Bab 7

112 5 0
                                    

Pulang saja dari majlis tadi aku terus membersihkan diri. Seharusnya fizikal aku saja yang lelah tetapi dek kerana Faraz, mental aku juga jadi sangat lelah sekarang.

"Wangi."

Seperti selalu, Faraz akan mencium rambut aku yang masih lembap. Jemarinya juga bermain dengan helaian rambutku. Rimas? Jangan cakaplah.

Aku menjauhkan kepala. Menjadikan rambutku terlepas dari jemarinya. Tanda aku tidak sudi. Berani dia. Setelah apa yang dia katakan siang tadi?

"Kau ingat aku nak sangat ke?" Sinis Faraz berkata.

Senyap. Belum masanya lagi untuk aku berlawan kata dengan dia.

"Ingat aku hadap sangat ke dengan kau? Aku pun tak tahu apa yang si budak Luth tu pandang sangat dekat kau ni."

Dia masih gagal memancing amukanku. Jadi dia meneruskan bicaranya.

"Setakat perempuan macam kau ni sikit pun aku tak hadaplah. Bersepah aku boleh jumpa dekat luar sana. Luth aje yang pandang kau. I could have a better wife."

"Sebab masih ramai lagi perempuan sebaik saya. Lainlah lelaki macam awak kan? Tak ada lelaki lain yang lebih keji daripada awak dekat luar sana tu. Kahwin dengan awak, jadikan saya isteri paling malang dalam dunia."

Aku tidak kedengaran seperti sedang marah. Aku membalas dengan tenang. Dan itu membuat Faraz pula yang marah.

Mana aku tahu? Satu perkara yang aku kagum dengan diri sendiri ialah kadang kala aku mampu membaca Faraz berdasarkan riak di wajahnya. Meskipun sukar, aku masih mampu menebak.

"Awak tahu apa yang saya suka? Wajah tercabar awak sekarang. Berhenti untuk cuba sakitkan saya, Faraz. Awak tak tahu dengan siapa awak kahwin."

Dari cermin, aku beralih ke arahnya.

"Luth..."

"Luth, Luth, Luth! Balik-balik Luth! Balik-balik awak kaitkan perbualan antara kita berdua dengan dia! Boleh tak awak berhenti sebut nama dia? Jangan sebut nama dia dah lepas ni. Serabutlah saya! Dah macam zikir dah awak buat, tahu tak?"

"Ya ke serabut? Serabut ke suka?"

Faraz mengecilkan matanya. Dia sengaja menguji aku. Dan kali ini dia benar-benar menguji.

"Awak ni memang dah tak ada modal lain sangat ke untuk sakitkan hati saya? Awak sedar tak yang awak ni lebih banyak sebut nama dia kalau nak dibandingkan dengan diri saya sendiri? Dia tu bekas tunang saya. Patutnya saya yang ulang-ulang sebut nama dia setiap masa sebab saya rindu. Bukan awak."

Aku akui yang ayat terakhir aku itu sengaja mengundang. Ya, mengundang kemarahan Faraz.

"Kenapa? Kau tak puas hati? Sengsara sebab bila aku sebut nama dia akan buat kau teringat aku yang jadi suami kau, bukan dia?"

"Saya? Tak puas hati?"

Aku senyum sinis. Tak mahu beri apa yang Faraz mahu. Enggan mengalah. Sengsara aku, sengsaralah Luth di mata dia.

"Siapa yang tak puas hati sekarang ni? Saya atau awak? Apalah yang awak tak puas hati lagi? Kalau awak tak perangkap saya dengan cara yang menjijikkan tu pun, saya tetap tak akan kahwin dengan Luth. Itu pun dah buat dia sakit."

"Tak cukup, Nur. Aku nak dia fikir, apalah malang betul nasib dia? Dahlah tak dapat kahwin. Kena kebas dengan kawan baik sendiri pula tu. Mesti lebih menyedihkan kan?"

"Awak ni memang betul-betul tak ada hati perut kan? Mana perginya sifat kemanusiaan dalam diri awak tu?"

"Kau tanya dekat cinta hati kau tu dululah apa yang dia dah buat kat aku tu kira ada hati perut ke tak!"

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now