"Waktu kematian 6.42 petang, 12 haribulan 5." Suara gemersik Doktor Adli seakan angin kencang yang menampar gegendang telinga Dahlia.
Tubuhnya yang pegun terasa dipeluk erat. Dahlia kaku ditempatnya berdiri. Pelukkan Nurin tidak dibalas.
"Lia...." Panggil Nurin dalam esakkan.
Dahlia kalih memandang wajah basah Nurin. Langkah diatur kearah katil. Tubuh kaku Daiyan direnung, lama. Perlahan punggungnya duduk diatas katil. Tangannya memegang tangan Daiyan, dibawa kepipinya. "Kakak halalkan semuanya untuk adik. Kakak sayang adik. Tunggu kakak dekat sana, ya?" Perlahan Dahlia bersuara ditepi telinga Daiyan sebelum dahi Daiyan dicium lembut.
Ilham menghampiri Dahlia. Kedua bahu gadis itu dia pegang, menarik Dahlia untuk berdiri. Dahlia hanya mengikut. Anak matanya tidak lepas memadang raut wajah kaku Daiyan. Jururawat Ana menarik kain selimut untuk menutupi seluruh tubuh kaku Daiyan.
"Abah tolong bawa Dahlia balik. Hal dekat sini, biar Am yang handle", pintanya kepada Tuan Iskandar. Wajah basah Puan Zanariah dipandang sayu.
"Bawa balik jenazah rumah kita, biar abah bagitahu AJK masjid." Ilham angguk dengan cadangan abahnya.
•*•*•
Dahlia berteleku diatas sejadah. Dia baru usai solat Maghrib. Tangan ditadah untuk berdoa. Kali ini doanya sangat panjang. Air mata mengalir tanpa diseka membasahi telekung yang dipakai.
Hati Dahlia dirundum kesedihan. Akalnya seperti baru berfungsi. Dia sedar sekarang Daiyan sudah meninggalkannya keseorangan.
Dahlia baring diatas sejadah. Lutut dibawa rapat ke dada. Dia menangis teresak-esak disitu seperti melepaskan perasaan yang sarat dengan pelbagai rasa.
•*•*•
Ilham tolak daun pintu. Dia baru pulang bersama jenazah Daiyan yang sudah diletakkan diruang tamu rumah ibu bapanya. Seharian memakai pakaian pengantin membuatkan dia rimas, melekit dan berpeluh.
Langkah matanya terhenti apabila melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring diatas lantai. Kakinya melangkah perlahan agar tidak menganggu lena sang isteri.
Ilham buka pintu almari dengan berhati-hati. Sehelai kurta berwarna putih susu diambil.
"Awak dah balik?" Suara halus Dahlia menyentakkan Ilham. Dia paling kebelakang kearah Dahlia. Wajah basah dan memerah itu menjentik hati lelakinya. Dia juga pernah merasa kehilangan orang yang tersayang, dia cukup faham perasaan Dahlia saat ini.
Dahlia bangun dari baring. Dia labuhkan punggung diatas katil. Matanya tunak memandang wajah keletihan Ilham.
"Ermm...", Ilham megumam. Tuala yang tersangkut diampaian kayu ditepi almari dicapai. Tanpa mempedulikan Dahlia, Ilham berlalu ke bilik air. Dia mahu membersihkan diri sebelum menguruskan jenazah adik iparnya.
Dahlia hantar pemergian Ilham dengan pandangan mata sebelum nafas panjang ditarik.
•*•*•
Usai mandi dan memakai baju, Ilham keluar dari bilik air. Dahinya berkerut apabila terpandang Dahlia yang masih statik diatas katil. Posisi yang sama sebelum dia masuk mandi, masih bertelekung dan masih termenung.

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...