Bab 10

134 5 0
                                    

Seperti yang telah dijanjikan, aku dan Faraz sama-sama pergi melawat datuk. Itu pun dengan solekan yang tebal di mukaku. Meskipun lukanya sudah semakin pulih tetapi kesannya tetap mampu kelihatan jika wajahku bogel tanpa sebarang solekan di muka. Biarpun lewat sekurang-kurangnya aku masih sudi juka untuk datang melawat dan menunjukkan muka.

Tak ada apa sangat pun yang dibualkan bersama datuk. Atau lebih tepat lagi, tiada apa yang hendak dibualkan bersama lelaki tua itu. Semuanya janggal sekali.

Termasuklah sepupu merangkap cucu kesayangan datuk di sebelah aku ini. Entah kenapa dan dari mana datangnya hidayah pun aku tak tahu bila mereka berdua tidak lagi melontarkan kata-kata pedas yang menyakitkan hati sebaliknya aku perasan masing-masing cuba mencari topik yang boleh dibualkan bersamaku.

"Kerja okey?"

"Alhamdulillah, okey je." Aku mengangguk.

Aku dan Ferhad sama-sama sedang berdiri menghadap kolam renang. Kami berbual tanpa memandang satu sama lain. Kadang kala saja kami menoleh. Kekok.

"Kau..."

Aku menanti kata-kata Ferhad yang seterusnya tetapi lama pula masa yang diambil. Dia di yang berada di sebelahku aku jeling.

"Kau... kau nak jaga syarikat tak?"

Oh, itu rupanya. Aku fikir apalah tadi. Buat cuak saja.

Namun keningku bertaut dan dahi aku jadi sedikit berkerut. Kali ini dia aku toleh sepenuhnya.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya aku? Bukan ke kita dah pernah cakap pasal benda ni dulu?"

"Saja aku tanya lagi. Manalah tahu kalau fikiran kau sekarang dah berubah? Dah tak sama macam dulu."

Aku geleng. "Tak, jawapan aku tetap sama. Tak ada apa yang berubah pun. Aku tak nak. Biar kau saja yang uruskan hal syarikat tu."

"Okeylah kalau kau cakap macam tu. Aku bukan apa, aku cuma nak hormat kau sebagai cucu sulung dalam rumah ni."

Kenapa sekarang? Sebelum ini tak pernah pun dia nak tunjuk hormat pada aku?

Soalan itu hanya dilontarkan dalam kepalaku saja. Malas nak dizahirkan. Bimbang persengketaan berulang dan merosakkan segalanya semula. Setiap orang akan temui titik perubahan mereka jadi aku hanya beranggapan bahawa Ferhad dan datuk sudah temui titik itu.

"Tak apa, kau fokus aje dengan yang kau nak buat dalam hidup kau. Pasal datuk kau tak payah risau. Aku boleh jaga datuk," ujar Ferhad.

Bila difikirkan semula, Ferhad pun tak adalah berlaku kejam sangat terhadap aku. Dia hanya bergelar cucu kesayangan dan lebih banyak berdiam diri. Sebab itulah kami tidak pernah mesra dari kecil seperti sepupu-sepupu lain. Termasuklah pada detik-detik datuk berlaku tidak adil padaku, dia akan diam tak berkutik. Jauh sekali ingin menyebelahiku.

Aku dapati semuanya berpunca daripada arwah daddy yang tidak mahu mewarisi syarikat sebagai anak sulung dalam keluarga dan datuk pun memberikan syarikat pada Uncle Arazi. Dan aku pula seolah-olah memarakkan lagi apa kemarahan datuk dengan turut menolak untuk sama-sama menguruskan syarikat bersama dia dan Ferhad. Aku lebih memilih untuk mengikut jejak arwah daddy dan arwah mommy sebagai akauntan. Pun begitu, kedua-dua orang tuaku tidak pernah meninggalkan aku di dunia ini dengan tangan kosong.

Kata datuk semuanya berpunca daripada arwah daddy kerana mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu jugalah alasan mengapa datuk sukar untuk menerima arwah mommy sebagai menantu. Datuk beranggapan bahawa arwah mommy yang menghasut daddy sekali gus meregangkan hubungan mereka anak beranak.

"Termenung jauh nampak?"

Teguran Faraz mengembalikan aku ke alam realiti. Menyedarkan aku bahawa kami sudah tiba di hadapan rumah keluarga mertuaku pula.

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now