Epilog 5

54 3 0
                                    

Seperti tempoh hari, pintu aku ketuk bertalu-talu. Namun kali ini lebih dahsyat kuatnya dan lebih kerap. Tanpa henti.

"Iya, Faraz. Sabar, saya datang ni!"

Tidak seperti kebiasaan, hari ini tidak pula Nur tidur awal.

Sama seperti hari itu, aku terus rebah sebaik sahaja pintu rumah dibuka oleh Nur dari dalam. Bezanya kali ini Nur tidak pula mengaduh kesakitan atau mengeluh dek kerana tubuh aku yang berat.

"Faraz, awak mabuk ke?" Telinga aku menangkap jeritan Nur. Tentu dia dah terhidu bau minuman keras pada pakaianku.

Aku biarkan saja pertanyaan dia tidak berjawab. Tubuh aku Nur goncang dengan kencang dan soalan itu dia ulang. Dia mahukan kepastian. Lama menghilang boleh pula dia balik dalam keadaan mabuk begini. Aku memang melampau. Tentu Nur menyirap dengan perangai suami dia ini.

Pasti dia kecewa dengan aku. Kecewa yang amat besar sekali. Aku seboleh-bolehnya tak mahu dia nampak aku dalam keadaan begini. Sungguh memalukan sekali.

"Jawab soalan saya, Faraz! Awak mabuk ke?"

"Bawak aku masuk bilik dulu, sayang..."

Aku sedar aku sudah mula berbicara yang bukan-bukan. Kunci kereta juga jaduh ke lantai. Terlepas dari tanganku.

"Ya Allah, awak tak pernah mabuk macam ni. Apa yang dah jadi ni Faraz? Awak buat apa dekat luar tu?"

Aku menyentuh pipi Nur. Dia aku pandang dengan mata kuyuku.

"Kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali, Faraz?"

"Kau tanya aku?" Aku ketawa. Entah apa yang lucu dengan soalan itu pun aku tak tahu.

Bicara kami diselangi dengan usaha Nur dalam membawa aku ke katil. Kunci yang jatuh kami biarkan. Itu bila-bila pun boleh dikutip. Baik nanti atau pun esok. Baik oleh aku mahupun Nur.

Tiba di katil, tubuh aku dihumban oleh Nur. Betul-betul melepas geram gayanya.

"Kalau bukan laki kau tu aku tak akan jadi macam nilah, Nur!"

"Siapa laki saya? Awaklah laki saya, Faraz. Awak suami saya! Saya isteri awak... Saya tak ada lelaki lain dah."

Sudah lupa agaknya Nur dengan segala tips yang pernah dia baca sebelum ini. Bukannya dia tak tahu siapa yang aku maksudkan. Tentulah Luth orangnya. Tapi dia sengaja buat-buat tak mengerti dan pusing cakap.

"Sengsara sangat ke awak kahwin dengan saya? Kalau awak tahu yang awak akan jadi lebih teruk macam ni, kenapa awak akad juga nama saya, Faraz? No one forced you! Saya yakin awak bukan macam ni sebab Luth selalu cakap yang baik-baik aje pasal awak. Awak antara akwan dia yang tak pernah ajak dia pergi tempat-tempat macam tu."

"Tak ajak tak bermakna aku tak buat."

Mudah aku berkata-kata. Seolah-olah aku tidak melakukan sebarang dosa. Seolah-olah apa yang baru saja dilakukan oleh aku suci belaka. Sedangkan aku sendiri sedar yang aku sekarang berada dalam keadaan yang cukup menjijikkan.

"Tak! Buktinya selama beberapa bulan kita kahwin ni, awak tak pernah mabuk. Kalau awak kaki botol mesti dah lama awak tunjuk perangai awak dekat depan saya. Lagipun awak bukannya nak jaga hati saya kan?" Nur menggeleng-gelengkan kepala dia.

"Kau silap, Nur. Aku dulu memang macam ni." Aku bertutur dalam keadaan mabuk.

"Dulu? Maknanya sekarang awak dah tak macam tu kan? Jadi apa yang buatkan awak ambil balik jalan ni, Faraz? Cakap dengan saya..."

Tetapi sepatah haram pun aku tak jawab. Buatkan Nur lebih memilih untuk mencari konklusi sendiri.

"Saya? Saya ke, Faraz? Saya punca awak jejakkan balik kaki ke tempat maksiat tu?"

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now