sinis seraya menjeling dia di sebelah sebelum menjawab, "Taklah, sedap. Sedap sangat. Rasa macam nak kena tumbuk lagi."
"Kita pergi klinik?" Sebelum menuturkan bait itu, Faraz mengeluh kecil dan perlahan. Peliknya, tak ada pula lelaki itu membalas perlianku. Kalau tidak sebelum ini jangan harap dia hendak mengalah.
"Tak perlu sampai nak pergi klinik segala bagai. Lepas saya sapu ubat nanti eloklah ni. Awak tak takut ke kalau doktor dengan jururawat dekat sana nanti ingat awak ni kaki pukul isteri?"
Langsung aku tidak memandang wajahnya. Muka aku palingkan ke luar tingkap. Suara aku juga tak bernada.
"Nur..."
"Betul kata kawan awak. Awak tak perlu nak paksa diri awak untuk jadi suami yang baik pula tiba-tiba. Apa yang awak dapat pertahankan saya? Akhirnya awak juga yang susah macam sekarang ni. Tengok apa dah jadi? Patut awak biarkan aje saya. Macam mana awak biarkan saya seorang diri sepanjang majis."
Tidak aku izinkan dia bercakap. Aku tahu aku sepatutnya berterima kasih dengan dia tetapi ego menghalang aku daripada berbuat demikian. Apa Faraz ingat dia seorang saja ada ego yang perlu dimenangkan? Aku juga ada. Aku sudah lelah mengalah.
"Aku minta maaf."
"Apa dia?" Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Bimbang tersalah dengar, aku minta dia ulang semula tuturnya.
"I said I'm sorry."
"Apa yang saya cakap tadi, Faraz? I said just be yourself. Tak perlu paksa diri awak untuk minta maaf."
"Nur!"
Kali ini aku melihat wajahnya. Sempat mata aku melirik ke arah tangan kanan dia yang mendarat di pipiku tadi. Tangan itu kelihatan masih menggeletar hebat. Entah bagaimana dia memandu tadi pun aku tak tahu. Aku perasan tangan itu menggeletar sejak di hotel lagi. Aku tak pasti dia begitu kerana menahan marah yang masih tersisa pada Erman atau kerana tangan itu telah mengasari aku tanpa sengaja. Kerana sejujurnya, sepanjang dia bergelar suamiku, belum pernah lagi tangan lelaki itu mengasari sedikit pun tubuhku.
"Awak tahu tak yang saya betul-betul tengah keliru sekarang ni? Awak yang beritahu dia pasal motif perkahwinan kita, pasal niat jijik dan terkutuk awak tu, tapi awak juga yang beria nak pertahankan saya tadi. Kenapa, Faraz?"
"Siapa cakap dekat kau aku yang beritahu dia?"
"He said that to me, dia sendiri yang beritahu saya!" Laju aku menjawab.
"Damn, Nur! And you trust him?"
"Of course. He's your friend."
"He's not my friend, he's my enemy!"
Faraz nampak tertekan benar. Rambutnya diraup kebelakang. Stereng kereta dihentak. Kami baru saja sama-sama meninggikan suara.
Kini suasana bertukar menjadi tegang. Sunyi dan sepi.
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romansa"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...