BAB 25 🦩

31 2 0
                                    

        "Abang marah sebab Lia tidur atas katil Abang? Abang bencikan Lia?"

     Ilham terpaku dengan soalan Dahlia. Nafas ditarik terasa pendek. Air mata Dahlia mengundang sayu dihatinya. Jemari naik menyeka air mata yang mengalir dipipi isterinya.

    "Maafkan aku, Dahlia. Aku tak marah dan aku tak bencikan kau. Aku cuma...." Dia kematian kata. Alasan apa yang ingin diberikan? Aku tak cintakan kau, aku cintakan Angel?

     "Bagi aku.. bagi kita masa untuk sesuaikan diri. Kau pun tahu kan kita kahwin sebab apa?" Dahlia angguk kepala beberapa kali.

"Aku harap kau faham aku. Aku tak akan paksa kau jadi isteri yang terbaik untuk aku. Cuma, please... sentiasa ada dengan aku. Aku akan jaga kau selagi Allah izinkan" Pintanya ikhlas. Dia yakin suatu hari nanti hatinya akan terbuka untuk Dahlia cuma dia perlukan masa.

                                  •*•*•

     "Assalamualaikum..", Ilham masuk diikuti dengan Dahlia. Lebar senyuman Dahlia apabila kelibat Puan Zanariah menerpa matanya. Kakinya laju dibawa kearah ibu mertuanya. Tangan dihulurkan untuk bersalam.

"Waalaikumusalam... rindunya umi dekat anak menantu umi ni", tubuh Dahlia ditarik kedalam dakapannya. Dahlia membalas dakapan Puan Zanariah dengan senang hati. Hari ini tak adalah dia kebosanan dirumah seorang diri.

Pagi-pagi lagi Ilham menyuruhnya mengemas pakaian untuk dibawa ke rumah orang tuanya. Mereka akan bermalam disana. Dalam keterujaan Dahlia mengemas.

"Kak Intan tak datang ke umi?" Giliran Ilham menyalami Puan Zanariah.

"Sekejap lagi sampailah tu. Dia hantar si kembar ke sekolah dulu. Mari sarapan, umi masak nasi lemak harini." Tangan Dahlia ditarik kearah meja makan. Ilham hanya mencebik, dah ada menantu, anak sendiri dilupakan.

  •*•*•

     "Tapi Lia tak pandailah kak...", jemari bermain sesama sendiri.

    "Lia jangan bimbang, akak kan ada, akak tolong Lia. Tak susah pun, tadah muka je"

     Lebar senyuman Intan bila mengingatkan pesan adik lelakinya.

'Jangan makeup tebal-tebal sangat, kak. Baju jangan ketat dan seksi!'

"Lia pergi bersiap dulu, akak tunggu dekat bawah." Tanpa pamit Dahlia daki anak tangga. Benaknya berputar memikirkan kenapa kakak iparnya itu bersungguh mahu membawanya ke pusat membeli belah. Sudahlah katanya malam ini, Intan ingin dia mengenakan solekkan. Kepala tak gatal digaru.

'Ikut ajelah', bisik hatinya. Sehelai blouse berwarna merah hati dan seluar palazo hitam digayakan bersama selendang hitam. Setelah berpuas hati, Dahlia turun untuk mengikut Intan ke pusat membeli belah.

•*•*•

"Lia suka baju ni?"

Bulat mata Dahlia saat memandang sehelai dress hitam separa kembang yang ditunjukkan oleh Intan. Sangat cantik dengan kilauan butiran permata yang merembaskan cahaya. Nampak berkilat dan mewah!

"Cantik sangat, kak!" Ujarnya teruja.

"Nah... Lia pergi cuba." Dress bertukar tangan. Lambat-lambat Dahlia menyambut helaian baju itu.

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now