Malam sudah lama melabuhkan tirainya. Seperti biasa, aku dan Faraz akan sama-sama naik ke katil selepas kami berdua selesai menyiapkan kerja masing-masing, selesai membersihkan diri atau solat Isyak. Lampu awal-awal lagi sudah aku tutup. Aku dan Faraz sama. Tidak gemar akan keadaan yang terlalu cerah.
Petang tadi aku dan Faraz sudah ke hospital, melawat Seri dan Enzo yang baru saja menyambut kelahiran anak sulung mereka. Comel sekali anak perempuan mereka yang diberi nama Erwyna itu. Manis saja wajah dia dengan pipi yang merah. Demi Allah aku tumpang bahagia bersama mereka.
"Aku suka bau ni. Jangan tukar."
Itu suara Faraz.
Aku tak pasti bau apa yang dia maksudkan. Sama ada bau hair mist aku, losyen yang baru saja aku sapu pada anggota badanku atau bau minyak wangi yang aku sentiasa sembur sebelum tidur. Tetapi sudah menjadi kebiasaan dia menghidu dan bermain dengan rambutku jadi tiada apa lagi yang ganjil atau pelik bagi aku.
Aku biarkan saja.
"Kau dah sapu losyen? Nak aku sapukan?"
Huh, terang-terang aku sapu losyen depan dia tadi. Dia siap tenung aku macam nak terkam dari atas katil lagi. Aku hanya melihat pantulan dirinya dari cermin mejak solek dan buat takt ahu. Lagi pula itu sudah menjadi habit Faraznhampir setiap malam sekiranya dia tidak pulang lewat ke rumah.
Apa motif dia tanya begitu dan tawar begitu, aku tidak pasti. Apa yang aku pasti, Faraz orangnya tak boleh diberi peluang. Tentu ada saja akalnya nanti.
"Nur."
Jemari Faraz yang sengaja dia mainkan di belakang tubuhku mengganggu lena aku. Aku tidaklah mahu tidur lagi. Lebih kepada memaksa diri untuk tidur.
Aku melepaskan satu keluhan. Cukup sekadar didengari oleh diriku sendiri. Tidak juga oleh Faraz yang semakin merapatkan tubuh dia dengan tubuhku.
Oh, padanlah lain macam saja dari tadi. Dia sedang cuba beli jiwa aku rupanya. Kenyataan bahawa aku boleh membaca keinginan Faraz selaju ini pada malam ini agak menghiburkan hati.
"Awak kata awak tak hadap dengan saya."
Ayat yang pernah dia lemparkan ke wajahku sengaja aku ulang. Biar dia sedar apa yang sedang dia lakukan kini. Jilat ludahnya sendiri.
Lagi pun esok Faraz kata dia akan ke pejabat walaupun esok merupakan hari minggu. Ada hal penting yang perlu dia uruskan katanya. Jadi tak mungkinlah dia mahu minta yang bukan-bukan malam ini. Kan...?
Aku sendiri ragu dengan fikiranku.
"Nur..."
"Awak ni tak boleh ke kalau tak memaksa? Saya kata saya tak nak tu saya tak naklah! Awak tak faham bahasa ke? Awak kata awak tak perlukan layanan saya. Sedap ke jilat ludah sendiri?" Dingin sekali suaraku. Juga senada tanpa rasa.
Ya Allah, berdosanya aku. Aku tahu segala apa yang baru saja aku lontarkan kepada suamiku itu merupakan satu kesalahan tetapi apakan daya luka di hatiku ini masih terasa denyutnya. Sakit setiap kali mengenangkan setiap perlakuan dan kata-katanya pada malam dia mengejiku.
"Nur, please..."
"Please?"
Jika sebelum ini Faraz yang sering tersenyum dan ketawa sinis tanpa henti, malam ini giliran aku pula yang berbuat demikian.
"Masa saya rayu awak supaya berhenti buat saya rasa terhina, ada awak berhenti? Macam nilah saya rayu awak waktu tu, Faraz. Awak tak ingat ke? Jangan nak buat-buat lupa. Awak mungkin boleh lupa tapi saya tak!"
"I didn't mean that. Deep in my heart, I'm sorry. I'm really sorry, Nur... I know I shouldn't have done that or said hurtful words to you."
YOU ARE READING
Kerana Akadku Namamu
Romance"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku."...