Bab 6

111 5 0
                                    

Tiga minggu berlalu sejak perbualan terakhir kami tentang hal itu. Kerana hari-hari kemudiannya kami hanya diam. Tiada langsung perbualan yang tercipta antara aku dan Faraz. Sudah seperti orang bisu saja masing-masing. Benarlah seperti yang telah dikatakan dan janji Faraz. Dia berjaya buat aku sesak dalam rumah dia yang begitu luas.

Secara tak langsung sudah lebih kurang sebulan sejak hari pertama kami berdua bergelar suami isteri. Dan hari ini adalah merupakan majlis untuk meraikan bapa mertuaku dan isteri barunya. Berbeza dengan aku dan Faraz, majlis mereka dilangsungkan agak lewat kerana kesibukan Dato' Seri Sabeer sendiri.

Entah kenapa aku antara yang dipilih oleh ibu mertuaku itu sebagai bridesmaid dia. Katanya kerana aku kelihatan sedang-sedang. Tidak kelihatan seperti aku sudah masuk 30-an. Dek kerana wajah aku masih kelihatan awal 20-an inilah aku kerap diusik seperti sekarang.

"Saya dah kahwin." Itu jawapan aku saat ditanya tentang status diri.

"Tipulah. Cuba cari alasan yang logik sikit. Awak nampak muda lagi. Cincin pun tak ada. Jari awak tu kosong aje."

Aku mengeluh dan mengambil keputusan untuk berlalu saja meninggalkan lelaki yang tidak faham bahasa ini. Namun aku tersentak saat dia mula mengangkat tangan, seolah-olah ingin menarik lengan aku agar lebih dekat dengan tubuhnya.

Tidak sempat tangan itu hinggap di lenganku, ada tubuh lain yang berdiri di antara kami. Sekali gus menghalang lelaki itu daripada terus memandangku. Tubuh sasa di hadapanku kini sudah cukup untuk menyembunyikan aku sepenuhnya di belakang tubuh dia.

"Try me. Touch her."

Memang aku telah berjaya diselamatkan. Tetapi fakta tentang siapa yang menyelamatkan aku ini lebih membuat aku rasa tidak selamat. Terancam. Seolah-olah bila-bila masa saja aku bakal dibaham sebentar lagi. Lebih-lebih lagi sebaik sahaja suara dingin itu masuk ke telingaku. Meskipun kami jarang sekali berbual ketika bersama di rumah, tetap saja mengenali suara itu.

"Sorry."

Itu saja yang keluar dari mulut lelaki yang baru saja mengusik aku sebentar tadi. Sebelum dia berlalu dengan wajah yang jelas kelihatan sedikit cuak.

Aku ditarik secara paksa oleh sang suami yang sudah kelihatan marah dan bengang. Ditolak ke kawasan yang lengang tanpa orang lalu-lalang.

"Kenapa kau tak pakai cincin nikah? Kenapa kau tanggal? Kau memang sengaja kan? Kenapa? Kau tak boleh nak terima hakikat yang kau tu dah jadi isteri orang? Isteri aku!" Rahang Faraz terketap-ketap tanda sedang menahan jiwa yang panas.

Aku sudah agak yang aku akan terus dipersalahkan tanpa diberi peluang untuk mempertahankan diri aku. Huh, apa yang aku harapkan? Lelaki ini jauh sekali ingin mendengarkan aku. Walhal bukan salah aku pun dah kalau Tuhan ciptakan aku sebagai seorang wanita yang menarik. Sewaktu bersama Luth dulu pun Luth sering meluahkan kebimbangannya tiap kali ada yang cuba mendekatiku. Bukannya aku yang tergedik-gedik menghampiri mereka! Bukan juga aku yang melayan. Sungguh tidak adil.

"Auntie yang suruhlah!" Auntie yang aku maksudkan tentulah ibu tirinya.

"Katanya tak nampak manis sebab dia nak nampakkan semua bridesmaid dia macam anak dara. Lagipun sekejap aje. Nanti saya pakailah balik. Bukannya saya hilangkan pun. Ada aje saya simpan elok-elok. Awak jangan risaulah, tak adanya cincin mahal yang awak beli tu nak hilang. Yalah, kalau hilang nanti awak rasa membazir pula kan, dahlah berhabis duit dekat saya. Lagi satu, awak pernah ke nampak saya tanggal cincin tu saja-saja sebelum ni? Tak pernah pun kan?" Bidas aku sambil mengurut pergelangan yang terasa pedih selepas dilepaskan secara kasar oleh Faraz.

"Tak ada maknanya. Kalau ya pun cincin tu nak hilang, aku akan beli yang baru asalkan ada cincin dekat jari kau tu. Aku tak akan bagi kau lari daripada hakikat yang kau tu isteri aku. Lelaki yang kau paling benci. Dan bukannya luth, lelaki yang kau sayang separuh mati tu!"

Kerana Akadku NamamuWhere stories live. Discover now