Bab 16

123 6 0
                                    

Aku menyediakan sarapan seperti biasa sekiranya aku berkesempatan.

Faraz tak pernah minta atau paksa aku masak. Kalau aku masak, dia makan. Kalau aku tak masak sebab terlewat atau penat pun dia tak cakap apa. Dia hanya akan memesan makanan atau makan di luar. Sekiranya pesan makanan dia akan memesan untuk aku sekali biarpun tanpa dipinta.

"Saya nak minta izin nak keluar kejap lagi." Tenggelam timbul suara aku. Sambil bertutur, aku berpura-pura sibuk bagi menutup kejanggalanku.

"Nak keluar pergi mana?" soal Faraz dari meja makan.

"Nak pergi beli barang dapur aje. Barang basah dah habis. Kalau tak beli nanti tengah hari saya dah tak ada benda nak masak."

Tiada balasan daripada Faraz tapi tiba-tiba ada beberapa keping not RM100 dihulurkan dari sisiku. Buatkan kerja aku serta-merta terhenti. Terus wajah Faraz aku pandang tak percaya.

"Awak bayar saya untuk semalam?"

"What? No!" Terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulutku, Faraz ternaikkan suaranya.

"Then explain to me. What the hell is this, Faraz? I feel like you're throwing the money in my face. Politely."

Apa lagi yang Faraz maksudkan bila dia tiba-tiba memberi aku sejumlah wang yang boleh aku katakan agak banyak betul-betul selepas malam kami bersama? Sedangkan tak pernah sekali pun dia beri aku cash begini. Beritahu aku, wanita mana yang tak akan salah sangka?

"Ni nafkah kau, Nur! Nafkah zahir dari aku."

Terus aku tergamam mendengar jawapan Faraz.

"Yang aku culas selama ni."

Aku masih tak mampu berkata-kata. Betul, Faraz agak culas dalam memberikan nafkah. Bukan bermakna dia tak pernah beri langsung. Dia sering berikan nafkah pada aku melalui transaksi atas talian sahaja. Cuma kadang-kala akan ada nafkah yang agak lewat diberikan. Mungkin juga dia tak pernah terlalu ambil berat pun tentang kebajikan aku, isteri yang dikahwini atas dasar dendam semata-mata.

"Aku minta maaf kalau aku dah buat kau salah faham. Tapi tadi kan kau kata yang kau nak pergi keluar beli barang dapur kejap lagi. Jadi aku bagilah duit ni dekat kau untuk kau guna buat belanja. Aku tak ada niat lain pun, Nur..."

Terus aku ditarik oleh Faraz ke dalam pelukannya. Seperti kebiasaannya, dia mengusap belakang kepalaku bagi menhentikan tangisan aku.

Ya, aku menangis. Aku lega. Aku lega kerana sangkaanku meleset dan tidak benar sama sekali. Tak dapat aku bayangkan jika telahan aku tadi adalah benar. Tentu luluh hati ini tiada siapa yang mampu memujuk. Tidak juga Faraz.

"Shh..."

Faraz dekatkan bibirnya ke telingaku.

"Aku cuma nak kau tahu, apa yang aku minta semalam bukan semata-mata nak puaskan diri aku sendiri. Tapi sebab aku dah sedia untuk berhenti nafikan perasaan sendiri."

Aku tak berapa mengerti maksud sebenar Faraz jadi aku hanya memilih untuk terus mendiamkan diri. Layanan dingin masih aku berikan padanya.

Sebelum bergerak ke tempat kerja, dia mengucup dahiku. Lama.

Itu pertama kali dia berbuat demikian. Cuma aku yang acap kali mencium tangannya. Walaupun selama ini Faraz tidak melayan aku selayaknya, namun begitu dia tak pernah sekali pun cuba menghalang aku daripada melaksanakan tanggungjawabku.

Mungkin beberapa hari selepas ini Faraz akan kembali semula kepada sikap asalnya. Aku tak boleh berharap. Bimbang bakal mengecewakan diri. Nanti aku sakit, tiada siapa yang peduli.

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now