Masuk kali ini sudah dua kali aku pitam dan pengsan. Seperti sebelum ini, Faraz ada di sebelah. Bezanya kali ini dia tidak tidur.
"Baby...?"
"Anak okey, Nur. Doktor kata alahan Nur teruk sangat," jawab Faraz. Mengerti akan kebimbanganku. Mungkin juga dia ingin menghentikan aku yang mula kelihatan panik dan mahu menangis.
Aku menghembus nafas lega. Kembali berbaring di atas katil hospital dengan selesa. Sememangnya itu adalah perkara pertama yang terus terlintas di kepalaku sebaik sahaja mata aku celikkan.
Tiba-tiba pintu bilik hospital dibuka. Aku dan Faraz sama-sama menoleh ke arah pintu yang dibuka dalam keadaan cemas. Di muka pintu, ada Luth yang kelihatan agak tercungap-cungap mencuri nafas. Pasti dia berlari ke sini.
"Luth, awak buat apa dekat sini?"
Tidak menjawab soalanku, Luth terus meluru ke arah Faraz lalu kolar baju suamiku itu dicekak. Dia sedang marah. Dia tidak lagi hadir secara tenang seperti tempoh hari.
"Aku dah cakap kan jangan sakitkan Audra!"
Faraz tidak nampak seperti ingin melawan namun dia memaksa Luth melepaskan kolar bajunya.
"Mana awak tahu saya dekat sini, Luth?" Aku menyoal. Menarik perhatian lelaki itu daripada terus berbalah.
"Datuk awak yang beritahu ibu saya, Audra."
Bermakna Luth juga sudah sedia maklum tentang kandunganku. Wajarlah. Kami hampir saja menjadi keluarga. Jadi tidak pelik sekiranya keluarga kami masih berhubung.
"Awak beritahu datuk, Faraz?" Aku memandang pula ke arah Faraz setelah mendengar jawapan Luth.
Faraz hanya menunduk. Dalam diam mengiyakan. Tiga saat kemudian dia kembali mengangkat kepala. Melawan pandangan Luth yang masih tajam ke arahnya.
"Why would I hurt a mother to my child?"
"How would I know? Tak ada siapa pun yang tahu, Faraz. Tak ada siapa tahu tentang niat buruk kau sampai malam kau perangkap Audra. Kau aje yang tahu."
Aku dengar Faraz menghela nafas seketika sebelum membalas kata-kata Luth. Mungkin ingin menenangkan diri sendiri.
"Luth, I would never..."
"Sekarang memanglah kau cakap macam ni. Entah-entah lepas budak tu keluar, kau akan sakitkan Audra balik kan?" Tuduh Luth berang.
"Budak dalam tu anak aku so watch your mouth!" Laju Faraz membidas kali ini. Nadanya juga sudah naik seoktaf. Tidak lagi selembut tadi.
Setelah ditengking, Luth terdiam. Mereka berdua kemudian dalam keadaan saling menghadap di penjuru katilku, sama-sama berusaha meredakan suasana yang agak tegang itu. Masing-masing memilih untuk menutup mulut buat seketika.
Sehinggalah Luth kembali membuka mulut. Mengeluarkan bicaranya agar didengari oleh Faraz.
"Aku tak nak dan aku tahu aku tak layak untuk persoalkan macam mana semua ni boleh jadi dalam keadaan kau bencikan Audra. Tapi aku cuma harap yang kau tak sakitkan dia, Faraz. You know what I mean, right?"
Faraz mengangguk kecil sambil menunduk.
"Do not fool yourself, Faraz. She is too precious not to be loved. It is very hard to hate her."
Suara Luth perlahan sewaktu menyampaikan itu. Tapi tetap saja masih mampu didengari oleh aku yang masih di atas katil menyaksikan mereka berdua.
"Sekarang aku faham kenapa kau terlalu sayangkan Nur. Aku juga dah mula faham kenapa kau sanggup menangis air mata darah untuk Nur."
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...