PROLOG

154 6 3
                                    

"Umi carilah sesiapa sahaja yang sudi kahwin dengan Am. Am serahkan pada umi." Ilham mengeluh. Kalau bukan kerana dipaksa Puan Zanariah, dia tak terfikir untuk berkahwin.

"Betul ke, Am? Am nak suruh umi carikan Am calon isteri?" Membulat biji mata Puan Zanariah saat mendengar ucapan anak bongsunya. Bibirnya mengorak senyuman lebar. Gembira tak terkata hati tuanya apabila anak bongsunya sudah bersedia mahu bernikah. Tuan Iskandar yang berada disebelah isterinya juga terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Dalam hatinya mengucapkan syukur kerana Ilham sudah melupakan kisah silamnya.

Ilham angguk kepala. Wajahnya ditundukkan kebawah. Dia penat dipaksa dan ditanyakan orang sekeliling. Ibarat tidak bernikah itu berdosa besar!

"Kalau macam tu, umi nak masuk meminang Lia untuk Am." Teruja sekali suara Puan Zanariah. Matanya ditoleh kearah anak lelaki dan suaminya silih berganti.

Mendengarkan nama itu, Ilham angkat kepala. Raup wajah teruja uminya dipandang. Dahi berkerut. "Am nak cari isteri, umi.. bukan orang gaji!" Keras nada suara Ilham membuatkan senyuman dibibir tua Puan Zanariah mati.

"Apa pula orang gaji? Umi nak jadikan Lia tu isteri Am bukan orang gaji. Umi berkenan dengan Lia tu, baik budaknya. Bonuslah tu Am dapat isteri yang pandai buat kerja rumah." Terangnya sambil bangun berjalan kearah Ilham. Punggung dilabuhkan diatas sofa sebelah anak bongsunya. Bahu Ilham digosok perlahan.

"Umi tak nak paksa Am. Kalau Am tak sukakan Lia, umi boleh cari orang lain." Tangannya yang tadi mengosok bahu Ilham dijatuhkan keatas peha sendiri. Wajah ditundukkan. "Terkilanlah umi kalau tak dapat bermenantukan Lia." Puan Zanariah bernada sedih.

Dia bangun dari duduknya. Langkah diatur kearah suaminya, Tuan Iskandar. "Abang, Zamri tu single lagi, kan? Tak dapat jadi menantu, jadi anak saudara pun tak apalah", suaranya diperlahankan seperti merajuk.

Ilham yang mendengar ucapan uminya hanya mengeluh perlahan. 'Dia dah start dah drama Maghrib.'

•*•*•

🌙 SIAPA YANG PERNAH BACA DAHLIA UNTUK DAHLIA SEBELUM INI AKAN TAHU YANG CERITA NI SUDAH DIGARAP/DIOLAH SEMULA. JALAN CERITA TELAH DIUBAH NAMUN NAMA WATAK UTAMA MASIH DIKEKALKAN. HARAPAN PENULIS AGAR UOLLS BOLEH BAGI ~DUD~ PELUANG KEDUA. 🌙

•*•*•

Hai everyone's.. here's come my 1st baby.
Cerita ni 100% dari fikiran dan idea penulis sendiri. Kalau ada persamaan mungkin secara kebetulan sahaja.
Seandainya ada tersama jalan cerita dengan cerita lain, boleh bagitahu.

•*•*•

❗️Nama tempat, lokasi, kedai dan sebagainya adalah rekaan semata-mata supaya uolls tak pening fikir kat manalah tu. 😝
❗️Sebarang perbuatan tidak baik didalam karya ini tidak boleh ditiru dan diambil contoh!

•*•*•

🔸 Sebarang cadangan, komen atau kritik untuk menambahbaik boleh komen.
🔸 Kalau tak keberatan bolehlah vote. TQ ❤️

~ Bunga Mai ~

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now