BAB 18 🦩

30 4 0
                                    

Dahlia duduk dibirai katil sambil bermain dengan jemarinya sendiri. Tubuh kurusnya sudah tersarung baju kurung moden berwarna putih susu. Kepalanya dibalut selendang berwarna senada dan dilengkapkan dengan veil panjang melepasi punggung. Solekan tipis dikenakan diwajahnya. Itu permintaan Dahlia kepada jurusolek yang diupah oleh Puan Zanariah.

"Weh... nervous ke?" Tanya Nurin tatkala matanya mengesan kelainan pada raut wajah Dahlia.

"Nurin..." tangan Nurin ditarik dan digenggam. "Aku risaukan Daiyan."

Nurin bergerak merapatkan tubuhnya kearah Dahlia yang cantik berbaju pengantin. Bahu Dahlia digosok perlahan.

"InsyaAllah tak ada apa-apa. Tak lama lagi, Lia. Tak lama lagi Daiyan akan dibedah. Kita doa sama-sama, ok?"

Nurin faham kerisauan Dahlia. Semalam dia menemani Dahlia ke hospital untuk meminta kebenaran doktor supaya membenarkan Daiyan menghadiri majlis pernikahan Dahlia namun Doktor Adli mengatakan bahawa kondisi kesihatan Daiyan berada dalam keadaan teruk. Seharian Dahlia menangis, nasib baiklah hari ini muka dan matanya tidak bengkak, kalau tak hilang seri pengantin.

"Jangan menangis, Lia. Nanti rosak makeup kau", pujuk Nurin. Dahlia ketawa halus.

Nurin tarik tangan Dahlia untuk bangun. Dahlia ikut bangun. Anak matanya tunak memandang wajah sahabatnya yang manis berbaju kurung merah jambu.

"Kau cantik sangat, Lia. Aku yakin Daiyan akan cakap benda yang sama bila nampak kau harini. Dan aku yakin dia akan senyum bahagia dengan perkahwinan kau." Nurin tarik Dahlia kedalam pelukkannya. Sebak hatinya. Terasa seperti dia akan kehilangan sahabat baiknya.

"Terima kasih, Nurin." Dahlia senyum lebar. Ditahan air matanya agar tidak tumpah.

"Dah siap ke? Kak Intan dah sampai dekat bawah", Suara jurusolek mematikan perbualan antara Dahlia dan Nurin.

Nurin memimpin tangan sahabatnya turun dari bangunan perumahan tersebut. Mereka akan ke pejabat agama dengan menaiki kereta Intan. Ilham dan keluarga bakal mertua Dahlia akan menunggu disana.

Dahlia genggam erat tangannya yang terasa berpeluh. Timbul debar dihatinya. Bibirnya tak lepas mengalunkan zikir agar hatinya bisa bertenang.

•*•*•

"Tu.. pengantin kau dah sampai." Johan sengeh lebar melihat seorang gadis muda berpakaian serba putih keluar dari tempat duduk belakang kereta. Mulutnya dimuncungkan kearah Dahlia. Cantik! Patutlah sahabatnya itu bersetuju untuk berkahwin walaupun tanpa cinta.

Ilham toleh ke depan. Matanya tunak memandang sebatang tubuh yang sedang berdiri kekok. Dia akui Dahlia memang cantik ditambah dengan solekan nipis yang menampakkan wajah polos itu sungguh menawan. Liur ditelan perlahan.

Dahlia berjalan kekok menghampiri keluarga bakal mertuanya. Ada beberapa orang yang dia tidak kenal.

Puan Zanariah yang tersenyum lebar, menyambut kedatangan Dahlia.

"Lia.. umi nak kenalkan Lia dengan anak sulong umi. Ini Imran, abang Am. Ini pula Syafiqa, isteri Along."

Dahlia senyum manis sebelum menghulurkan tangan bersalam dengan Syafiqa.

"Cantiknya... Patutlah Am terbuka hati semula nak bercinta. Tahniah Lia",

"Terima kasih, kak." Bercinta semula? Lelaki itu pernah bercinta ke sebelum ni? Lelaki dingin macam tu pun ada orang nak ke? Dahlia senyum nipis.

"Panggil je Kak Long. Ni boleh panggil Along", ujar Syafiqa bila melihat wajah malu-malu Dahlia.

"Selamat datang kedalam keluarga kami, Lia. Along doakan semoga semuanya berjalan lancar", ujar lelaki yang segak berbaju melayu berwarna biru muda, sedondon dengan keluarga sebelah Ilham. 'Sempat dia orang fikir tema, ya?', bisik hati Dahlia.

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now