Bab 17

136 5 5
                                    

Pulang dari hospital, Faraz langsung tidak mendesak aku untuk bercakap tentang hal yang sama. Mungkin dia juga mengerti akan keadaan aku.

Semasa kami berbaring untuk lena seperti biasa, terasa Faraz memelukku dari belakang.

"Faraz lepas, saya tak nak. Bukan sekarang, saya tak larat. Saya janji lepas saya dah betul-betul sihat saya akan layan."

Terus aku dipaksa berpaling menghadapnya. Salah apa lagi yang aku lakukan?

"Kau memang fikir aku nak benda tu aje ke dari kau?"

"Bukan ke?"

Mulut Faraz terbuka seolah-olah langsung tak percaya dengan apa yang baru saja aku lontarkan dari bibir dan apa yang baru dia dengar.

"Ya Allah, Nur! Kau tengah sakit. Kau ingat aku dah hilang akal sampai macam tu sekali ke?"

Aku hanya diam tak berkutik.

"Lagipun..."

Tangan Faraz di sisi perlahan-lahan naik mengusap pipiku pula.

"Apa salahnya kalau seorang suami sentuh dan belai isteri dia tanpa ada niat yang tertentu? Salah ke? Tak apa kan, Nur?"

Masih lagi aku berdiam diri. Mata aku pandang bawah. Saat ini cadar katil lebih menarik kalau nak dibandingkan dengan wajah tampan Faraz yang aku hadap setiap hari.

"Apa yang buat kau rasa aku cuma nak benda tu aje bila aku dekat dengan kau?"

Kali ini baru aku jawab.

"Sebab malam tu aje satu-satunya masa yang awak betul-betul berlembut dengan saya tanpa diiringi dengan sebarang kata-kata sinis. Macam sekarang ni. Dan itu yang awak minta. Tiba-tiba awak nak dan minta supaya saya bersangka baik dengan awak? Macam mana saya tak bersangka buruk, Faraz... Macam mana saya nak yakin yang awak buat semua ni hanya sebab cinta semata? Selama dah nak dekat setahun kita kahwin ni awak tak pernah sekali pun belai saya mesra macam tu, Faraz. Jadi salah saya ke kalau wujudnya rasa ragu tu dalam diri saya?"

"Nur, no..."

Sebelah tangan dia menyentuh bahu aku. Mata dia sudah aku pandang.

"Hina betul saya ni kan? Nak kena bagi semua tu dulu baru suami saya sudi nak berlembut dengan saya. Baru saya boleh dan berhak untuk disayangi. No woman needs to take her clothes off to feel loved, Faraz."

"Hina lagi saya sebab buat isteri saya rasa macam tu, Nur." Perlahan suara Faraz. Seolah-olah dia benar-benar menyesali setiap perbuatannya.

Selepas itu Faraz kembali menarik aku ke dalam pelukannya. Cuma kali ini lebih erat. Erat sehingga hampir saja lemas aku dibuatnya.

"Saya biar awak peluk saya ni sebab saya tak ada kudrat nak gaduh dengan awak sekarang, Faraz. Bukan sebab saya terima kasih awak yang palsu ni." Dingin aku berbicara.

"Kasih aku bukan palsu, Nur."

"Awak tiba-tiba luahkan kata-kata sayang dan cinta awak dekat saya lepas apa yang berlaku. Jadi sangat tak adil kalau awak harapkan saya untuk terus terima semua tu. Hati awak, hanya awak aje yang tahu. Kalau awak tipu saya pun bukannya saya tahu. Malah tak ada sesiapa pun tahu kalau awak ada agenda tersendiri. Awak penuh dengan tipu helah, Faraz. Tengoklah cara kita kahwin. Penuh dengan tipu daya yang awak cipta sendiri."

Faraz merenggangkan sedikit pelukannya. Rambut aku yang sedikit pendek di dahi dia selitkan di belakang telingaku. Wajah aku dia tatap lama.

"I'm sorry, Nur. So sorry... Ya, aku sedar khilaf aku. Khilaf aku yang buatkan sampai isteri aku sendiri tak boleh bezakan mana satu pelukan bernafsu dan mana satu pelukan penuh kasih yang dia terima daripada suami dia sendiri."

Serentak dia habis menuturkan kata-kata itu, dia kembali mengeratkan pelukannya. Belakang kepala aku diusap-usap.

"So feel it now, Nur. Ini pelukan penuh kasih aku pada kau. Remember this warmth because I will continue to give it to you. My mistake, Nur.  Aku patut buat isteri aku rasa dikasihi tanpa ragu bila aku peluk dia. Aku akan tunjuk dekat kau, macam mana rasanya menerima cinta dan kasih yang suci daripada seorang suami, Nur."

Di dalam pelukannya, aku pejamkan mata. Setitik air mataku mengalir. Hangatnya air mataku sama seperti hangatnya pelukan dia yang aku rasakan.

Beberapa saat berlalu, air mataku semakin lebat. Esakanku juga makin kedengaran. Pelukan Faraz akhirnya aku balas. Juga dengan erat. Sama seperti pelukannya.

 Sama seperti pelukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now