Sudah lima hari berlalu sejak kejadian di bilik hospital itu berlalu. Selama lima hari itu, aku dan Faraz jarang bercakap melainkan tentang hal-hal penting sahaja. Contohnya sewaktu Faraz pulang dari kerja dan bertanya tentang perkembangan harian bayi kami.
Dia juga mengambil tahu tentang tarikh pemeriksaan yang akan datang. Tak pernah sekali pun dia biarkan aku pergi sendiri. Sentiasa ada dia yang menemani meskipun pada awal kehamilan aku seboleh-bolehnya menolak dia daripada terus menemani dan membantu aku. Tapi seperti biasalah. Aku dan Faraz sama-sama keras kepala. Kesudahannya aku relakan saja.
Aku kini berada di hadapan bilik muzik Faraz. Memerhatikan dia yang sedang membelek-belek hampir setiap alat muzik yang ada di dalam bilik itu.
Menyedari kehadiranku, Faraz terus menghampiri aku yang masih kaku berdiri di luar bilik.
"Jom, abang nak tunjukkan sesuatu dekat Nur."
Tidak pula aku menolak ajakannya atau menepis tangannya. Aku membiarkan saja diriku dipimpin kerana tiba-tiba sifat ingin tahu ke melonjak tinggi. Kerana selama ini aku tak pernah pun menjejakkan kaki di dalam bilik ini. Jangankan masuk, buka pintunya saja pun aku tak pernah. Faraz juga jarang sekali meluangkan masanya di sini. Masa dia lebih banyak dihabiskan di bilik kerja dia. Orang yang sibuklah katakan. Kalau goyang kaki mana datang Dato' pada namanya itu?
Aku sedia maklum bahawa Musichord Instruments Co. adalah nama syarikatnya. Membuat dan mengedarkan alat-alat muzik moden dan tradisional ke serata dunia. Faraz bukan sekadar pakar alat muzik tetapi dia memang seorang yang berjiwa muzik.
"Dulu kalau abang stres atau rasa marah dengan papa, abang main drum. Sebab abang rasa lega dapat pukul drum. Rasa macam abang dah lepaskan semua perasaan abang. Termasuklah bila abang rasa marah dengan diri sendiri."
Aku hanya diam. Bercakap tidak, angguk pun tidak. Masih berlagak dingin. Sekadar menanti bicara dia yang selanjutnya.
"Kalau abang rasa sedih pula, abang akan main piano."
Usai memberitahuku fakta tersebut, Faraz terus meletakkan jari jemarinya di atas papan nada. Tak sampai tiga saat kemudian, jemari itu mula menari-nari di situ. Dia menekan-nekan kunci pada papan nada menyebabkan instrumen itu menghasilkan bunyi.
Loving and fighting, accusing, denying
I can't imagine a world with you gone
The joy and the chaos, the demons we're made of
I'd be so lost if you left me alone
Suara Faraz yang merdu kedengaran di segenap penjuru bilik.
You locked yourself in the bathroom
Lying on the floor when I break through
I pull you in to feel your heartbeat
Can you hear me screaming? Please don't leave me
Dia memandang aku dan papan nadanya silih berganti. Namun pandangannya lebih tertumpu pada aku. Hanya sekejap dia curi pandang ke arah papan nadanya.
Let me take your hand, I'll make it right
I swear to love you all my life
Hold on, I still need you
Mata aku dia tatap dalam-dalam bagai tak mahu lepas. Aku tahu dia cuba meyakinkan aku tentang dirinya.
Long endless highway, you're silent beside me
Driving a nightmare I can't escape from
Helplessly praying, the light isn't fading
Hiding the shock and the chill in my bones
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...